Jika sebelum ini Sherie Merlis kelihatan begitu buntu dengan situasi yang menimpa keluarganya, merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar adik perempuannya yang positif Covid-19 dibawa ke pusat kuarantin.
Ini memandangkan keadaan rumah yang mereka huni begitu sesak dan tidak sesuai untuk melakukan pengasingan kendiri. Ada hanya dua bilik tidur yang dihuni 11 ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan enam kanak-kanak.
Selepas membuat pendedahan di akaun instagram miliknya berhubung keadaan yang menimpa keluarganya, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.
Berkongsikan kisah bantuan yang telah diterima oleh keluarganya, Sherie merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang bertindak segera menyelesaikan kebuntuan dan kerisauannya berkenaan penempatan adiknya yang dijangkiti Covid-19 itu.
“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.
Ads
“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata rakan artis dan peminatnya mengucapkan syukur alhamdulillah dan berpesan agar Sherie jaga kesihatan dan kekal kuat untuk berdepan dengan ujian Covid-19 ini.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro dilaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.
Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.
“Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.
“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.
Ads
“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.
“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.
Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.
Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Oleh itu, jangan sesekali mendongak ke atas sampai tak kelihatan apa yang ada disekeliling kita.
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Datuk Paduka Mustapha Kamal menitipkan pesanan dan nasihat di laman Facebook miliknya yang ringkas tapi penuh makna.
“Kalau kaya jangan sombong, kalau cantik jangan tergedik-gedik dan kalau ada kuasa jangan berlagak. Itu semua hanya sementara,” tulisnya di ruangan kapsyen pada gambar dirinya bersama isteri kesayangan.
Susulan perkongsian itu, orang ramai telah memberi pelbagai reaksi dan bersetuju dengan pendapat peribadi yang diberikan oleh pelakon yang berusia 61 tahun itu meskipun hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju mesej yang disampaikan ada maksud yang sangat mendalam dan boleh dijadikan sebagai peringatan yang baik untuk umum.
Sekadar info, Mustapha Kamal telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Paduka Susan Manen yang dipercayai mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurnikan empat orang cahaya mata.
cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.
Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Ini cara yang dikongsikan oleh Roazura Baharimenerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat 😢
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili )
# air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang.
Sesuai dengan ungkapan Pepatah Melayu ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’ benar-benar menggambarkan Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.
Baginda begitu mesra dan dekat dengan rakyat menjadikan baginda seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.
Tengku Hassanal telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Sebelum ini, Tengku Hassanal menerusi instagram memuat naik sekeping gambar baginda sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan. Terbaharyu, baginda sekali lagi berkongsi cerita yang sama apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya mempromosikan sebuah gerai pinggir jalan tersebut.
My Uncle here has now upgraded and expanded his stall in Felda Bukit Goh, Alhamdullilah.
If you want to find him, He always wear a Tanjak! The coconuts are really fresh! 😁
Tulisnya dikapsyen sambil bergambar di sisi peniaga itu sering mengenakan tanjak sekiranyan orang ramai mahu mencari gerai tersebut yang menyediakan air kelapa asli.
Jika mahu cari barang-barang murah, banyak yang ditawarkan di SINI
Rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi positif dan masing-masing bersetuju bahawa Tengku Hassanal saling tak tumpah seperti ibu dan bapanya yang sangat berjiwa rakyat.