Berbanding dulu, anak-anak kita sekarang menerima daya rangsangan cukup berbeza. Jika dulu, kanak-kanak teruja bermain kejar-kejar, lompat getah, atau main cop tiang pun seronok. Sekarang?
Mereka duduk diam, terpaku pada skrin. Ketawa bila tengok video, marah bila gadget diambil. Kenapa?
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Public Health Malaysia mengenai kebimbangan anak kecil kita yang semakin membimbangkan. Bantu anak kita untuk menikmati hidupnya.
Ads
Kanak-kanak yang terlalu banyak bermain gadget sering mengalami kelebihan rangsangan dopamin, menjadikan aktiviti biasa seperti bermain di taman, membaca buku, atau bersembang dengan rakan terasa TIDAK MENARIK.
Ads
Dopamin ialah bahan kimia dalam otak yang memberi rasa seronok dan ketagihan. Apabila anak-anak terlalu kerap mendapat ledakan dopamin dari skrin—sama ada melalui game, video pendek, atau media sosial—mereka mula kehilangan minat terhadap perkara yang lebih sederhana tetapi penting untuk perkembangan mereka.
Perhatikan anak-anak kita. Jika mereka mula cepat bosan, sukar fokus, atau hanya gembira bila ada gadget—mungkin mereka sudah terlalu bergantung pada skrin.
Ads
Apa yang boleh kita buat?
✅ Hadkan masa skrin secara perlahan.
✅ Galakkan aktiviti luar, biar mereka berpeluh & berimaginasi.
✅ Libatkan diri—baca buku bersama, bermain, berbual.
Awalnya, mungkin mereka mengamuk, bosan, merajuk. Tapi jika kita bertegas dengan penuh kasih sayang, mereka akan kembali menikmati dunia sebenar.
Bantu mereka merasai semula kegembiraan yang sebenar ❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya apabila berkahwin setiap pasangan suami isteri, inginkan cahaya mata buat penyeri rumahtangga. Malah, anak dikatakan membaca rezeki kepada ahli keluarga.
Untuk membesarkan anak-anak bukan suatu yang mudah. Bukan tidak inginkan zuriat yang ramai tetapi cabaran untuk membesarkan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Ramai yang gurau-gurau suruh sis tambah anak.. sementara muda katanya…
Bukan tak nak. Tapi mental sis belum bersedia. Sis takmau bangga anak ramai tapi dalaman tak happy. Tak kan tak happy ada anak? Anak kan rezeki…
BUKAN SEKADAR MELAHIRKAN
Anak ni bukan sekadar melahirkan. Nk jaga, nak didik. Tu belum perangai tantrum, bergaduh, sepahkan rumah. Jenuh nak sabarkan hati.
Dengan bidang pekerjaan sis meniaga kedai makan ni bukan senang. Keja dari siang sampai tengah malam. Bukan office hour. Balik letih. Esok nk siapkan anak2 ke sekolah.
Begitulah rutin harian. Tak termasuk anak sakit. Sis pernah menangis sorang-sorang sebab penat. Badan penat. Otak penat. Emosi penat. Paling sis takut, sis akan pukul anak-anak sebab nk lepas geram.
Masa sis hantar anak2 duduk dgn abah, sis dh rasa bersalah sangat2, abah sis kerja. Malam nk tlg jaga cucu. Sis tak nak jd anak derhaka… Last, sis decide biar sis jaga kedai, suami jaga anak2 kat rumah.
BUKAN ZAMAN BERLUMBA ANAK RAMAI
Kalaulah orang boleh faham… sis nak biar anak2 la ni besar, bagi depa faham apa yg boleh apa yg tak boleh. Faham kerja ibu dedy depa mcm mana..
Zaman sekarang bukan zaman berlumba siapa beranak paling banyak. Tp zaman perlukan lebih perhatian mendidik anak-anak..
Kejadian 1.40 pagi ??
Sumber:FB Nur Amalina Roslee
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari raya bakal tiba. Sudah tentu pelbagai persiapan yang dilakukan. Namun dalam kesibukan membuat pelbagai perkara, pasti ada sedang memilih nak beraya di mana. Sama ada di rumah ibu bapa sendiri atau rumah mertua.
Apa yang pasti, setiap keputusan yang dibuat kena ikut kesesuaian. Sebagaimana perkongsian ini. 6 alasan ini yang kena tahu jika memilih beraya di rumah siapa dulu.
Giliran balik raya?
Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.
Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.
Namun apa yg diamalkan (giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan (giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.
Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.
Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibu bapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).
Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.
Terkadang kita lupa:
Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya. Namun jangan dilupa, suami yg baik ialah suami yg baik terhadap isterinya..
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu. Anak yang dahulunya kecil kini telah pun meningkat usianya. Seakan tidak percaya pula masa berlalu begitu pantas.
Begitulah yang sering kita sebagai ibu rasai setiap kali meraikan sambutan hari lahir anak-anak. Sedar-sedar sudah belasan tahun usianya.
Pengalaman yang sama juga dirasai oleh Serina Redzuawan yang juga merupakan anak kepada chef terkenal Malaysia, Chef Wan, dan kini juga Pengarah Urusan Serina Food Empire apabila pada 13 September yang lalu, meraikan sambutan ulang tahun ke 12 anak sulungnya, Tristan Tarreef.
Berkongsi saat bermakna itu, Serina memuat naik video di instagramnya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.
“Syukur Alhamdulillah Anakku Tristan Tarreef dipanjangkan umur hari ni genap 12 Tahun anak bujangku, TQ Papa @_chefwan58 belanja lunch also belikan Hadiah for Tristan & Bella juga. You are the best Atok!! 😘 Ibu doakan selalu Tristan Tareef jadi anak yg soleh, pelindung keluarga bila dewasa aminn.. always jadi anak yang menghormati orang tua, Ibu bangga lahirkan Abang di dunia ni, anak ibu ni anak yg baik taat, tak pernah berkasar & lawan cakap Ibu. Bila Ibu sedih abang peluk ibu dia faham ibu diduga dengan pelbagai ujian. Alhamdulillah tetap tabah & redha akhirnya selepas hujan ribut Allah kurniakan Pelangi. Terima Kasih Ayah Aidid terima anak anak kita dengan Ikhlas hati. Moga Allah SWT beri ganjaran & pahala di akhirat. Love My family so much!!🥳🎂❤,” tulis Serina.
Di majlis sambutan hari jadi itu juga turut hadir atuknya Chef Wan, pakciknya Chef Riz bersama isterinya, ibunya dan adiknya Isabella Saffiya. Tristan dan Isabella merupakan anak Serina dan bekas suaminya yang pertama.
Sambutan tersebut diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur secara peribadi dan santai. Hanya beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang terlibat dalam sambutan hari kelahiran Tristan.
Selain itu Serina juga telah memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagramnya mengenai sambutan hari jadi anak sulungnya dan turut dikongsikan bahawa anak lelakinya itu sangat manja orangnya.
“Nampak kan Tristan ni orang nya jenis sopan malu malu gitu..tapi manja sangat..kalau tidur mesti nak berkepit bawak ketiak Ibu dia. U will always be my baby Tristan Tareef , walaupun abang dah jadi anak bujang. Sekejap je masa berjalan, rindunya zaman masa dia baby 👼,” tulis Serina di posting yang berbeza.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kata-kata yang dititipkan oleh Serina untuk anak sulungnya itu. Rata-rata ramai mengaminkan semoga doa-doa Serina dimakbulkan satu hari nanti dan semoga Tristan membesar menjadi seorang yang sehebat ahli-ahli keluarganya.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!