Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.
Untuk panduan semua, ini cara menghasilkan gambar Ghibli Style yang trending sekarang. Jom cuba!
CARA BUAT GAMBAR RAYA GHIBLI STYLE GUNA CHATGPT PLUS
Langkah 1 – Log Masuk ChatGPT
• Guna akaun Google pun boleh.
• Pastikan dah subscribe ChatGPT Plus (kena ada untuk buat gambar).
Langkah 2 – Upload Gambar
• Klik ikon “+” kat kiri bawah.
• Pilih “Photo Library”.
• Upload gambar korang — sorang ke, family ke, janji jelas.
Ads
Langkah 3 – Taip Prompt
Contoh prompt Ghibli + touch up:
“Turn this image into Studio Ghibli style. Make the person look slightly slimmer and more elegant, enhance the background to look like a beautiful traditional big kampung house with cinematic lighting and soft watercolor effect.”
Atau versi Melayu:
“Tukar gambar ini ke gaya Studio Ghibli. Bagi orang dalam gambar nampak sedikit lebih kurus & segak, latar belakang rumah kampung besar yang cantik dan klasik, dengan efek lukisan lembut dan cahaya sinematik.”
Ads
Langkah 4 – Tunggu Jepun Melukis (hehe)
• AI akan lukis semula ikut gaya Ghibli + permintaan extra korang tadi.
• Kalau rasa belum cukup ‘wow’, boleh refine prompt.
Langkah 5 – Download & Simpan
• Klik gambar.
• Tekan ikon download.
• Simpan masuk phone — siap untuk jadi poster kad Raya paling legend tahun ni!
Ads
TIPS EXTRA UNTUK HASIL LAGI POWER
✅ 1. Guna Gambar Jelas
• Lighting cerah, muka penuh, tak kabur
✅ 2. Letak Arahan Touch Up Dalam Prompt
• Contoh:
• “make person slightly slimmer”
• “enhance background to look like big kampung house”
• “add cinematic sunset lighting”
✅ 3. Jangan Upload Gambar Serabut
• Maximum 2–3 orang je satu gambar
• Kalau ramai sangat, hasil Ghibli jadi crowded & messy
BONUS:
Nak tukar latar belakang terus pun boleh!
Contoh:
“Tukar latar belakang kepada rumah kampung moden yang besar, dengan pokok kelapa dan suasana pagi Raya yang damai.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Shuib dan anak-anaknya, Uwais Al-Qarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan kini kembali membina semula keluarga mereka dengan kehadiran ibu baru iaitu Watie Hanifiah. Bukan sebagai pengganti arwah Sarah, tetapi Watie sebagai tempat untuk anak-anak menumpang kasih.
Menerusi akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar satu video dari akaun TikTok Suciuwais yang merakamkan perbualan antara Makder dan Matin. Makder bertanyakan kepada Matin, “Matin ini anak siapa”.
Matin spontan menjawab dia anak daddy dan mummy. Kemudian Makder meneruskan pertanyaan dengan menyebut ‘ibu’. Jawapan Matin selepas itu membuatkan ramai yang sebak mendengarnya. Tak disangka jawapan Matin yang buatkan ramai netizen sebak.
Kata Matin, dia anak ibu sampai syurga. Itu merupakan kenyataan yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Ibu sedang berbahagia di sana dan pastinya gembira melihat Matin dan anak-anak yang lain mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ayah dan ibu baru mereka.
Jawapan yang diberikan oleh Matin ini meraih perhatian daripada warganet. Rata – rata netizen memuji jawapan yang Matin berikan dan ada juga yang berasa sebak dengan jawapannya itu.
Pandai sungguh Matin ini, jawapan yang pastinya membuatkan Watie sendiri tersentuh mendengarnya. Matin anak ibu dan mummy. Ramai yang yakin mummy akan sayangkan Matin seperti anak sendiri.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pafa tahun 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya matai aitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayyash Affan.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid – 19.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ibu mana yang tidak mahu melihat semua anak dilahirkan hidup sihat, begitu juga Che Noorsiah Abdul Rashid apabila menerima kehadiran lima anak yang menjadi penyeri hidup bersama suami.
Namun, takdir Allah SWT ‘menuliskan’ sebaliknya apabila semua anaknya bersama tiga anak tiri serta suami diuji penyakit kanser, malah dirinya dan seorang cucu lelaki juga diuji penyakit sama.
Lebih menyedihkan tujuh anak dan suaminya kini sudah meninggal dunia kerana penyakit mereka.
Suami, Abdul Latif Md Jali yang menghidap kanser paru-paru dan tumor otak meninggal pada 1998 manakala anak kandungnya, Nur Hidayati Ayu yang menghidap kanser adrenal meninggal dunia pada 1995, Irfan Effendy meninggal dunia pada 2013 kerana kanser limfoma dan Nur Aqilah Atiqah menghidap kanser payudara yang meninggal dunia pada 2019.
