Siapa yang tak rindu bila terpaksa berjauhan dengan orang tersayang. lebih-lebih lagi apabila tiba hari istimewa dan tidak dapat meraikan bersama-sama seperti selalu.
Demikian juga dengan penyanyi dan pelakon Mark Adam meluahkan rasa rindu pada ibunya, Florinda Macaraig Echivarre, 60, bersempena ulang tahun kelahiran wanita itu pada hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram tadi, Mark berkongsi sebuah video berpelukan bersama ibunya ketika berada di lapangan terbang.
Ads
“Happy birthday syurga. Setiap kali birthday mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya, saya sangat bersyukur.
Ads
“Semoga sihat selalu mak, we miss you, stay safe, we will see you first thing after the pandemic Insya-Allah,” ungkap Mark menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa sebak dan meminta Mark supaya bersabar dan mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Mark dan juga ibunya untuk kembali bertemu kelak.
yennyrozimaMasya Allah.. Jadi rindu nak peluk ibu.. Ya Allah permudah kan la semua nya.. Kami Di perantauwan rindu dengan ibu yang melahir kan kami.. Syurga kami.. Bulan depan ibu saya yang birthday.. 😞😞
az.rahman7Happy birthday for u mother kuya. my Allah bless u always aunty
lieezarawiBangga dengan org mcm @markadam1079 yg syg mak dia,peluk mak dia,hargai mak dia,bagi anak lelaki mak adalah tanggungjawab sampai mati dan itulah syurga dia, jika dia hargai mak dia ,dia akan hargai wife dia juga❤️
anugerah_terindah_rsmrzSedih nye….sabar yer markadam insyaallah moga di pertemukan dgn mak nnt.😍❤️
autumnsakurakhanAamiiinnn3YRA..😍😍😍😍Happy birthday ibu moga segala kebaikan Allah untuk kalian…Semoga segalanya ini merupakan dugaan yang akan mengeratkan lagi kasihsayang diantara kalian😍😍😍😍
suria.mohdnoorHappy bday to your mom…insan yg baik pd ibunya adalah suami yg penyayang..
Tak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak. Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan.
Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak-anak kita yang sedang membesar adalah perkara biasa. Kadang-kadang belum sempat kering lagi dah tumpah semula pada karpet atau kerusi.
Kalau tak sempat untuk membasuh kereta ada baiknya anda cuba beberapa petua untuk hilangkan baunya. Mengikut petua yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria di instagramnya ini juga patut anda cuba. Bukan hanya bau busuk hilang, malah kereta juga kekal segar seperti baru dicuci.
Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini cukup mudah malah tak gunakan kos yang mahal pun. Jom kita cuba. Memang menarik!
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya.
1. Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
3. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.
Macam Nak Wangikan Kereta?
Bukan semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual dipasaran. Ada yang alah dengan bau-bauan ini malah tak kurang juga yang boleh terus muntah bila menggunakan pewangi kereta. Penghidap asma biasanya cukup alah dengan pewangi kereta. Setuju tak?
1. Daun Pandan
Hiris daun pandan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja dan hasilkan kereta akan lebih harum dan segar.
2. Lemon
Sediakan dua hirisan lemon dan letakkan di dalam kereta anda. Buka sedikit tingkapnya supaya ada udara yang masuk untuk bertindak balas. Biarkan sahaja lemon dan hasilkan bau bukan sahaja hilang tetapi juga lebih harum.
3. Limau Purut
Limau parut juga bertindak seperti lemon. Hiris dan letakkan di dalam kereta anda. Biarkan aromanya meresap pada seluruh kereta anda.
Kredit: Ahmad Aizatnur Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila teringin makan tauhu telur kita akan membelinya di pasar. Tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah. Jika anak-anak anda gemarkan Tauhu Telur, apa kata anda buat sendiri sahaja.
Jika ibu-ibu mahu resipi yang lebih sihat dengan bahan yang segar dan organik, cuba resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin.
Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Istilah ibu tiri menjadi ketakutan untuk sesetengah pihak kerana dunia melabelkan status ibu tiri begitu negatif sekali. Watak bengis, jahat, antagonis dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana anak-anak ini bukan dilahirkan daripada perutnya sendiri menjadikan mereka sering disalah erti.
