Hati-Hati Kerap Dedah Anak Lagu Hiburan, Bila Jadi ‘Inner Voice’ Sukar Nak Didik Ilmu Ilmiah.
“Saya rasa antara dosa terbesar pada anak anak saya dulu adalah saya lupa nak cakna konten CD, video, kaset dan siaran radio kereta saya.”-Dr Taufiq Razif
Ramai ibu bapa anggap apabila dedahkan anak dengan lagu-lagu hiburan untuk halwa telinga di dalam kereta adalah biasa aje.
Namun siapa sangka bahawa ia sebenarnya akan memberi aura yang tidak baik untuk pertumbesaran anak yang dipanggil ‘Inner Voice’.
Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif mengenai impak pendedahan ini kepada kanak-kanak yang masih kecil.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Saya tak perasan benda ni hinggalah satu hari saya dengar anak saya bersiul lagu yang entah apa apa.
Kalau tak silap lagu cintan cintun gitulah. Padahal sebelum ni bagi saya lagu tu biasa je tapi entah kenapa bila ianya keluar daripada mulut anak saya sendiri, saya rasa bersalah gila!
Ads
Anak orang lain mengaji, anak kita duk menyanyi lagu merapu! Uih sentap weh bila teringat balik benda ni.
KERAP DEDAH ANAK LAGU HIBURAN AKAN JADI ‘INNER VOICE’ PADA ANAK
Rupanya lagu yang kita expose anak kita tu akan jadi ‘inner voice’ anak anak kita. Benda tu akan bergema dalam minda anak kita dan boleh kekal masuk ke subconscious mind anak kita sampai bila bila!
Anak kita bersiul lagu tu bukan sebab dia cuba ingat balik lagu tu tapi sebab irama lagu tu bergema dalam minda dan hati dia!
Bayangkan kalau saya dengarkan ayat Al Quran ke, ceramah agama ke, hadis ke ataupun siaran yang ilmiah mesti itulah nanti yang akan bergema dan menjad ‘inner voice’ anak anak saya.
Ads
Saya taknak mak mak semua pun buat silap yang sama seperti saya. Boleh ke mulai harini mak mak semua pakat download video ceramah, mengaji dan setidaknya video dokumentari untuk anak anak semua?
Boleh ke?
Sebab otak anak anak ni lagi lagi yang berumur 6 tahun ke bawah umpama span. Dia akan serap semua yang dia dengar dan boleh kekal dalam otaknya sampai bila bila!
Bergelar seorang wanita masa kini memang mencabar. Jika dulu, ramai wanita tinggal di rumah sebagai suri hati suami menguruskan rumahtangga sahaja. Kini, wanita bukan sahaja suri hati suami sahaja saja di rumah tetapi mempunyai kerja yang sama turut membantu suami supaya ekonomi keluarga bertambah stabil.
Cabaran wanita sama sahaja sama ada bekerja atau tidak, tetap ada tahap kesukaran yang dilaluinya sehingga menyebabkan emosi tidak stabil sehingga menjurus kepada tekanan perasaan. Sehingga jika tidak dapat dikawal boleh menjejaskan tahap pernafasan dan mudah marah sehingga anak-anak menjadi mangsa.
Perkongsian oleh Taufiq Razif membincangkan terapi yang boleh dilakukan oleh suami jika isteri menujukkan tanda-tanda mengalami tekanan perasaan. Moga jadi manfaat bersama.
Gambar sekadar hiasan
Pagi tadi isteri saya bagitahu dia dah mula rasa berdebar-debar. Rasa macam sesak je dada. Dia juga mengadu jadi mudah marah sejak akhir akhir ni.
Ish! Bahaya ni! Tak boleh pandang ringan dah ni kalau isteri saya mengadu macam ni. Ni dah ada tanda-tanda ringan depresi emosi ni.