Seorang lagi anaknya, Shaheedy Effendy yang meninggal dunia kerana jangkitan bakteria salmonella tahun ini juga mempunyai ketulan di tulang selangka namun tidak sempat membuat ujian dan pemeriksaan lanjut.
Tiga anak tirinya, Noraini meninggal dunia pada 2002 akibat kanser payudara, Mohd Jefri menghidap kanser esofagus meninggal dunia pada 2018 dan Mohd Musa meninggal dunia pada 2016 kerana kanser darah.
Kini hanya tinggal Che Noorsiah, 69, dan anak bongsunya, Nur Alia Wahidah, 32, yang masih berjuang melawan kanser payudara manakala cucu lelakinya Haleef Hayyan Effendy Irfan Effendy, 11, kanser limfoma, tulang dan leukemia.
Bercerita kisahnya, Che Noorsiah berkata, kehilangan suami dan tujuh anak termasuk tiga anak tiri boleh dianggap satu tamparan hebat buatnya, namun menerima ketentuan takdir dengan reda.
“Apabila semua anak sakit kanser, hati saya seolah-olah hancur biarpun tiga anak lain cuma anak tiri, tetapi saya tidak pernah membezakan kasih sayang buat mereka. Rasa itu tetap sama.
“Bagaimanapun saya sentiasa kuatkan semangat dan bersangka baik dengan Allah SWT kerana perjalanan hidup kita seperti menaiki kereta api yang akan berhenti di hentian stesen, apabila tiba masa kita akan ‘pergi’ dan sakit cuma asbab.
“Kini hanya tinggal saya bersama anak bongsu dan cucu bersama-sama melawan penyakit ini. Bagi saya selagi ada hayat saya akan berjuang dan hidup dengan gembira, malah sokongan ahli keluarga lain sangat menguatkan kami,” katanya ketika ditemui.
Pesara kerajaan itu berkata, dia bernasib baik apabila kansernya dapat dikesan awal dan kini berada di tahap awal namun sudah melakukan pembedahan membuang payudara kanan pada Januari tahun lalu.
Katanya, dia disahkan menghidap penyakit itu pada November 2020 dan mengakui keluarganya tiada sejarah penyakit kanser, namun penyakitnya itu bukanlah penamat kehidupannya.
“Ketika disahkan kanser payudara saya memang terkejut kerana keluarga saya tiada sejarah penyakit kanser. Ini dugaan keluarga saya apabila kami semua diuji dengan penyakit ini.
“Sebagai pesakit kanser dan ada anak dan cucu yang mempunyai penyakit sama kami perlu positif dan menjalani kehidupan dengan gembira selain melakukan aktiviti kegemaran sebagai terapi diri.
“Tiga elemen penting untuk lawan kanser adalah kuatkan semangat, makan makanan berkhasiat dan buat rawatan disyorkan pakar. Hidup dan mati kita serahkan kepada Allah SWT,” katanya yang turut mempunyai sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Bercerita lanjut, saat paling sukar yang dilaluinya adalah anak perempuan yang lama ditunggu, Nur Hidayati Ayu disahkan menghidap kanser adrenal ketika berusia empat tahun.
Katanya, sejarah keluarga suaminya memang ada yang sakit kanser tetapi dia tidak menyalahkan takdir kerana baginya semua aturan Allah SWT mempunyai hikmah.
‘Hayyan ada ‘super power’ kuat lawan sakit’
“Hayyan, wan (Che Noorsiah) dan mummy (Nur Alia Wahidah) ada ‘super power’ jadi kami kena kuat lawan sakit,” kata pesakit kanser tahap empat, Haleef Hayyan Effendy Irfan Effendy.
Haleef Hayyan Effendy, 11, atau mesra disapa Hayyan diuji penyakit kanser limfoma seawal usia lima tahun sebelum kanser itu merebak ke tulang dan kini turut disahkan mempunyai leukemia pada Februari lalu.
Menurutnya, ketika disahkan kanser kembali dia menangis, terdiam dan kecewa tetapi sokongan ibu, Mimi Zarina Omar, 48, membuatnya kuat.
“Masa usia lima tahun, Hayyan tak tahu kanser itu apa cuma tahu ABC sahaja dan sakit macam arwah ayah.
“Bila doktor cakap Hayyan ada kanser lagi baru-baru ini saya menangis dan terkedu sebab kena buat rawatan lagi.
“Masa buat rawatan memang sakit tapi Hayyan ada mummy yang selalu temankan di hospital tapi Hayyan harap sangat Hayyan, wan dan mummy terus kuat dan sihat,” katanya.
Sementara itu ibunya, Mimi Zarina berkata, kekuatan sebenarnya adalah melihat kekuatan anak bongsu kesayangannya kekal positif untuk sembuh daripada penyakitnya.
Menurutnya, Allahyarham suaminya, Irfan Effendy Abdul Latif, 39, meninggal dunia kerana kanser limfoma pada 2013.
“Biarpun ‘sakit’ melihat Hayyan sakit tetapi saya tidak menyalahkan takdir atau genetik sebaliknya menerima dengan reda kerana ini ujian Allah SWT untuk saya dan keluarga kami.