Walhal ibu tiri juga adalah wanita biasa yang punya hati dan perasaan. Sekalipun bukan melahirkan anak-anak suaminya, mereka juga punya naluri keibuan apa lagi melihat anak-anak kecil yang perlukan perhatian.
Mendidik anak-anak tiri bukan mudah namun ramai wanita bergelar ibu tiri mampu mendidik dan menjadikan anak-anak tiri mereka sebagai insan berjaya. Paling penting mereka hidup bahagia dan aman damai.
Lihat bagaimana 5 artis ini mendidik anak-anak dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tiri mereka. Nyata, gelaran ibu tiri hanyalah sekadar gelaran semata-mata. Soal bahagia? Kita yang menentukannya!
Contoh terdekat kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak tiri adalah beberapa artis dan selebriti tempatan kita. Melihatkan contoh Datuk Siti Nurhaliza yang hidup aman damai, penuh kasih sayang bersama anak-anak tirinya sedikit membuka mata bahawa ibu tiri bukan untuk dilabelkan sesuka hati dengan watak penuh negatif.
Kelembutan dan kasih sayang ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza terhadap keempat-empat anak tirinya, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, menjadikan kisah anak beranak ini wajar dicontohi. Walaupun pernah dilemparkan kata-kata fitnah dan cacian suatu waktu dahulu, namun beliau berjaya membuktikan bahawa mereka mampu hidup bahagia dan aman damai.
2. Datin Marlia Musa
Kisah dan pengkongsian hidup Datin Marlia Musa yang berkahwin dengan komposer tersohor negara, Datuk M.Nasir pada tahun 2000 juga wajar kita jadikan contoh. Perkahwinan M.Nasir yang memiliki lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari yang ketika itu berusia 2 tahun menjadikan Marlia ‘ibu segera’ kepada lima orang anak tiri. Kini setelah 17 tahun, mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang utuh dan akrab bersama walaupun hanya bergelar ibu tiri.
3. Lisdawati
Begitu juga pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin. Kata Lisdawati bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah. Sementelah anak-anak tirinya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tirinya menjadi akrab.
Walaupun hanya Faris yang tinggal bersama, namun hubungannya bersama kesemua anak-anaknya yang lain, Fatihah, 21, Farisha, 18 dan Fikri, 15 erat seperti sahabat berkat kasih sayang yang ditunjukkan. Itulah kunci bahagia miliknya.
4. Memey Suhaiza
Tidak terkecuali juga pelakon Memey Suhaiza yang hidup bahagia bersama tiga anak tirinya. Kabus hitam yang pernah menyelubungi Memey dan Norman Hakim suatu ketika dahulu sudah lama berlalu. Kini, sinar cahaya kebahagiaan melimpah dengan penuh kasih sayang. Malah, mereka antara pasangan yang menjadi contoh kerana mendidik anak-anak dengan baik.
Memey Suhaiza bukan hanya berkongsi bahagia dengan dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, malah kebahagian tersebut turut dikongsi bersama tiga anak hasil perkahwinan Norman dengan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, serta Maria Danisha Hakim, 9.
5. Ashanty
Begitu juga dengan penyanyi Indonesia, Ashanty. Sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah, Ashanty bukan hanya menerima cinta Anang bahkan berkongsi kasih dengan dua anak tirinya, Aurel dan Azriel. Akrab sebagai sahabat, Ashanty kerap membela Aurel di laman sosial apabila Aurel kerap dikutuk oleh netizen akan kisahnya saban hari. Itulah kasih sebenar ibu tiri yang wajar dijadikan teladan.
6. Laudya Chintya Bella
Pernikahan Laudya Chintya Bella bersama Engku Emran Engku pada 8 September tahun lalu membawa status ibu tiri baginya. Walaupun bergelar ibu tiri kepada Engku Aleesye namun hubungan dua beranak ini cukup akrab.
Perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan di instagram peribadi Laudya jelas membuktikan kebahagiaan keluarga tiga beranak ini cukup akrab.
Sebagai manusia janganlah mudah melabelkan status ibu tiri sebagai negatif dan memandang sinis. Apa ada pada sebuah gelaran? Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan setiap hari dengan baik dan memegang amanah dengan sebaiknya. Biarpun bukan darah daging sendiri, keikhlasan dan kasih sayang itulah yang menjadi kunci kebahagiaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.