
Selepas 5 bulan berjuang dan bertungkus lumus membantu pesakit Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam Sidang Media mengumumkan berita gembira buat petugas KKM. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam pengumuman tersebut memberitahu, frontliner akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.

“Barisan hadapan di kementerian Kesihatan (KKM) bekerja siang malam tak henti dah lima bulan dah. Tak kenal hari minggu, hari bekerja dah.
“Hari ini kita nampak hasil pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Sekarang ini kita lihat penggunaan wad rawatan rapi (ICU) dan COVID-19 semakin berkurangan,” katanya.
Selain itu, kementerian juga akan memberi waktu rehat secara bergilir-gilir kepada staf Kementerian dan kaunseling kepada mereka.

Berita tersebut tentunya memberikan sinar kegembiraan buat para barisan hadapan yang pastinya lelah dalam menangani Covid-19 ini. Cuti yang diberikan sudah tentu dapat meneutralkan kembali semangat juang mereka agar dapat kembali bertugas dengan lebih dedikasi selepas kembalinya dari bercuti.
“Jadi mungkin kita akan guna masa seminggu dua untuk beri time off kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir dan juga kita akan beri kaunseling kepada mereka agar mereka dapat pertahankan diri untuk menghadapi kalau ada peningkatan kes lagi,” tambahnya.

Jelas beliau lagi, staf kesihatan adalah benteng terakhir negara menentang COVID-19. Kementerian akan menyusun semula strategi bagi menghadapi pandemik tersebut.
“Apa yang pasti, kita adalah pertahanan terakhir untuk kita mengelakkan daripada bencana besar kepada negara kita melibatkan kematian dan pertambahan kes.
“Jadi kini kami akan lihat balik tempoh seminggu dua untuk mengadakan perancangan baru untuk menyusun semula strategi tenaga kerja, peralatan kita dari hospital, makmal dan kesihatan awam.

“Saya ingin ambil kesempatan ini bagi mengucapkan terimakasih kepada semua barisan hadapan bukan sahaja KKM, tetapi PDRM, ATM, Imigresen, NGO dan sebagainya yang telah banyak bekerja keras bagi memastikan hasil pencapaian kita hari ini,” kata beliau.
Sumber: KKM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Lebih 16 bulan menyusukan kedua-duanya, kini sudah hampir waktu untuk bercerai susu namun dia kental untuk terus menyusukan.
“Bagi saya ia adalah satu perjalanan penyusuan yang cukup indah. Tapi mommy dah malas nak pump dekat tempat kerja. Sekarang pulak saya pam sekali saja pada waktu siang, tu sahaja. sayang pulak kalau tak pump,” kongsinya menerusi kapsyen.
Namun kini, sudah masa yang cukup sesuai untuk dia memperkenalkan susu formula kepada anak kembarnya itu.
“Alhamdulillah tak ada masalah setakat ni. Kitorang banyak dah menyumbang kepada ekonomi S26 sebab dah beli sejak 10 tahun lalu masa Bella baby lagi.
Melalui perkongsian isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar ini lagi, anak kembar lelakinya, Eusoff mengambil langkah awal minum susu formula terlebih dahulu dan kini diikuti pula dengan Emelia.





