Sepanjang tempoh PKP, tentunya ibu ayah melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Waktu ini adalah waktu emas untuk keluarga merapatkan lagi hubungan. Jika sebelum ini tidak dapat melakukan aktiviti bersama akibat kekangan masa, jadi waktu PKP inilah kita rebut peluang untuk bersama keluarga.
Menerusi perkongsian FB, wanita ini berkongsi aktiviti bersama keluarga.
Ikuti perkongsiannya.
Ads
Kami cuba untuk menjadi ibuayah yang terbaik buat anak-anak. Inilah peluang terbaik yang Allah bagi untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Setiap aktiviti dilakukan bersama. Solat sama-sama, main sama-sama, belajar sama-sama (time anak belajar makayah buat kerja opis la kan), tengok tv sama-sama, masak sama-sama (berdasarkan menu yang sesuai).
Ads
Jika anda belum mulakan aktiviti bersama ahli keluarga, ayuh mulakan. Tiada istilah sudah terlambat. Hargai masa yang takkan ada U-turn.
Ads
Anda dah tengok cerita “Mak, nak peluk boleh? “. Kalau belum, saya sarankan anda tengok. Boleh search kat youtube.
Kehadiran si kecil yang diberi nama Musa menyuntik sinar bahagia kepada pasangan selebriti Mizz Nina dan suaminya Noh.
Perkongsian pasangan ini berkenaan si kecil meraih perhatian ramai, rata-rata menantikan untuk menatap wajah si kecil. Namun sehingga kini, pasangan muda ini memilih untuk tidak berkongsi.
Perkongsian terbaru Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, kelihatan dia sedang memangku Musa meraih perhatian. Jelas terpancar seri keibuan dan kegembiraannya usai dikurniakan anugerah terindah dalam hidup mereka.
Menerusi kapsyennya, isteri kesayangan Noh meluahkan rasa syukurnya dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya, lebih-lebih lagi apabila ujian tersebut hadir ketika bulan Ramadan.
“Banyak kali kita tersesat dan lupa tentang kebaikan dan pertumbuhan yang berlaku disebalik ujian ini, bagaimana Allah menghapuskan dosa-dosa kita untuk setiap air mata yang jatuh, dan juga setiap kesakitan.
“Saya bersyukur dengan ujian yang datang, tepat pada Ramadan, saya berdoa agar Allah izinkan saya memasuki Ramadan dengan hati yang lembut, suci dan bersedia untuk beribadah dengan sebaik-baiknya,” tulisnya berkongsi.
Akuinya, selepas memegang status ibu, kehidupannya kini banyak berubah.
“Sangat berbeza bergelar ibu sekarang,” tulisnya sambil memberitahu tidak sabar untuk mengenakan busana sedondon dengan suami dan anaknya.
Awal Mac lalu, Nina dan suami menerusi Instagram mengumumkan kehadiran Musa dalam hidup mereka dan kini sedang melalui detik bahagia bersama.
Dalam pemilihan nama anak-anak diakui ianya bukanlah kerja mudah. Bahkan sejak dalam kandungan hingga lahir, nama yang ingin diberikan kepada anak tersayang belum juga menemui kata putus.
Maklumlah kita mahu buat pilihan nama yang terbaik, kerana nama itu yang akan menjadi lambang identiti si kecil dan dipanggil dengan nama tersebut sepanjang hayat.
Berkongsi tentang pemilihan nama, seorang ibu ini ada kisahnya yang tersendiri di mana membuat keputusan meskipun telah memberikan nama terbaik untuk anaknya namun perlu mengambil keputusan menukar nama tersebut.
Hal ini telah dikongsikan olehnya di media sosial dan siapa sangka mendapat respon yang pelbagai di kalangan warganet.
“Saya tidak kisah dengan cakap netizen dan komen positif atau negatif semua saya terima dengan hati terbuka. Pada saya menukar nama anak adalah keputusan tepat dan ia adalah hak kami sebagai ibu bapa,” kata Nur Anisa Khalil.
Nur Anisa, 29, adalah ibu kepada tiga anak termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang mendapat perhatian di TikTok apabila berkongsi pengalaman menukar nama bayinya itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Penjawat awam itu berkata, dia mengambil keputusan menukar nama bayinya, Muhammad Ayden Wafi Abdul Wafi kepada Muhammad Ariq Wafi yang mana permohonan berkenaan diluluskan oleh JPN pada 21 Ogos lalu.
Memetik perkongsiannya di Harian Metro, alasan itu dibuat kerana nama Ayden mempunyai banyak sebutan dan ramai yang tidak menyebut nama anaknya mengikut sebutan dimahukannya, malah ada juga yang salah menulis nama anaknya dengan ejaan berbeza.
“Mungkin orang berpandangan saya agak melebih atau mengada-ngada, anggap ia perkara kecil dan sepatutnya tidak perlu diperbesarkan tetapi sebagai ibu sudah pasti kita mahu orang sebut nama anak dengan betul. Ramai yang sebut namanya Aiden dan Aidan.
“Malah, nama juga doa untuk anak kita jadi saya gembira kalau namanya disebut dengan betul tetapi saya faham saya tak boleh marah orang selain tiada istilah salah atau betul sebab tak tahu sebutan tepat cuma saya ada sebutan sendiri.
“Sebab itu saya ambil keputusan untuk tukar nama Ayden kepada Ariq jadi lebih mudah disebut dan saya juga lebih gembira,” katanya ketika dihubungi.
Dapatkan Keizinan Suami
Bagaimanapun katanya, sebelum permohonan penukaran nama itu dibuat dia sudah mendapat pandangan dan keizinan suami, Abdul Wafi Yusuf, 31, selain turut menghubungi JPN.
“Suami cuma minta kekalkan nama Wafi kerana dua anak perempuan kami juga mempunyai nama itu. Adik ipar menyarankan nama Ariq dan saya juga suka selain ia turut mempunyai maksud yang baik, malah mudah disebut termasuk orang berusia.
“Proses penukaran nama memerlukan persetujuan suami isteri mudah dan kami perlu membuat akuan sumpah dan ia selesai pada hari sama. JPN kemudiannya mengambil sijil kelahiran lama dan beri sijil yang baharu,” katanya.
Menurut Nur Anisa, perkongsiannya di TikTok hanya untuk simpanannya dan ia boleh dijadikan rujukan untuk orang lain yang mahu menukar nama selain rujukan sendiri, namun penting untuk mendapatkan maklumat daripada JPN dulu.
“Selain komen negatif banyak juga komen positif yang faham apa saya lakukan selain ada juga berkongsi cerita sama serta baru tahu rupanya boleh tukar nama, malah ada juga yang tanya saya tukar nama Ayden kerana maksud namanya.
“Saya tegaskan maksud nama Ayden adalah baik iaitu cerdas dan tiada masalah dengan maksud namanya cuma bila sudah banyak sangat sebutan berbeza saya pilih untuk tukar saja
“Manakala nama Ariq pula membawa maksud baik budi, mulia asalnya dan bijaksana. Sekarang semua boleh sebut nama anak dengan betul dengan satu sebutan saja dan saya harap Ariq akan membesar dengan baik seperti namanya,” katanya.
Betapa besarnya pengorbanan anak muda ini, Alif Iqbal, 16 tahun. Seluruh usia remajanya dimanfaatkan membantu ibu untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan dan perbelanjaan rawatan ayahnya yang kini lumpuh akibat serangan angin ahmar bahkan turut menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung.
Dianggarkan kos untuk perbelanjaan ubat-ubatan, susu, lampin pakai buang untuk ayahnya kira-kira RM100 sehari atau RM3,000 sebulan.
Ini sebagaimana yang dipaparkan di Sinar Harian dan memetik lanjut tentang kisah Alif Iqbal ini berkata dia dan ibunya, Noor Razira Seman, 43, akan bangun awal pagi menyiapkan tiga adik berusia lima tahun yang bersekolah di Tadika Kemas dan berusia lapan dan 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.
“Selepas saya hantar mereka ke sekolah, saya akan pulang untuk bantu ibu urus bapa seperti lap badan, sedut kahak, menukar lampin serta memberi makan dan minum.
“Saya bantu kerana kudrat ibu sendirian tidak mampu untuk mengangkat atau mengalihkan badan bapa. Sudah selesai semua itu baharulah saya keluar siap-siap untuk berniaga jagung,” katanya ketika lawatan Presiden Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK), Pui Tiong Lam hari ini.
Alif Iqbal mempunyai susuk tubuh setinggi 150 sentimeter dengan berat 80 kilogram memungkinkan ramai yang tidak menjangkakan usianya masih muda dan wajar mendapatkan pendidikan demi masa depan namun persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 1 ditangguhkan akibat desakan itu.
“Saya minat dalam bidang automotif dan teringin untuk masuk ke sekolah vokasional namun ketika ini ibu bapa saya sedang susah dan sayalah sebagai anak sulung yang perlu memikul tanggungjawab menolong ibu bapa saya.
“Sebagai abang yang sulung juga saya perlu menjaga adik-adik. Mereka perlu diberi makan dan kalau saya tidak cari duit nanti mereka akan lapar,” katanya sayu sambil meneruskan kerja-kerja membersihkan jagung.
“Selepas direbus saya akan membawa jagung ini ke Pasar Malam Padang Tembak, Pengakalan Chepa pada hari Isnin dan Rabu. Jagung madu dijual dengan harga tiga batang RM5, dapatlah untung bersih RM100 setiap kali berniaga.
“Modal saya guna niaga seterusnya dan baki duit saya bagi pada ibu untuk perbelanjaan ubatan bapa, makan minum dan persekolahan adik-adik. Kadang-kadang adik-adik datang tolong sebab mereka kumpul duit hendak beli basikal,” katanya.
Sementara itu, Noor Razira berkata, dia amat mementingkan pelajaran anaknya dan akan menghantar Alif Iqbal ke sekolah semula kelak.
Menurutnya, sebelum ini mereka menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat namun terhenti sementara ditukar ke kategori pesakit kronik.
“Apabila suami dimasukkan ke wad, Alif Iqbal yang menjaga adik-adik. Dia memang anak yang sangat baik dan bertanggungjawab walaupun baru berusia 16 tahun,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun Agro Bank Norazira Seman 2-00-6631-00032088-0 atau hubungi talian 0139957775.