Yelah, isteri saya ni kerja kat klinik. Kat sana dia kena hadap karenah pesakit yang tak berhenti. Kat rumah kena pula mengadap karenah anak dan suami. Ni belum jadi surirumah sepenuh masa tu. Tak dapat saya bayangkan betapa penatnya para surirumahtangga yang 24 jam non-stop bekerja di luar sana.
INI TERAPI DIY SUAMI KENA TAHU
Nampak je isteri saya macam tu, terus saya buat ‘ terapi DIY ‘ pada dia tadi. Terapi ni semua suami boleh buat pada isteri masing masing.
Listening Therapy
Pertama saya buat Listening Therapy. Saya mintak sungguh dia cerita pada saya. Saya paksa dia cerita kalau dia ada tak puas hati dengan saya. Rupa rupanya memang ada. Rasa tak puas hati tu dah seminggu lamanya tapi dia pendam! Benda tu benda remeh je tapi sebab dia pendam tu yang benda remeh tu jadi membusuk dalam dada.
Saya biar je dia luah semua tanpa saya jadi ‘judgemental’. Saya biarkan je dia luah semua dan hati saya terima je semua luahan dia. Alhamdulillah tiba-tiba si dia bagitahu saya ‘ terima kasih abang. Boleh luah ni pun dah buat saya lega’.
Hugging Therapy
Tapi saya tak puas hati lagi. Saya buat terapi yang kedua iaitu Hugging Therapy. Perempuan ni kalau stres kebanyakannya sebab stress dalaman. Nak urus stres dalaman ni kena guna cara dalaman juga. Caranya adalah kita betulkan dan bahagiakan dalaman isteri kita dengan cara kita naikkan hormon Oxytocin si dia.
Cara mudah nak naikkan hormon Oxytocin tu adalah dengan pelukanlah. Saya peluk je isteri saya dalam setengah jam juga. Korang akan perasan tiba tiba pernafasan isteri kita tu akan berubah menjadi dalam dan juga teratur masa kita tengah peluk tu. Tu tanda hormon Oxytocin isteri kita tengah meningkat dan si dia dah berada dalam keadaan yang sangat tenang la tu!
Massage Therapy
Selain daripada Hugging Therapy, saya buat juga terapi DIY yang ketiga iaitu Massage Therapy. Ni pun salah satu cara untuk naikkan hormon Oxytocin dan turunkan stress hormone isteri kita. Urut je kat belakang dan belikat isteri kita tu. Tu lah tempat terbaik nak urut isteri yang kepenatan akibat banyak buat kerja rumah yang bertimbun tak siap siap tu. Perlahan lahan otot yang keras dan kaku di bahagian belakang tu akan jadi lebih rileks dan lembut.
Tahu tak apa isteri saya cakap lepas saya buat Massage Therapy tu? Dia cakap ‘Abang. Dah hilang dah! ‘
Rupanya semua depresi emosi ringan dia dan semua kepenatan dia hilang sekelip mata! Semua rasa berdebar, rasa sesak nafas dan rasa penat tu hilang macam tu je! Ni sekarang isteri saya tengah tersenyum senyum gembira macam baru dapat gelang emas gayanya . Kalaulah semua suami tahu dan praktik ilmu terapi DIY ni, alangkah bahagianya rumahtangga!
Moga kebahagiaan suami isteri makin bahagia sehingga akhir hayat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggungjawab bergelar suami isteri adalah tugas yang besar untuk digalas. Perlu saling bantu membantu dan saling hormat menghormati agar kerukunan dalam alam rumah tangga kekal bahagia selamanya.
Memahami lagi tentang rahsia kebahagiaan hidup bersama pasangan, ustaz Ellyeen Amineen menyentuh tentang hal menghargai suami biarlah keranaNya.
