Di Kampung Manjoi, Ipoh, terdapat seorang wanita yang bernama Asha Shahila. Impiannya adalah untuk membuka kedai kek dan berjaya mencapai cita-citanya walaupun sekadar menjual di laman rumahnya!
Sejak kebelakangan ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Asha Shahila telah memuat naik sebuah video di mana dia berniaga aneka kek dan pencuci mulut di laman rumahnya buat kali pertama. Video itu menjadi “viral” dan mendapat perhatian wargamaya yang ramai.
“Kalau ikutkan sejak bujang lagi saya suka buat kek, mewarisi minat ini daripada ibu.
Saya bekerja sebagai kerani tetapi suka ikuti rancangan atau menonton video buat kek dari YouTube. Selepas lebih setahun berkahwin, saya tetap terima tempahan buat kek tapi agak penat. Akhirnya saya putuskan untuk berhenti kerja dan ‘pursue’ minat untuk buat kek” jelas Asha.
Dikatakan bahawa Asha merupakan seorang “home baker” selama 8 tahun sebelum ini tapi tidak berkesempatan untuk membuka gerainya sendiri. Kali ini, Asha mengambil keputusan untuk merealisasikan impiannya.
Ads
“Mula-mula takut juga kek tak habis, tapi dengan sokongan padu keluarga, suami dan kawan-kawan, saya jadi bersemangat. Nak buat banyak tak berani. Hari pertama saya buat lapan biji kek sahaja. Lagipun saya seorang yang bancuh adunan, bakar, deko, kemas dapur. Pendek kata dari A hingga Z saya buat. Adik pula tolong bungkus” kata peniaga kek itu.
“Hari pertama buka gerai iaitu 15 September, saya buat hebahan dalam Facebook saja. Tapi orang yang biasa tempah dengan saya, mereka bantu share. Ada juga yang datang gerai siap buat video dan bantu promote. Alhamdulillah, sejam setengah saja kek licin! Yang saya terkejut, ada yang beritahu mereka dari Kuala Lumpur dan singgah gerai sebelum ke Pulau Pinang. Mereka kata masuk dalam FYP (for you page) TikTok.Terharu rasanya,” ujar Asha.
Ads
Semoga artikel hari ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada anda semua. Sekadar pesanan, jangan pernah kita berputus asa untuk mencapai impian.
Menurut Wan, dia mula bekerja sejak berusia 15 tahun selepas keluarganya berdepan sedikit masalah. Keadaan itu membuatkan dia mengambil keputusan yang cukup besar dalam hidupnya, iaitu berhenti sekolah demi membantu keluarga.
“Umur saya sekarang 23 tahun. Saya bekerja sebagai pengutip sampah dah empat tahun.
Saya ada dua kerja. Satu lagi sebagai part time di kedai makan.
Umur 15 tahun saya dah mula bekerja. Keluarga ada masalah sedikit. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah dan bantu keluarga.”
Lebih menyentuh hati, Wan turut melakukan dua kerja dalam sehari bagi membantu keluarga. Selain bekerja sebagai pengutip sampah, dia juga bekerja sambilan di sebuah kedai makan.
Rutin hariannya bukan mudah. Dari awal pagi hingga ke malam, Wan mengorbankan tenaga dan masa demi memastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Walaupun penat, dia tidak pernah merungut. Baginya, setiap usaha yang dilakukan adalah demi meringankan beban ibu bapa serta memastikan adik-adiknya tidak melalui kesusahan yang sama.
Wan berkata, dia memilih untuk berdepan semua cabaran itu demi keluarganya, terutama tiga orang adiknya yang masih bersekolah.
“Saya memilih untuk hadapi semua ini demi keluarga saya. Saya ada tiga orang adik yang masih bersekolah.
Saya nak mereka habiskan pelajaran. Saya tak habis tidak mengapa.”
Menurut Wan lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan halal dan tidak mengganggu orang lain. Prinsip hidup ini menjadi kekuatan utama dirinya untuk terus bertahan dalam dunia yang penuh cabaran.
“Saya buat apa saja kerja. Yang penting halal dan tak ganggu orang. Yang penting, dekatkan diri dengan Allah.
Ibu bapa adalah satu semangat dan motivasi untuk saya teruskan kehidupan. Janji boleh ringankan beban mereka.”
Kata-kata ini cukup memberi inspirasi kepada ramai, terutama golongan muda yang mungkin sedang mencari arah dalam kehidupan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tersentuh dengan ketabahan Wan. Tidak sedikit yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi untuk terus berusaha walaupun berdepan kesukaran hidup.
Siapa sahaja yang tidak kenal pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, sebagai Misha dalam sitkom Spanar Jaya? Pasti mereka yang sempat menonton sitkom tersebut tidak akan lupa persona dan kejelitaan Wardina.
Walaupun pelakon berdarah kacukan ini jarang dijumpai di televisyen sekarang, Wardina yang kini menetap di Brisbane, Australia, masih aktif di media sosial.
Beliau kini telah tamat pengajiannya dalam bidang psikologi yang menurutnya, berasa terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dari segi itu.
Wardina menjadikan ikatan kekeluargaannya sebagai kekuatan dirinya untuk menjalani tugasnya sebagai seorang anak seni dan sebagai ikon yang digemari ramai.
Pelakon Spanar Jaya ini jarang memuat naik gambar bersama keluarga dan suami tercinta, Ikhwan Johari, tetapi kali ini, anak sulungnya, Amna Nafeesa, mendapat perhatian orang ramai terhadap peralihannya daripada anak dara ke dewasa.
Bukan sekadar kejelitaan Amna yang serupa ibunya malah kebijaksanaannya juga! Amna, 18, telah berjaya menamatkan pengajiannya di International Diploma Programme yang merupakan program pra-universiti melibatkan pelajar berumur 16 hingga 19 tahun.
Semoga artikel hari ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana. Kami di Keluarga mendoakan agar keluarga Wardina kekal bahagia dan semoga adik Amna Nafeesa terus membanggakan keluarga dan negara pada satu hari nanti.
Awalnya ibu muda yang cukup petah berbicara ini memasuki bidang bakery. Namun dia kemudiannya beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak.
2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live.
Sehingga kini, setiap kali tampil di instagram mahupun facebook, pasti ramai yang mengikutinya. Biar pelbagai persepsi negatif dilemparkan, namun Bella atau nama sebenarnya Nor Nabilah Zulyadaini terus pandang ke depan dan tidak ambil peduli dengan apa orang kata.
“Teruskan minat kita.. Buktikan pada orang yang kita boleh melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Sapa lagi nak ubah cara hidup melainkan kita sendiri berusaha sehabis mungkin, berdoa pada Allah swt mintak dipermudahkan segalanya jauhi dari2 orang yang tak baik dari kita ,buka kanlah seluas2 pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik (sihat) Aminn aminn.
“Dalam kehidupan ni ada pelbagai risiko /halangan /dugaan/pahit dlm hidup Yes kita kena kuat tempuhi dgn pelahan2 kita bangun go Bangun hampa…? Apa kita minat practice PRACTICEx3 sampai berjaya..nk berjaya kena hadapi dulu asam garam brulah kita belajar sesuatu yg baru dlm hidup kita…masih merangkak masih banyak lagi ingin belajar ingin exlpore lebih dalam lagi cuba buat lain pda org yes itulah kita….
Bella yang pernah down sangat teruk smpai tak mau berdunia nak hidup sendirian bagaimana pun tidak mahu mengingati saat-saat buruk itu.
“Tak mahu cakap smualah rasa sia2 dalam hidup ..tapi kita kena kuat demi masa depan ingat keluarga ingat anak2….rezeki kita siapa yang tahu hanya Allah swt yang tahu..apa yang penting berusaha rajin …? Rajin rajin pulun gigih …Allah tahu isi hati kita,” ujar Bella lagi menerusi perkongsiannya di Facebook.
Masih tidak percaya siapa dirinya sekarang ni, Bella tidak malu mengaku dulu hanya gadis kampung berbasikal ke hulur hilir mencari rezeki untuk keluarga.
“Mengaji takat spm saja tu pon cikgu yang byarkan yuran2 buat saya ..trima kasih pada smua cikgu sekolah menengah sri badong terutamanya ustaz muslan jasamu tidk terbalas…..terus keja ..selekeh sgt2 xpernah merasa berbaju raya /baju baru…
“Ingat lagi time2 tu kwn smua dh ade motosikal tp sy hnya berbasikal usang ..bila kayuh rantai basikal jatuh p mai p mai kena kejar anjing dan sebagainya berapa susahnya mencari rezeki..igt lagi masa tu mak saya bertnya pada saya “kak mkn dakg ” time tu bella dapat duit dari hasil kelas ikan start 7pgi -5ptg hnya dpt 15 ringgit saya jawab “Alhamdulilah mak dah mkn kenyang dah”
“Padahal saya tak makan ikat perut lg sbb niat duit rm15 ringgit tu memang nak bagi mak beli barang dapur untk makan esoknya. Allahuakbar sori sebak sat .juga tak pernah merungut tak malu dengan kehidupan kita ..jangan malu jangan fake…jadilah diri sendiri..
“Sekarang Alhmdulilah dapatlah membantu keluarga dan rakan2 serba sedikit rezeki saya dapat …terima kasih buat hampa smua yang sentiasa menyokong sy..insyallah saya akan buat terbaik bantu setakat mampu…mintak maaf jikalau terlepas pandang komen xterbalas maafkan bella…
‘Terima kasih buat kwn2 zaman sekolah rendah menengah sy smpai kwn2 sekrg yg banyak mebantu sy dri segi kewangan bantu sy terima bnyk bella akan igt smpai bila2 …trima ksih jugak pda suami tercinta Mak/abah kluarga yg sentiasa memberi semangat nasihat buat bella..
Memiliki dua cahaya mata Airis Alisha, dan Aidil Mikhail, hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad,wanita anggun ini mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usianya menjangkau 25 tahun sudah memiliki keluarga yang lengkap.
“Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.
“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella lagi.