“Sebelum ini saya berjuang bersama suami yang melawan kanser selama tujuh bulan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dan kini bersama Hayyan pula untuk berjuang melawan penyakit.
“Pada mulanya saya tidak kuat tetapi melihat betapa positifnya anak buat saya juga jadi kuat. Kita perlu kuat dan positif untuk menjaga pesakit kanser bukan mereka sahaja kena kuat,” katanya.
Kekal cekal lepas hilang ‘mahkota’ wanita
Kehilangan ‘mahkota’ kewanitaan dan melalui 12 sesi kemoterapi dan 15 kali radioterapi, tidak membuatkan wanita ini ‘gentar’ untuk berjuang melawan kanser payudara tahap empat yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.
Nur Alia Wahidah Abdul Latif, 32, menjalani pembedahan membuang payudara kanannya dan kini bakal kehilangan satu lagi ‘mahkota’ apabila akan menjalani pembedahan membuang ovari.
Nur Alia Wahidah berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas disahkan menghidap kanser payudara selepas baharu tujuh bulan berkahwin dan mengecapi kebahagiaan bersama suami.
Menurutnya, biarpun mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit kanser tetapi ujian genetik yang dibuat pada 2018 mengesahkannya bukan pembawa gen P53 seperti dua adik beradiknya.
“Pada mulanya kanser berada di tahap dua dan ia berpunca daripada hormon. Saya mengambil keputusan membuang payudara kanan dan ‘membinanya’ semula supaya ia tidak serius. Itu satu keputusan berat kerana ia adalah ‘mahkota’ kita sebagai seorang wanita.
“Kemudian doktor beritahu kanser saya berulang pada Mei lalu dan sudah berada di tahap empat selain merebak ke paru-paru,” katanya yang kehilangan kerja kerana penyakitnya itu.
Menurutnya, dia kini sudah membuat enam sesi kemoterapi dan menunggu untuk membuat pembedahan membuang ovari bagi mencegah kanser kembali kerana ia membabitkan hormon.
“Pembedahan ini akan melenyapkan hasrat saya memiliki anak sendiri. Ini realiti yang dilalui biarpun saya sendiri teringin mahu punya anak sendiri dan ia memang membuatkan saya sedih.
“Semua yang ada pada kita adalah milik Allah SWT dan apabila sedikit yang dipinjamkan itu diambil saya tetap bersyukur kerana Dia masih memberikan peluang saya bernafas.
“Siapa saya untuk mempersoalkan ketentuan-Nya jadi saya perlu positif dan bersemangat untuk melawan sakit ini. Allah SWT mahu lihat saya bersabar dan menerima ujian-Nya. Lagipun saya fikir dugaan mana lebih hebat dan jika dia boleh melaluinya kenapa tidak saya,” katanya.
Isu kesihatan mental ini sememangnya bukan perkara baharu, tetapi bukan semua orang mahu berkongsi tentangnya kerana takut disalah erti. Apa yang membezakannya adalah masyarakat kini lebih didedahkan dengan kesedaran yang mendalam tentang isu ini.
Tak ketinggalan juga, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong turut berkongsi tentang kepentingan mengambil berat isu kesihatan mental terutamanya di generasi kini.
Dalam temu bual bersama portal Keluarga, Alvin menyuarakan pendapatnya tentang perspektif dan pentingnya sokongan daripada keluarga terhadap ahli yang mempunyai masalah mental.
[“Bagi Alvin, ada support system adalah sangat penting. Tapi Alvin faham juga tak semua porang dapat support daripada family sebab diorang tak faham,” katanya.
Dalam masa yang sama, Alvin turut berkongsi tanggapan orang tuanya terhadap isu kesihatan mental sebagai perkara mengarut.
“Kalau bapa saya punya generasi, kesihatan mental adalah satu benda yang mengarut. Bagi kita punya parent, dia rasa takde apalah ini alasan je, sebab tak nak belajar kan, sebab malas nak kerja kan, tak nak buat kerja rumah kan.
“Tapi sebenarnya, lately ni generasi kita banyak yang ada situasi yang berkaitan dengan kesihatan mental,” ujarnya.
Sementara itu, Alvin juga sempat memberikan nasihatnya kepada masyarakat di luar sana untuk menitikberatkan kesihatan mental dan mencari solusi terbaik dengan yang pakar.
“Nak bagitahu mental health seperti depression, bipolar atau ADHD bukan satu benda yang menakutkan cuma kalau dah ada kita kena cari solusi untuk menghadapinya supaya tak menganggu orang lain serta menjejaskan kerja kita,” tambahnya.
Selain itu, pelakon yang sedang menjalankan penggambaran drama Journal Sarahaeyo yang bakal ditayangkan di aplikasi Viu ini turut menyebarkan mesej tentang isu ini melalui video podcast yang dikongsikan di saluran Youtubenya.
Sumber: TikTok Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di