Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali. Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Ads
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Ads
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Ads
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah cuba pelbagai cara untuk turunkan kolestrol tetap tak menjadi, tentu risau dibuatnya.
Ada pelbagai cara dan petua untuk pastikan tahap kolestrol boleh dikawal.
Salah satu petua yang boleh diamalkan adalah minum jus lemon. Tapi nak buat tentu kadang malas. Apa kata ikuti cara mudah ini. Boleh buat stok berbulan-bulan.
Lemon madu.. buat stok.. lagi lama simpan lagi sedap… boleh mkn dgn buahnya sekali.. 😄 pahit? TIDAK sama sekali..
Yg ni betul2 pati ya… Nak mkn/minum kena tambah air!!.
nak buat utk ubat batuk pon boleh atau pon campur dlm teh, jadi teh lemon..
#6bj lemon rendam kejap dgn air garam dlm 10mnit, kmudian bilas dan basuh bersih dan ptong nipis, buang biji. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah taruk. Tapi halia bagus.. #Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli, secubit garam.. jangan tambah air… Gaul smpai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup, dah sebati boleh la masuk dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk, esok boleh guna..
saya minum sehari sekali sblum tido utk kurangkan kolestrol…
Resipi
Resepi Pati Lemon Madu
Bahan-bahan:
6 biji lemon
Garam
Halia
1 senduk gula perang
300ml madu asli
Secubit garam
Cara-cara:
1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit.
2. Kemudian bilas dan basuh bersih. Potong nipis, buang biji. Tambahkan halia, kalau tak suka tak perlu letak.
3. Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli dan secubit garam. Tak perlu tambah air. Gaul sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar.
4. Bila dah sebati, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selepas sehari dah boleh guna.
Merancang untuk hamil atau tidak di fasa Covid-19 ini tidak dinafikan ianya terletak atas hak setiap pasangan yang telah berkahwin. Pun begitu apa yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini terlalu ramai ibu yang mengandung menjadi korban Covid-19.
Memberi kesedaran tentang pentingnya ibu yang mengandung segera mengambil vaksin, Dr Amalina Che Bakri berkongsi info di instagramnya baru-baru ini. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.
Menurut Dr Amalina, kajian menunjukkan, mereka yang mendapat jangkitan COVID semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) & increased hospital admission berbanding dengan mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm birth & stillbirth’ (Gurol-Urganci et al 2021).
Kajian (7530 vaccinated vs 7530 matched unvaccinated women) menunjukkan ibu mengandung yg mendapat vaksin mendapat perlindungan dan risiko lebih rendah utk mendapat jangkitan berbanding mereka yg tidak vaksin (Goldshtein et al 2021).
Setakat ini ~ 130 000 ibu mengandung di US dan ~50 000 di UK sudah mendapat vaksin tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi (RCOG 2021). Data menunjukkan vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan (Male et al 2021).
Data dari UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat 2 dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana COVID kerana mereka sudah mendapat perlindungan dan mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah mereka yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua (RCOG guideline 2021).
Vaksin tidak menyebabkan masalah kesuburan (infertility) (Moris 2021). Vaksin juga tidak meningkatkan risiko keguguran (miscarriage) (Shimabukuro et al 2021).
RCOG guideline mengatakan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira di mana stage pregnancy (with informed consent) dan pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan 2 dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk third trimester kerana ini adalah peringkat yang paling genting dimana risiko paling tinggi adalah semasa third trimester. Ibu mengandung tidak kira gestation age digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang tinggi kepada mereka. (RCOG guideline 2021). Untuk di Malaysia, anda boleh berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) anda, discuss the benefits and risks, sekiranya anda mahu vaksinasi, boleh dapatkan surat daripada Pakar O&G untuk diberikan kepada pusat vaksin sekiranya anda bukan berada dalam gestation age 14-33 weeks.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, dilihat warganet menyokong saranan Dr Amalina dan tidak kurang juga bertanya lanjut berkenaan kesan vaksin kepada yang sedang menyusukan dan sebagainya. Rata-rata amat berterima kasih dengan perkongsian info yang diberikan.
“Thank you for this. A lof of pregnant mothers will benefit from this.”
“Yes. Harap sangat kita boleh start vaksinkan ibu hamil tanpa kira gestation dengan segera!”
“Alhamdulillah dokter ..saya sudah vaksin 2dos (sinovac)… selepas pada tu baru saya tahu saya pregnant..apa2 pun Alhamdulillah semua keadaan baik..”
“Thank u for this info. My doa pregnant mothers take heed. We love u sisters …. Take care ok!”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sejak sebulan ini cuaca panas terik sangat sehinggakan setiap saat kita perlukan air sejuk untuk menghilangkan dahaga.
Bila dah selalu minum air ais, ditambah pula dengan persekitaran yang tak menentu (cuaca luar panas, pejabat sejuk dengan pendingin hawa) menjadikan suhu badan kita juga tak menentu menyebabkan sakit tekak dan batuk berlaku.
Jika mengalami masalah batuk berpanjangan, apa kata cuba 9 sumber alam yang bagus untuk hilangkan batuk seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.
SUMBER ALAMI untuk BANTU atau ATASI MASALAH BATUK
Memandangkan sekarang ini agak panas, ramai antara kita mungkin mengalami masalah batuk. Disertakan disini sumber alami untuk bantu atasi masalah batuk:
1. Minum air serbuk halia
Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.
2. Makan nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
3. Minum madu asli
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
4. Minum yoghurt atau madu kelulut
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
5. Minum air limau nipis bersama madu
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
6.Hidu bawang merah
Bawang Merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
7. Minum air kunyit
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.
8. Minum air kayu manis
Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
9. Kumur-kumur dengan air garam
Disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam.
Selamat mencuba. Jika batuk berpanjangan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.