Jika sebelum ini pihak kerajaan membenarkan ziarah hari raya hanya boleh dilakukan merentas daerah sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa, hari ini kerajaan mengeluarkan maklumat bahawa perjalanan tersebut hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Ads
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.
Ads
“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.
Ads
“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya.
“Jumlah 20 orang itu diambil kira ikut saiz rumah. Katakan rumah flat berukuran 600 kaki persegi. 20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakan sosial dalam rumah tersebut. “Bagaimana pun semua pihak masih perlu mengikuti SOP ketika beraya dengan sentiasa menjaga penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta amalan kebersihan diri,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasih seorang ibu, meskipun sudah dimamah usia namun demi anak, sanggup berkorban apa sahaja.
Itulah situasi yang sesuai digambarkan buat bintang veteren, Uji Rashid yang kini sudah berusia 70 tahun namun setia menjaga anak tersayang yang juga pelakon, Cico Harahap.
Memetik laporan Berita Harian, banyak cabaran yang perlu dihadapi Uji bagi menyembuhkan Cico yang mengalami masalah kesihatan, sejak beberapa tahun lalu.
Biarpun Cico atau nama sebenar, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 45, beransur pulih, masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaan putera kesayangannya itu sejak 2016, cukup merisaukan dirinya sebagai ibu.
“Masalah itu memberi kesan kepada otak, jantung dan vokal Cico. Akibatnya, Cico tidak pandai membaca dan tidak kenal huruf.
“Malah, Cico tidak kenal saya dan anaknya serta tidak boleh bercakap. Ini semua berlaku ketika saya menghadiri pengebumian seorang rakan artis,” dakwanya kepada BH Online.
Uji teringat sekembalinya dari majlis pengebumian bintang legenda itu, beliau mendapati Cico yang sebelum itu menghadiri sambutan hari jadi kenalannya, terbaring di katil.
Berikutan peristiwa hitam itu, Uji mengaku tidak tahu bagaimana hendak berhadapan masyarakat. Disebabkan tidak mahu memberi persepsi buruk terhadap musibah menimpa anaknya itu, Uji lebih selesa mendiamkan diri.
“Bagaimana saya mahu jelaskan kepada orang? Cico ada nama, kalau saya cakap pun, mesti orang ramai akan sangka dia kena buatan orang.
“Lantas orang ingatkan dia ada musuh. Kawan yang dia jumpa pun saya tidak tahu siapa.
“Jadi, saya pilih untuk tidak cakap apa-apa dan biarkan. Saya juga berusaha mencari air penawar untuk Cico, namun tidak juga sembuh.
“Selepas tiga atau empat hari daripada kejadian itu, saya menjerit di dapur dan menangis seorang diri.
“Saya katakan, Ya Tuhan, kalau betul anak ini aku lahirkan, tunjukkan aku sedikit petanda. Kemudian saya teringat ada air zamzam dan saya berikan dia minum dan curahkan di kepalanya.
“Alhamdulillah, selepas minum air zamzam, dia boleh bangun,” katanya yang membuat laporan polis terhadap kes menimpa Cico.
Uji kemudian diduga masalah kewangan selepas membawa Cico menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Sehubungan itu, Uji berikhtiar menghubungi beberapa pihak, termasuk persatuan seni.
Namun, dakwanya, permintaannya tidak mendapat maklum balas baik. Akhirnya, Uji dibantu rakan bagi melangsaikan bil rawatan Cico.
“Alhamdulillah, hasil bantuan kewangan daripada rakan, saya dapat bayar rawatan Cico seperti ujian imbasan X-Ray, ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan dan bayaran tinggal di wad.
“Syukur, saya ada kawan-kawan yang membantu dari segi kewangan dan yang memberi saya kekuatan.
“Jujurnya, banyak yang sudah saya lalui. Malah, ada yang dakwa saya sendiri meracun anak. Macam orang gila apabila orang buat kita sampai begitu sekali,” katanya.
Uji memberitahu, beliau turut menerima bantuan rakan industri seperti Ashraf Muslim dan Sharifah Khasif.
“Ashraf Muslim datang melawat Cico dan dia beri beberapa surah untuk Cico hafal. Sharifah Khasif pun tolong. Pusat tahfiz ada bantu merawat masalah Cico.
“Jujurnya, selama lima tahun ini, kami sudah berubat di macam-macam tempat. Kalau ikutkan, Cico masih belum 100 peratus pulih.