Hargai suamimu
Kerja atau tidak kerja, dia suamimu
Berilmu atau orang awam, dia suamimu
Romantik atau hambar, dia suamimu
Kurang atau berlebihan, dia mengerah keringatnya menafkahimu
Ini bukan soal kenapa harus menghormati suamimu. Tapi ia soal siapa yang memerintahkanmu untuk hormati kepada suamimu
Sudah berapa kali kau bersuara tinggi di hadapannya. Sudah berapa kali kau memerintah dia. Sudah berapa kali kau merendahkan pendapatnya. Sudah berapa kali kau memotong percakapannya. Sudah berapa kali kau mengeluh sehingga membebankan hatinya. Sudah berapa kali kau ceritakan keburukannya.
Gambar hiasan
Kau tak suka membaca ini. Ketika membaca ini pun, hatimu masih nak berkata kau lebih bagus berbanding suamimu. Kau merasa dia yg patut ditegur dan dipersalah.Kau masih merasa angkuh boleh hidup tanpa dia.
Dia suamimu, syukurilah kebaikannya.
Sebelum Allah mengambilnya.
Sebelum semuanya sudah terlembat.
Kerana ketika dia sudah terbaring di dalam tanah. Saat itu baru kau tahu dia sebenarnya sudah cukup sempurna untukmu. Dia sebenarnya sepadan dengan segala kelemahanmu.
Jikalau kau terus taat kepadanya maka Allah akan memberikanmu syurga. Kau tidak akan rugi barang sedikitpun. Meskipun suami kau itu amat buruk peribadinya.
Hargailah suamimu, bukan kerananya, tapi keranaNya.
“OKU bukanlah penghalang bagiku untuk bangun berusaha seawal 4 pagi demi mencari sesuap nasi dibantu isteri tersayang seperti biasa menu jualan kecilanku pagi ni mee kari, lontong dan cucur badak. Berhenti dari terus mengharap ehsan orang sekeliling, aku kena teruskan berjuang dengan semangat yang tinggi…”
Begitulah caption yang dikongsikan oleh Rozaini Kornin di page MAHN. Apabila turut berkongsi beberapa gambar menu jualannya setiap hari.
Berbekalkan pengalaman pernah jadi tukang masak di kantin sekolah pricent 18 Putrajaya selama 3 tahun dan sebelum itu bekerja sebagai penguatkuasa di MPSJ, pengelaman yang berharga buat dirinya digunakan sebaiknya untuk terus menjalani kehidupan setelah disahkan mengidap penyakit gout tahap kronik.
Menurutnya, “Saya sudah 5 tahun kronik gout hingga dapat kad OKU dari JKM. Buat kerja berat tak boleh, pergerakan terbatas. Alhamdulillah, isteri memahami dan dialah juga kini yang banyak membantu dan dia sekarang masih berkerja untuk menampung hidup kami anak beranak.”
“Bila ada tumujanji dengan doktor, setiap bulan saya kena datang Hospital Serdang bertemu pakar ditemani anak kami dan dia juga perlu mengambil cuti untuk itu. Saya dapat bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM250, Zakat Selangor bagi bantuan kecemasan RM 100 setahun hanya sekali. Atas desakan hidup, saya kuatkan semangat untuk buat perniagaan kecil-kecilan dengan memasak dan jual di kedai-kedai orang lain.
“Kerja-kerja memasak banyak dibantu isteri kerana tangan saya hanya sebelah kanan mampu berfungsi 80%..dengan hanya sebelah tangan saya mampu untuk buat kerja-kerja di dapur walau ada yang terbatas pergerakannya. Tu sebab terpaksa minta bantuan isteri atau anak. Antara menu yang disediakan setiap hari adalah antaranya mee kari, laksa, lontong dan cucur badak.
Berkat usaha dan tidak pernah putus asa dapat juga menampung duit poket keluarganya. Mmenurutnya, “Bersih sehari tolak modal, bolehlah beli barang untuk esoknya dan tinggal lah dalam RM30 pada wife. Saya tak pegang duit, semua wife yang pegang. Kalau nak guna beli topup ke baru saya minta nak guna sikit dengan dia. Kedang-kadang sementara nak tunggu duit JKM masuk hujung bulan, bila buat niaga kecil-kecilan ni ada gak duit poket sikit.