Setiap yang berlaku ada rahmat disebaliknya. Kita sebagai khalifahnya harus redha setiap yang ditentukan oleh Nya. Biarpun kisah pahit melanda, tidak lagi menoleh kebelakang. Kehidupan baharu harus diteruskan tanpa prejudis.
Barangkali itu prinsip dalam diri pelakon Gerak Khas musim baharu ini, Norman Hakim dan Abby Abadi. Kesantunan kisah keluarga mereka ini sentiasa menjadi inspirasi buat peminatnya.
Malah baru-baru ini, melalui entri instagram Abby Abadi yang telah memuat naik kemeriahan sambutan hari jadi Muhammad Dikhriz yang merupakan anak kedua Norman hakim dan Memey Suhaiza.
Ads
Majlis meriah dengan tema cowboy telah dihadiri Abby bersama suami yang juga disertai oleh rakan artis yang menceriakan majlis.
Ads
Melihat banyak gambar yang dimuat naik di instagramnya, rata-rata peminatnya melahirkan rasa kagum dengan cara Abby Abadi menyantuni anak-anak Memey dan Norman Hakim.
Hati mana yang tidak sebak apabila isteri tersayang meninggal dunia sebelum sempat meraikan kejayaan suami menamatkan pengajian.
Erman, 47, berkata, isterinya, Raja Marzuin Raja Baharudin, 39, meninggal dunia pada 20 Ogos tahun lalu kerana jangkitan kuman.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kisah Erman yang menziarah kubur arwah isteri, Raja Marzuin mendapat perhatian warganet selepas dikongsinya di TikTok, @man_rgr baru-baru ini.
Menurutnya, dia menghadiri konvokesyen pada September lalu tanpa kehadiran insan tersayangnya itu selepas menamatkan pengajian Diploma Pengurusan Pentadbiran.
“Isteri memang semangat mahu melihat saya memakai jubah konvokesyen hingga mahu menempah pakaian khas untuk dipakai pada majlis itu tetapi hasratnya tidak kesampaian.
“Sepatutnya majlis diadakan tahun lalu tetapi kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkannya tertangguh hingga tahun ini.”
PAKAI JUBAH DI KUBUR ARWAH ISTERI
Dia yang juga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor itu berkata, selepas tamat majlis di Shah Alam, dia segera ke kubur isteri di Bangi untuk merakam kenangan.
“Saya sangat bersyukur pihak pengurusan majlis membenarkan saya membawa pulang jubah itu. Apabila sampai di kubur saya minta adik rakam hanya untuk kenangan dan perasaan terus sebak kerana teringat kenangan kami dan hasratnya itu.
“Tak sangka juga video itu tular tetapi ia bukan untuk menagih simpati atau menunjuk kerana ia hanya untuk kenangan saya sahaja,” katanya.
Katanya, banyak kenangan yang dicipta bersama isteri walaupun hanya tiga tahun melayari bahtera perkahwinan termasuk isteri sanggup menemani mengulang kaji pelajaran dan membantunya.
“Isteri memang setia temankan saya belajar, ikut kelas dalam talian dan membuat persediaan ujian akhir sehingga jam 3.30 pagi.
“Sepanjang tempoh belajar tidak mudah untuk saya membahagikan masa kerana mempunyai tugas hakiki tetapi isteri sentiasa memberikan semangat dan banyak membantu,” katanya yang tidak mempunyai anak dengan arwah isterinya.
Bercerita lanjut, Erman berkata, selepas isterinya meninggal dunia dia sudah tidak tinggal di rumah mereka di Semenyih.
Katanya, tugas sebagai ketua bot ronda memerlukannya berada di laut selama beberapa hari dan apabila cuti dia akan balik ke rumah ibu bapanya di Alor Gajah, Melaka.
“Rumah di Semenyih hanya datang sesekali saja kerana saya masih belum kuat mahu tinggal di rumah yang banyak kenangan bersama arwah,” katanya.
Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020.
“Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu. Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang.
“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia. Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya
Dalam ucapannya, Perdana menteri mengakui bukan mudah untuk semua duduk diam-diam di rumah untuk satu tempoh masa yang agak lama.
“Pastinya banyak cabaran yang saudara-saudari hadapi pada waktu ini. Tiba-tiba gaya hidup kita berubah dengan sekelip mata. Tetapi saya lihat ramai yang kreatif. Saya tengok di facebook, ada yang dah mula bersenam di rumah. Ada yang menggunakan skype untuk berhubung dengan rakan-rakan sekerja. Saya sendiripun menggunakan face time untuk berbual dengan cucu saya. Maklumlah, mereka tak dapat nak berkunjung ke rumah Tok Ayah seperti biasa.
“Ibu-ibu pun, kerana ada banyak masa di rumah, mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga. Tak kurang juga para bapa yang menggunakan peluang duduk di rumah untuk bersolat jemaah dengan isteri dan anak-anak.
“Ringkasnya, kita semua mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa pun cabaran dan dugaan yang kita hadapi, tidak sekali-kali melemahkan semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Ya, seperti ungkapan yang sering kita dengar, when going gets tough, only the tough gets going. Apabila keadaan menjadi sukar, hanya yang tabah akan dapat mengharunginya.
“Saya hendak menyebut di awal-awal ini bahawa keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar. COVID 19 adalah sejenis wabak yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Tidak pernah kita jangkakan bahawa kehidupan kita akan berubah dengan sekelip mata hanya kerana sejenis wabak yang menular bukan sahaja di tempat kita, tetapi di seluruh dunia. Kadar jangkitannya begitu cepat. Hari ini seramai 422,829 orang telah dijangkiti wabak ini di seluruh dunia dengan 18,907 kematian.
“Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini. Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal.
“Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah. Saya tahu para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil 13 cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula.”Ujar Perdana Menteri lagi.
Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu. Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan.
“Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.Kita telah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.
“Justeru, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian manadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya. Kepada penganut agama bukan Islam, saudara-saudari bertafakkur dan berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing,” sambil menutup ucapan dengan membacakan doa dengan nada penuh sebak.
Umumnya pasti ramai sedia maklum saranan KWSP agar pencarum mengemas kini maklumat peribadi dengan mengistiharkan penama. Hal ini penting bagi memudahkan urusan tuntutan caruman andai pencarum meninggal dunia.
Pun begitu, tidak dinafikan acapkali juga kita terkeliru atau salah faham tentang peranan dan fungsi penama KWSP ini. Malah disebabkan itu juga bukan sesuatu yang pelik bila seorang isteri terumatanya yang mempunyai anak akan meletakkan nama anak sebagai penama berbanding suami. Pelbagai alasan diberikan dan adakah tindakan itu wajar atau sebaliknya?
Memahami lebih ringkas tentang penama KWSP ini, ayuh kita baca perkongsian Farizal Radzali ini untuk info bersama.
Penama KWSP bukan penerima mutlak wang peninggalan simati. Wang tersebut perlu diagihkan mengikut faraid. Jangan salah faham. Melainkan simati ada membuat wasiat/hibah lain.
Penamaan KWSP bertujuan untuk memudahkan proses penyerahan wang KWSP setelah pencarum meninggal dunia. Namun demikian, penama perlu mengagihkan wang yang didapatinya sebagai penama kepada waris yang berkenaan mengikut hukum faraid.
Ramai yang salah faham. Ramai yang mengambil wang tersebut untuk kegunaan sendiri kerana pada pemahaman mereka, penamaan mereka adalah wasiat simati.
Mak ambil KWSP anak sebab anak letak namanya sebagai penama. Sampai lupa nak agihkan kepada isteri anak (menantu) atau cucu. Adik beradik ambil KWSP adik beradik lain sebagai penama tapi gunakan duit sepenuhnya untuk kepentingan sendiri tanpa peduli kesusahan anak isteri simati. Allah…
Atas sebab itu juga, seorang pencarum boleh meletakkan lebih dari satu penama mengikut peratusan yang diingini. Dan setiap penama perlu mengagihkannya mengikut hukum faraid selagi simati tidak membuat apa-apa wasiat/hibah.
Lagi satu, ada segelintir para isteri risau untuk meletakkan suami sebagai penama, atas alasan nanti suami kahwin lain dan enjoy dengan duit KWSP peninggalan isteri. Sanggup letak nama anak yang masih baby atau bersekolah rendah sebab tak nak letak nama suami.
Maka, duit itu nanti hanya akan boleh dikeluarkan/diguna setelah si anak cukup umur/18 tahun. Bayangkan andai anak perlukan duit semasa dia di alam persekolahan, duit KWSP emak tak boleh diguna sebab belum cukup umur. Ayah nak ambil pun tak boleh sebab dia bukan penama.
Ingat satu je, walau suami ambil duit KWSP kita, dia cuma pemegang amanah. Kita ada faraid, In Shaa Allah, segalanya akan ok. Kalau suami salahguna duit KWSP kita, itu urusan dia dengan Allah.
Pesanan saya, buatlah penamaan, untuk mudahkan masa depan orang-orang yang kita kasihi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...