“Tetapi apabila kita bercakap dengan dia, Cico boleh dengar, faham dan boleh menjawab. Alhamdulillah,” katanya.
Berikutan itu, Uji mengakui sambutan Aidilfitri sejak Cico sakit, hanya sederhana. Tiada sambutan meriah buat keluarga kecil, namun Uji bersyukur apabila anaknya, Cico beransur pulih.
“Kami hanya raikan dengan apa yang ada, persiapan pun tiada,” katanya
Mula aktif sejak era 1970-an, Uji dikenali sebagai artis versatil dengan bakat lakonan dan suara merdu.
Banyak merakamkan lagu duet bersama Hail Amir dan Datuk DJ Dave.
Filem lakonan seperti Permintaan Terakhir, Menanti Hari Esok, Langit Tidak Selalu Cerah dan Yassin masih dikenang sebagai antara karya terbaik Uji.
Simpanan Pemain Bola Sepak Juta-Juta? Pengakuan Bekas pemain Bola Sepak, Azmeer Yusof Bikin Netizek Terkejut!
Pengurusan kewangaan adalah amat penting untuk memastikan kita dapat hidup dengan tenteram dan harmoni dengan keluarga.
Bebas hutang dan mempunyai simpanan yang mencukupi adalah antara perkara yang kena ada sebelum mengambil keputusan bersara.
Umum mengetahui menjadi pemain bola sepak sebenarnya mampu menjana pendapatan lima angka sebulan.
Namun jika tiada pengurusan kewangan yang betul, wang yang banyak juga akan habis. Tular video yang memaparkan perkongsian bekas seorang pemain bola sepak, Azmeer Yusof di akaun Tiktok ni mengakui selama 15 tahun berjumlah 2 juta adalah satu jumlah yang besar!
Namun menurut, jika tiada kesedaran untuk menyimpan dan berbelanja secara boros, wang tetap akan susut.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
REALITI GAJI PEMAIN BOLEH SEPAK NEGARA
Katanya lagi, ada yang memperolehi pendpatan lebih tinggi daripada jumlah yang disebut.
Bagaimana pun dengan gaji yang lumayan sudah pastinya mempunyai keinginan untuk memiliki barbarangan mewah dan kenderaan berjenama.
Katanya ada yang membeli rumah banglo, keinginan untuk memiliki Vellfire dan segala kereta mewah untuk memenuhi gaya hidup yang tinggi. Lantaran itu ada yang tidak ada mempunyai banyak wang simpanan.
BERTINDAK AWAL BUAT ASET
Tambahnya lagi, meluahkan rasa syukur apabila mengambil inisiatif di hujung-hujung kerjaya dengan membeli rumah untuk disewakan sebagai aset.
Untuk makluman, Azmeer mengambil keputusan bersara pada umum 30-an tahun, dan mula bermain bola sewaal usia 15 tahun.
Beliau juga menasihatkan supaya sentiasa ada perancangan untuk kewangan dan persaraan.
JADIKAN IKTIBAR
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menjadikan ia iktibar. Antara komen adalah seperti berikut.
“Minat cara abang reply komen.. buat kami semua being more open minded.”
“Moral of the story, gaji besar pengurusan kena cantik, nak upgrade lifestyle kena pikir banyak kali, thanks bang.”
“lagi besar periuk nasi lagi besarlah kerak nya. lagi besar gaji lgi besar lah belanja nya. yg penting pengurusan kewangan kena mantap. hidup azmeer.”
“Rata-eata umur player 35-40 dah bersara, yang penting adalah mcmana kita manage duit itu utk selepas persaraan.”
Setelah kejadian banjir besar yang melanda beberapa lokaliti di Lembah Klang baru-baru ini sangat menyayat hati ramai pihak.
Kini air bah yang ‘menggunung’ sudah surut. Ramai sukarelawan menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah mangsa banjir.
Dalam tempoh itu, sudah tentu ada mangsa banjir berkongsi cerita detik cemas yang dilalui ketika bah datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Khairul Hakimin Muhammad yang kini menjadi salah seorang sukarelawan yang membantu mereka yang terkesan akibat banjir.
Menurutnya, salah seorang mangsa menceritakan kembali kepadanya detik cemas bagaimana dia dan jiran dapat menyelamatkan diri setelah mendengar suara nyaring si bulus.
Suara yang kuat itu membuatkan wanita berkenaan meninjau bahagian luar rumah, alangkah terkejutnya apabila mendapati air naik dengan pantas. Melahirkan rasa syukur dengan suara kucing itu telah menyelamatkan nyawanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.