Tidak dinafikan dapur yang kemas dan bersih akan memberikan mood yang selesa untuk para ibu memasak dengan penuh kasih sayang.
Bayangkan jika dapur bersepah tentu nak masak pun tak ada mood.
Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh wanita ini yang memastikan ruang dapurnya kemas.
Salah satunya memastikan hanya pinggan yang digunakan sahaja ada di rak. Ia membantu agar rak tidak bersepah dan disusun teratur. Malah mudah untuk mengemasnya.
Malah beliau berpendapat, jika barang yang tidak digunakan seharusnya didermakan atau kitar semula.
Memang bagus idea puan ini. Hanya pinggan yang digunakan sahaja ada di rak. Rumah pun kemas!
Ads
Salah satu cara untuk maintain dapur kemas ialah kurangkan barang. Bila kita rasa rak dah tak muat. Kabinet dah tak cukup tempat nak simpan pinggan mangkuk.
Cawan dan gelas punyalah banyak, belum masuk hadiah masa kahwin yang belum buka. Itu maknanya barang dah terlalu banyak di rumah kita.
Ads
Apa yang patut kita buat ialah sisih atau letgo pinggan mangkuk berlebihan. Set pinggan mangkuk di rumah saya hanya cukup untuk kami sekeluarga makan setiap hari dan dua set lagi pinggan untuk tetamu yang bertandang.
Pinggan free beli sabun. Kalau tak perlu atau jarang guna saya sedekah pada sesiapa yang memerlukan.
Pinggan mangkuk yang dah retak atau sumbing. Memang saya terus asingkan untuk dikitar semula.
Ads
Gambar hiasan
Jangan rasa sayang nak buang. Sebab nanti kita akan serabut bila makin banyak barang dan tak muat tempat nak simpan.
Dengan cara kurangkan barang, dapur akan maintain kemas tanpa pinggan mangkuk berlebihan di rak atau bersepah.
Nanti saya akan share tips seterusnya bagaimana nak maintain rumah kemas tanpa stress. Jangan lupa like dan follow rapat page ini okay.
Hampir dua minggu kita mengerjakan ibadah puasa, sudah tentu ada yang sedang membuat persiapan menyambut hari raya.
Sudah pastinya tidak mahu bersesak jika membuat persiapan saat akhir, ada yang telah membeli baju raya untuk keluarga.
Tular di media sosial di akaun Tiktok pemilik akaun yang dikenali Cikton775 yang memuat naik video ahli keluarganya membeli belah bersama anak-anaknya seramai 13 orang bersama 4 orang isterinya.
Dah macam trip syarikat!
Paparan video itu menunjukkan kebahagian keluarga besar. Biar pun datang dengan beramai-ramai, ia tidak menjadi masalah buat mereka. Malah paparan itu jelas mengambarkan keluarga besar itu cukup meriah.
Rasa macam dengan ‘kawan-kawan’.
Katanya, pemilik akaun bahawa tidak merasa kekok membawa anak-anaknya yang ramai. Malah menganggap mereka bagaikan kawan sendiri.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering tular di media sosial kisah rumah tangga suami isteri yang bergolak. Tidak cukup dengan itu, ada dalam kalangan pasangan secara terbuka mendedahkan aib pasangan bagi membuktikan mereka ‘jaguh’ dalam pergolakan itu.
Tanpa kita sedar dalam hubungan suami isteri, antara perkara dilarang adalah mendedahkan aib pasangan masing-masing kepada orang yang tidak berhak mengetahuinya.
Baru-baru ini, pelakon Ashraf Muslim ada berkongsi pesanan agar setiap pasangan tidak perlu membuka aib pasangan sendiri di media sosial sebaliknya segera mencari jalan damai.
“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.
“Saya rasa baik fasal keluarga ini simpan-simpan dan selesaikan masalah dengan sendiri, berbincang dengan hati terbuka. Kalau boleh betul, kita betulkan. Pasti ada jalannya.
“Bincanglah dengan baik, daripada gaduh jadi tak gaduh. Allah temukan dengan cara yang baik. Jadi carilah penyelaseaian sebab kita sebagai muslim, ada buat salah. Setiap masalah ada penyelasaiannya,” katanya.
Dalam pada itu, Ashraf antara selebriti yang mengamalkan hidup berpoligami turut menegaskan bahawa perlu adanya ilmu dalam hidup berpoligami.
“Kita yang kena tunjuk perkara-perkara yang baik. Yang tak baik itu kita cepat-cepat betulkan. Islam itu indah. Poligami juga sebenarnya indah.
“Bila kita buat keputusan tersebut, kita kena tahu apa yang perlu ada seperti ilmu, mencari dekat dengan tuhan, lihat kesan yang berlaku, apa yang akan berlaku dan apa yang perlu buat selepas itu. Kena faham.
“Mendamaikan isteri-isteri saya dengan menghormati mereka, berikan kasih sayang, berbuat baik dan jalankan tanggungjawab sebagai suami. Saya yakin benda itu akan berdamai.
“Tiada istilah bernasib baik dalam keluarga kita. Poligami ini bukan mudah. Kita kena faham dan belajar apa yang perlu,” kongsinya.
Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.
Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.
Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Sumber: mStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendengar celoteh anak-anak ketika pulang daripada sekolah memang macam-macam kisahnya. Selain kita hanya mendengar sahaja, ada baiknya diajukan beberapa soalan ini sebagaimana yang disarankan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Menurutnya, daripada soalan-soalan itu ibu ayah dapat memahami perasaan anak-anak di sekolah. Jom ketahui apakah soalan-soalan tersebut.
BILA ANAK PULANG DARI SEKOLAH, APA YANG PERLU IBUBAPA TANYA?
1. Makan apa di sekolah?
– Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab ; bekal makanan tumpah, duit hilang atau duit kena pau.
– Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.
– Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.
2. Beli apa disekolah?
– Ibubapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!
– Paling ramai murid tewas dengan koperasi/kedai buku sekolah. Suka betul mereka membeli kat sana. Pembaris dah ada 3 dia beli lagi dua.
– Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam/meminta duit kawan.
– Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibubapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?
3. Belajar apa hari ini?
– Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibubapa dirumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanya ya.
4. Ada kerja rumah atau tidak?
– Soalan ini biasanya hampir semua ibubapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.
– Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
.
5. Tolong periksa beg anak. Tolong?
– Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.
– Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.
– Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.
6. Barang ini milik siapa?
– Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu.
– Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.
– Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.
7. Apa benda yang seronok/tak seronok berlaku hari ini di sekolah?
– Sangat penting mendengar jawapan anak. Membuat mereka dihargai. Membuat mereka rasa diri mereka penting.
– Kurangnya komunikasi begini dengan anak membuatkan mereka menjarak. Dan mencari rakan sebaya untuk meluahkan segalanya. Dan akhirnya mereka mula ikut-ikut kawan, perangai mula nakal dan kita susah nak didik mereka.
– Dari respon mereka kita cuba teruskan keseronokan mereka ke sekolah dan selesaikan apa yang tak seronok itu.