Jika suatu ketika dulu emas tidak mendapat perhatian sebagai pelaburan jangka masa panjang kini ia menjadi trending.  Ramai yang berpusu-pusu ke kedai emas membeli walaupun harga mahal.
Dulu barang kemas sebagai perhiasan kini segelintir  orang jadikan ia persediaan kecemasan dalam bentuk emas. Tak dinafikan emas adalah penyimpan nilai yang baik.
Namun, ada yang keliru mengenai faraid emas. Untuk penjelasan yang mudah, perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri mudah untul difahami.
Ikuti perkongsiannya.

Ini semua gara-gara posting yang mengelirukan! Kalau tak tahu, atau info tak lengkap, atau tak pandai menulis dengan baik, maka baik jangan tulis just for the sake of nak tulis or nak buat marketing.

Maklum sajalah banyak pulak lately kes isteri umur muda kematian suami. Emas pulak harga tengah mood menaik.

Ada kawan-kawan yang tulis jugak pasal ni dan explain. Saya ingat dah cukup dah. Rupa-rupanya tak selesai-selesai lagi.

Harta Emas Jadi Rebutan, Faraid Jadi Isu, Kena Faham Hukum Baru Tak Keliru. Ikuti Penjelasan Ustaz Ini.
Gambar sekadar hiasan

Ada beberapa isu yang misleading kat sini :

❌ Emas tak tertakluk kepada hukum faraid bila berlaku kematian.

❌ Beli barang dengan duit nafkah suami bagi masa dia hidup menjadikan barang itu milik arwah suami dan kena faraid.

❌ Orang lelaki tak boleh simpan emas.

❌ Macam nak cakap faraid ni menganiaya si isteri bila kematian suami.

Adoiyaiiii… poning kepalo den nak explain.

So, once and for all saya akan tulis sekali saja benda ni. Jangan nak mesej-mesej saya tanya dah lepas ni ok?

Kalau nak kasi viral posting saya ni pun, dipersilakan dengan segala hormatnya!

1.Duit suami, duit suami.

2.Duit isteri, duit isteri.

3. Kalau suami bagi duit kat isteri, maka duit tu jadi duit isteri. Isteri boleh buat apa saja dengan duit tu.

4.Begitu jugak kalau isteri bagi duit kat suami, maka duit tu jadi duit suami. Suami boleh buat apa saja dengan duit tu,

5. Faraid ni ialah pembahagian harta si mati kepada yang hidup. Kena tengok siapa yang mati. Harta dia la yang kena faraid pada waris yang berhak.

6. Bukannya apa jenis harta yang menentukan kena faraid ke tak. Tapi tengok siapa yang mati. Harta dia la yang kena faraid.

7. Sekarang ni kes dia ialah SUAMI MATI. Maka segala harta suami tertakluk kepada faraid setelah ditolak apa yang sepatutnya.

8. Masa hidup, suami bagi duit nafkah pada isteri. Maka duit nafkah itu hak mutlak si isteri. Apa saja yang isteri beli, maka itu hak isteri. Bukan hak suami.

9. Termasuklah emas yang dibeli guna duit suami bagi masa dia hidup. Maka emas ini jadi hak milik isteri.

10. Dah kalau emas tu hak milik si isteri, maka emas tu tak perlu la bahagi ikut faraid lepas suami mati.

11. Kecuali si isteri yang mati. Maka emas tu kena nilaikan dan bahagi ikut hukum faraid kepada waris yang berhak.

12. Habis tu, bukan ke si isteri beli emas tadi guna duit nafkah suami bagi ke?

13. Sekarang ni soalan ni terjawab dengan sendiri bila kita tahu duit nafkah tu jadi duit siapa lepas dibagi. Jadi duit isteri la kan?

14.Sama macam kalau saya tanya begini. Saya bagi duit kat awak, awak pergi kedai beli nasi. Awak makan nasi tu. Sekarang, nasi dalam perut awak tu hak siapa? Awak ke saya? Awak la kan!

15. So, apa-apa yang dibeli oleh isteri, walaupun guna duit suami bagi, maka ia jadi hak milik mutlak si isteri.

17. Kalau sebab beli emas guna duit nafkah suami bagi, emas tu kena faraid, maka segala benda yang isteri beli guna duit nafkah suami bagi kena faraid la. Termasuk la bra, spender dan lain-lain. Tak ke haru tu.

So, jangan pening-pening lagi. Jangan konfius-konfius lagi.

Sifir dia mudah saja. Bukan pasal emas, bukan pasal apa. Tapi tengok harta tu siapa punya.

✅ Harta suami – suami mati, maka faraid la semua harta yang berkenaan.

✅ Harta isteri – isteri mati, maka faraid la semua harta yang berkenaan.

Yang kau nak pergi faraid harta kawan tu duk hidup lagi tu apa ke halnya?

Sumber: Khairul Anuar Basri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI