Siapa kita sebagai hambaNya nak menidakkan takdir yang tertulis. Kehilangan orang tersayang secara mengejut memang meruntunkan hati. Lebih-lebih lagi apabila wajah mereka tidak boleh kita tatap buat kali terakhir. Namun itulah yang perlu dilalui seorang wanita ini apabila mendapat berita tentang pemergian anak lelakinya ketika baru sehari tiba di Tanah Suci Mekah.

Mengimbas kembali kejadian bulan lalu, si anak yang bernama Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli terlibat dalam satu nahas jalan raya di Tanjung Kling, Melaka. Pemuda tersebut bagaimanapun telah pergi bertemu Ilahi apabila motosikal dinaiki telah bergesel dengan sebuah kereta sebelum bertembung dengan satu kenderaan lain.

2 hari sebelum insiden itu, Allahyarham sempat melaungkan azan sebelum menghantar ibunya untuk berangkat tunaikan ibadah Haji. Setelah hampir sebulan lebih, kini tibalah masanya untuk menyambut kepulangan wanita berkenaan ke tanah air.

@ellellell720/06/2022 – Doa mengiringi keberangkatan seseorang yg bergelar ibu utk ke Tanah Suci – Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli – terima kasih Haikal kerana menjadi anak yg soleh yg baik utk kakak achik…Klebang Melaka♬ original sound – Ell

Tiada kata-kata dapat digambarkan, malah hanya tangisan saja yang keluar ketika dia tiba memeluk anak-anak yang lain melalui perkongsian video oleh adik kepada ibu ini di salah satu entri terbaru di Tiktoknya. Detik itu cukup terasa apabila mengenangkan tiada kelibat jejaka yang dipanggil ‘adik’ itu bersama.

“Inshaallah dia memang dah redha cuma sekarang mesti dia terasa sangat2 hanya 4 org ank dia yg menjemput dia pulang dr Mekah 😭 masa pergi semua ada😭,” tulisnya di ruangan komen.

IKLAN
@ellellell7Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib 🤲🏻 dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakak ku Hajjah Norzaini Binti Haji Akasah, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 we love u sis abah anak2 adik2 is there for u😭🤍 02/08/2022 @KLIA Haiqal…ibu dah balik 😭 Alfatihah 🤲🏻🤍♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak melihat detik kepulangan wanita berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga berkesempatan tinggalkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.

IKLAN

Sumber : @ellellell7