Hasilkan Jahitan Lengan Getah, Mudah & Kemas Buat Begini Untuk Beginner!

Share

Bukan semua pandai menjahit apatah lagi ia memerlukan minat untuk dilakukan bahkan memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Namun jangan jadikan itu sebagai penghalang dan bolehlah dicuba menghasilkan jahitan yang ringkas dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Pn Haslina untuk membuat bahagian tangan baju bergetah.

Ini perkongsiannya.

Tutorial Lengan Getah

Sambil2 dok menjait lengan blouse saya nak share cara jahit getah di hujung lengan.. Banyak cara lain sebenarnya tp ni salah satu cara paling mudah dan kemas..

Cara-caranya :

Sediakan getah mengikut keselesaan lengan masing-masing. Contoh macam hujung lengan saya 6.5″ jadi panjang getah saya potong 8″ ..ukuran hujung lengan pada kain 14″

Jahit getah pada ke dua-dua hujung kain pada bahagian lengan tersebut.

Letakkan getah pada permukaan kain sebelah dalam ye, bukan sebelah luar/cantik. Benamkan jarum pada hujung getah, kemudian tarik getah tersebut sebelum menjahit.
P/s : untuk jahit getah di lengan saya suka pakai tapak tinggi rendah.

Rupanya akan jadi begini selepas menjahit getah di atas kain.

Kemudian lipat/gulung hujung lengan untuk menutup getah (2 kali lipat/gulung)

Ok kat sini fungsinya tapak tinggi rendah tu. Letak kedudukan kain seperti dalam gambar.. jahitan akan lebih sekata @ sama bila pakai tapak ni.. tapi kalau pakai tapak biasa pun ok..

Benamkan mata jarum dulu sebelum jahit. Bagi mengelakkn jarum patah.. kemudian tarik getah.

Sambil tarik getah tu bolehlah jahit seperti biasa.

Selesai jahit getah boleh la jahit cantum then jahit tepi or jahit tepi baru cantum
lengan tu.. ikut suka la mana-mana yang mudah.

Selamat mencuba, sekian terima kasih.

Sumber : Haslina Abd Hamid 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN