Demi hargai isteri yang kini hamil anak pertama, Azmi Saat sanggup guna wang simpanan untuk perbelanjaan proses bersalin di hospital swasta.
“Insya-Allah isteri akan bersalin di sebuah hospital swasta. Kalau nak ikutkan, dalam keadaan sekarang soal pembelanjaan itu memang agak susah.
“Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa, saya sanggup berkorban. Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.
“Dia dah mengandung dan nak melahirkan anak saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, suami tak boleh teman. Isteri nak saya ada waktu bersalin.
“Jadi, saya gunakan duit simpanan dan duit untuk buat ubah suai rumah selain isteri pun ada tambah duit dia juga untuk pembelajaan proses bersalin,” ujarnya.Apatah lagi, 10 tahun pasangan ini menantikan zuriat membuatkan penyanyi Azmi teruja dan tidak sabar. Dalam masa yang sama, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat doktor agar isterinya bersalin secara pembedahan.Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, dia dan isteri iaitu Nazirah Muhammad memilih kaedah itu kerana enggan meletakkan risiko terhadap bayi mereka.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memilih tarikh hari lahirnya iaitu 27 September untuk menyambut kelahiran bayinya.
“Alhamdulillah… kandungan isteri sudah cecah 37 minggu. Ikutkan isteri dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan.
Ads
“Tapi doktor cadangkan untuk bersalin secara pembedahan sebab dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama, ada masalah pada baby,” ujar Azmi yang memuat naik perkongsian mengenai berita itu di Instagram.Menurut Azmi lagi, pilihan untuk melakukan pembedahan yang dirancang ini adalah atas saranan doktor supaya dapat mengurangkan risiko pada baby.
Jadi, kami ikut saranan doktor. Kami diberi pilihan tarikh dari 23 hingga 28 September. Saya memilih tarikh tersebut sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir hari Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin,” kata penyanyi Caliph Buskers ini lagi.Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada tahun 2011.
Baru Hari Ke 4, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Sulung Keluar, Elok Je Dalam Pantang
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya minggu lalu di St Thomas’ Hospital.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.
Walau baru 4 hari, Amalina kelihatan ceria membawa bayi kesayanganya. Perkongsiannya telah meraih perhatian ramai wargamaya. Ramai yang meluahkan teruja walaupun baru empat hari bersalin dan dalam tempoh berpantang, Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan teruja melihat Amalina yakin membawa bayinya ketika dalam tempoh pantang baru 4 hari selepas bersalin.
Baking soda bukan sekadar berfungsi dalam masakan terutama dalam membuat kek, sebaliknya ia juga boleh membantu dalam mencuci kotoran. Tak percaya? Jom semak tip ini.
Untuk hilangkan segala macam kotoran kat mangkuk tandas dan tangki tandas,bahan yang diperlukan:
1. Cuka
2. Baking soda
Cara pertama:
• Panaskan segelas cuka 40 ° C, dan kemudian campurkannya dengan soda (iodin).
• Guna 200 gram (7 oz) cuka, dan 1 sudu soda.
• Tuangkan campuran tersebut ke dalam tangki tandas selama beberapa jam. Lebih elok biarkan semalaman.
• Untuk hasil yang lebih puas, buat la beberapa kali.
Cara kedua:
• Kosongkan tangki air, dan tutup pili air.
• Lap permukaan dalaman tangki dengan kain kering, dan tuang kain yang dah dibasahkan dengan cuka dan sapu di kawasan yang kotor.
• Selepas 2-6 jam, anda boleh membersihkan kotoran dengan pengikis (bukan logam).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap anak itu punya kelebihan dan kekurangan diri. Usah kecewa jika anak tidak sepintar yang dinginkan.
Namun pandanglah dari sudut sisi yang lain. Mereka juga anak yang tetap ada masa depan. Malah dingati guru-guru kerana sikapnya.
Begitulah yang dikongsi oleh guru, Muhammad Yusof yang mengelarkan pelajar ‘kelas belakang’ tetap memperolehi kejayaan dalam hidup.
__________________
Walaupun ‘kelas belakang’ tapi mereka-mereka inilah yang rajin tegur cikgu-cikgu kat luar. Kalau jumpa kat pasar malam, sebatu mereka dah jerit ‘cikggguuuu….’, siap berebut nak salam cium tangan cikgu. Dalam kepala saya sentiasa tersemat mereka-mereka ini adalah anak-anak yang cemerlang kemenjadian dan sahsiah mereka.
Hari ni last dorang periksa dan Alhamdulillah, dorang akhiri sesi persekolahan mereka dengan sujud syukur.
Takde tarian atas motor, takde aksi gunting baju atau aksi merempit tak tentu hala.
Ya, mereka mengakhiri SPM mereka dengan ingat pada Tuhan.
Tahun ni budak-budak ni diuji dengan Covid, jadi boleh tak saya nak ambil masa sikit nak mintak semua rakan followers saya, mari kita sama-sama doakan semoga semua anak-anak murid yang ambil SPM tahun ni akan lulus SPM dorang dengan cemerlang dan jadi manusia yang berguna.
Saya yakin dalam ramai-ramai kawan followers saya mesti ada yang mustajab doanya. Ya Tuhan, perkenankanlah doa kami
Kredit: Muhammad Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di