Hubungan

Hargai Arwah Isteri, Lelaki Ini Ziarah Tiga Kali Sehari. Deep!

Share

Tidak dinafikan, ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Apabila berkahwin, sudah tentu inginkan perkahwinan sehingga ke hujung nyawa. Namun ,siapalah kita untuk menghalangnya. Kita sebagai manusia biasa, perasaan sedih pasti terasa apabila orang yang dicintai pergi untuk selama-lamanya.

Menerusi perkongsian seorang lelaki yang memaparkan kisah seorang lelaki yang kematian sejak tiga tahun lalu tetapi tetap menziarah kubur arwah isteri sebanyak tiga kali sehari.

Tentu ada sebabnya lelaki itu menziarah arwah isterinya tiga kali sehari.
Ikuti perkongsian ini.

Kisah cinta sejati

Setiap kali aku pergi ke kubur abah.. Aku akan terserempak dengan pakcik ni. Orang panggil dia Pok Li.. Setiap masa dia ade..

Menurut perkongsian oleh Amieraizat, lelaki yang dikenali sebagai Pok Li kehilangan isteri   lebih tiga tahun lalu.

LAYANAN ARWAH ISTERI YANG BAIK DIBALAS DENGAN SEDEKAH YASSIN DAN TAHLIL OLEH SUAMI

“Jika dulu dia sediakan makan pagi, petang dan malam, sekarang Pok Li sediakan makanan untuk dia, tapi bukan nasilah.Tapi sedekah Yassin dan tahlil untuknya.”

Pok Li menjelaskan bahawa dulu semasa hidup isterinya akan menyediakan makan minum buatnya tiga kali sehari, sarapan, tengahari dan malam. Sekarang, layanan yang baik arwah kepada dirinya, dibalas dengan sedekah bacaan yasin dan tahlil untuk arwah.

CINTA SEJATI YANG IKHLAS

Sungguh sweet perkongsian ini. Kenangan hidup bersama dikenang walaupun yang tersayang telah meninggal menghadap sang pencipta.

Kredit: Amieraizat

IKLAN