Walaupun wajah Dato’ Fizz Fairuz nampak serius, menggambarkan dia seorang ayah yang tegas. Namun tanggapan tersebut salah sama sekali.
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan keluarganya di Instagram, pasti tahu perwatakan suami kesayangan Datin Almy Nadia ini sebenarnya seorang yang sangat kelakar. Ada sahaja video mahupun gambar bersama anak-anak yang membuatkan ramai terhibur.
Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik Almy Nadia baru-baru ini memaparkan gelagat Fizz Fairuz yang mahu menyakat anak-anaknya. Dalam video itu, Fizz telah mengenakan topeng superhero ‘batman’.
Pada pertengahan video, Fizz telah pergi memadamkan lampu, lalu datang anak-anaknya yang berkeadaan terkejut melihat bapa mereka. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lucu Fizz Fairuz.
Satu perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Begitu luahan hati penyanyi, Azmi Saat yang baru sahaja menimang cahaya mata pada 8 November lalu.
Berkongsi kisah dan perkembangan terkini anaknya, Khalisa Insyirah, Azmi meluahkan rasa syukur yang tak terhingga atas pengalaman berharga ini.
Tambah Azmi lagi, 42 hari menjaga dan membesarkan Khalisa sebagai ibu dan bapa, bermacam perasaan yang sudah dirasa.
“Alhamdulillah. Hari ni sudah hari ke 42 Khalisa Insyirah dilahirkan.
“Moga Khalisa membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan penyejuk hati Ayah dan Ibu.
“Tahun ke 12 perkahwinan kami, akhirnya Allah beri kami peluang untuk membesarkan seorang anak manusia.
“Sepanjang 42 hari ni macam-macam perasaan ada. Bersyukur tak terhingga. Rasa macam tak percaya pun ada. Waktu Khalisa nangis tapi tak tahu nak apa, rasa stress pun ada. Macam-macam perasaan silih berganti,” kongsi Azmi menerusi media sosialnya.
Bapa penyayang ini juga turut memuat naik wajah terkini Khalisa selepas berusia sebulan lebih. Memang comel.
Bahkan Azmi turut mendoakan agar dia dan isteri dipermudahkan untuk dan membesarkan anak mereka. Tambah pula tanpa bantuan kakak ipar dan ibunya yang selama ini membantu sejak Khalisa lahir.
“Hari ini juga hari pertama saya dan isteri mula menguruskan Khalisa tanpa bantuan orang lain setelah Kakak Ipar dan Ibu saya pulang ke tempat mereka.
“Mohon kalian doakan kami agar dapat menjaga amanah Allah ini sebaiknya. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazira Muhammad selamat menimang cahaya mata kedua mereka, Khalisa Insyirah pada 8 November lalu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kehilangan orang tersayang cukup memeritkan, hanya dengan rasa reda dan tabah sahaja mampu untuk seseorang itu berasa kuat menerima ujian kehilangan orang tercinta. Namun apalah daya bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ini. Sungguh tidak dapat dibayangkan betapa berat ujian yang sedang dilaluinya.
Baru sahaja kehilangan ayah tersayang angkara Covid-19, gagal pula untuk menghubungi ibunya yang di ICU. Terpaksa pula bersendirian di rumah jalani kuarantin kerana dirinya juga positif covid-19. Semua ini bukan mudah untuk ditempuh buat kanak-kanak yang bernama Arshad. Sungguh tabah dan cekal hatinya!
Dugaan Yang Cukup Berat
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Arshad, kuarantin sendirian dirumahnya, selepas swab test kedua positif covid19.
Bapanya berusia 38 tahun baharu sahaja meninggal dunia kerana covid19. Tiga adiknya dibawa ke rumah saudara mereka kerana negatif covid19, manakala ibu Arshad dan adik bongsunya ditahan di hospital berikutan keadaan level oksigen yang sangat rendah.
Zalifah Ithnin, pengerusi Kluang Community Welfare Association (PETAK) datang memberi sumbangan makanan kepada Arshad selepas mengetahui perkara ini. Setiap hari saudara-mara Arshad datang menghantar makanan buat kanak-kanak itu. Arshad tiada pilihan kecuali kuarantin sendirian di rumah.
Gagal Hubungi Ibu Di ICU
Yang menyedihkan kita, Arshad memaklumkan kepada Zalifah, Arshad gagal menghubungi ibunya yang berada di ICU sejak semalam kerana ibunya tidak lagi menjawab panggilan telefon dan Arshad nampak sedih serta keliru berikutan baharu sahaja kehilangan bapanya.
Keep Strong Arshad. Hugs dari jauh
Sesungguhnya Allah SWT memberikan ujian hebat ini kerana Allah SWT sayang kepada Arshad sekeluarga.
Terima kasih Zalifah Ithnin dan NGO PETAK kerana menyampaikan sumbangan buat adik Arshad.
Sediakan Tempat Kuarantin Khas
Dicadangkan kepada Kerajaan agar menyediakan tempat kuarantin khas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak positif covid19 yang ibubapanya di ICU, supaya kanak-kanak dapat dijaga dengan baik dari segi mendapatkan rawatan, mendapat sokongan emosi dan sebagainya, memandangkan bilangan pesakit covid19 kritikal dari dalam kalangan ibubapa muda semakin meningkat.
Kementerian Pendidikan juga kena dapatkan data terkini kanak-kanak yang kehilangan ibubapa di Malaysia. Pasca Covid19 bakal melukakan hati ramai pihak kerana sudah pasti bilangan anak-anak yatim di sekolah-sekolah meningkat mendadak.
Andainya kita mahu memberi sumbangan, berilah sumbangan kepada anak-anak yatim kerana setiap sen yang kita belanjakan jika disampaikan kepada insan yang berhak akan menjadi bekalan pahala sedekah yang berpanjangan buat kita di Akhirat nanti.
Bersama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Arshad, ibu Arshad dan adiknya, serta semua pesakit Covid19 yang berada di ICU.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.