Secara fitrahnya sebagai ibu bapa kita mahukan anak-anak mendengar kata dan tahu pula cara menghormati orang tua tanpa perlu di jerit dan menjerit. Kita menyedari, mendidik anak bukanlah perkara mudah.
Mungkin semasa anak-anak masih kecil, bolehlah dikawal dan diarah itu dan ini. Bayangkan bila anak-anak kita telah meningkat dewasa, mampukah anak-anak ini tetap mendengar kata-kata kita sebagai orang tuanya?
Terasa gusar pula memikirkannya.
Oleh itu ada baiknya membaca perkongsian daripada keluarga Cikgu Shaini ini dalam mendidik anak-anaknya dengan membudayakan ‘budaya khidmat’.
Ini Perkongsiannya
“Saya pelik tengok anak2 akak semua jenis dengar cakap….buat semua yang akak suruh…”Ye sebab akak garang Hehe takut tak
Sebenarnya, anak2 jadi begitu sebab kami dah terapkan “budaya khidmat” kepada ibubapa sejak anak2 masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan “budaya khidmat”, mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.
Ads
Contoh “budaya khidmat” dalam keluarga untuk anak-anak
– picit umi n ayah selalu
– hidangkan makanan
– sediakan ubat untuk ahli keluarga yang sakit
– sendukkan nasi
– ambilkan air minuman ketika umi n ayah haus
– kopekkan buah untuk umi n ayah
– buka/tutup pagar dan pintu rumah
– pakaikan stokin dan kasut umi. Umi perasan Cinderella
– kakak / abang suapkan nasi pada adik
– ambilkan barang2 tertinggal
– on off suis kipas/lampu
– mencari barang2 hilang
– mengemas rumah
– lap meja lepas makan
– cuci pinggan
– payungkan umi n ayah
– dan macam2 lagi aktiviti khidmat
Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan “Tolong” dan sebaiknya bahasa biar indah. “Sayang, tolong bersihkan meja ni…”
Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil “sayang”, nanti anak dengar rasa geli geleman.
Tapi jangan anak-anak aje buat macam2 untuk kita, kita juga kena turut buat perkara yang menggembirakan anak.
– cium dan peluk selalu
– bergurau senda
– bercerita kisah anak2 soleh
– umi solat berjemaah dengan anak2
– bercerita tentang syurga neraka, bab timbangan amal di neraca Al Mizan supaya dia faham kenapa kena buat pahala banyak2.
– mandikan, syampukan & sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, “nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan”. Boleh tak ?. Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang2 biar anak hadam ayat tu.
– umi masak sedap2, masakkan masakan kegemaran anak
– ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap lembut2, “nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau….Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang.
– jaga anak betul2 masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat2 sentuhan emosi mcm ayat masa mandi n bersuap tadi
– potong kuku anak setiap jumaat
– belikan hadiah kegemaran / reward bila anak berkelakuan baik.
– lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan MOMENT INDAH supaya dapat dikenang oleh anak bila mereka dewasa. Cth – time cuti…ajak berkelah, main badminton sama2, jogging sama2…ibadah juga dilakukan bersama-sama.
Ads
PANTANG BESAR
1. Ibu JANGAN berleter
Anak-anak yang sering dileteri akan sukar dididik. Sukar mendengar kata.
2. Membenarkan anak2 buat hal sendiri dengan HP, nonton TV cerita tak bermanfaat. Anak akan makin susah dengar kata.
3. Ssatu kesilapan besar bila mak ayah belikan HP untuk anak2 yang masih bersekolah! Tanpa pengetahuan kita, macam2 “cerita pelik” dia boleh tengok. Ini akan makin menggelapkan hati. Makin susah nak serap nasihat.
Ads
4. Benarkan anak-anak keluar dengan kawan2. Terutama geng motor, geng basikal, geng bola. Jaga anak daripada pengaruh negatif rakan sebaya. Biar orang kata kita kurung anak!
Alamak, dulu2 saya dah tersilap…anak-anak dah agak besar…dan memang dah susah nak mendengar kata. Apa harus saya buat ?
Ibu ubah sikap. Stop berleter. Mula banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati dia. Dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu.
Buang ego. Minta maaf dengan anak-anak. Mengaku kesilapan diri. Ajak anak sama-sama berubah.
Banyakkan solat tahajud/solat hajat. Doakan yang indah-indah berkaitan anak.
Macamana ibu nak pastikan doa itu mustajab ?
Ibu berdoalah di waktu-waktu yang mustajab doa. Misalnya waktu antara azan dan iqomah, 15 minit sebelum berbuka puasa, ketika hujan, 1/3 malam terakhir iaitu selepas jam 3pagi, waktu asar hari jumaat, ketika bermusafir, ketika selesai ibu melakukan ibadah (cth selepas membaca al quran), selepas bersedekah. Seeloknya bertawassullah dengan setiap amal baik supaya Allah kabulkan doa kita.
Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.
Semoga Allah swt beri kita taufiq (kekuatan untuk melakukan perubahan) dan hidayah (petunjuk untuk kita jadi lebih baik).
Berikutan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin Jumaat lalu, setiap orang akan dikreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna bermula Julai ini.
“Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.”
“Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.” katanya pada sidang media 5 Jun lalu.
Bagi yang belum mengetahui cara bagaimana untuk mendaftar, jom ikut langkah-langkah di bawah :-
1) Muat turun applikasi MySejahtera. Daftarkan akaun anda.
2) Masukkan nombor telefon anda terkini, jangan lupa click ‘im not a robot’ dan tekan daftar.
3) Tunggu pengesahan yang dihantar di telefon bimbit anda, masukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Dah selesai, klik hantar.
4) Isikan maklumat yang terdapat dalam borang.
5) Akhir sekali, masukkan kata laluan dan sahkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Balik ke rumah, bila mana ada masanya kita hendak ceritakan masalah pada suami, suami diam seribu bahasa. Bukan dia abaikan kita, tetapi sememangnya dia jenis lelaki yang pendiam, tidak tahu membalas percakapan. Sukarnya berdepan dengan situasi ini. Malah adakalanya rasa sunyi.
Mungkin ini sebahagian rungutan daripada seorang isteri yang berdepan dengan lelaki pendiam dan tidak banyak cakap.
Komunikasi dua hala dalam satu-satu hubungan sememangnya amatlah penting. Tanpa komunikasi yang baik, si isteri atau suami terasa seperti hidup sendiri. Malah ungkapan ‘bercakap dengan tunggul kayu’ sememangnya menjadi simbolik paling dekat untuk menggambarkan perumpamaan ini.
Berhadapan dengan masalah ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak namun tidak pada yang mengalaminya. Ia umpama penghadang paling kuat dalam rumah tangga ada. Memecahkan benteng kesunyian dalam rumah tangga ini pastinya satu kejayaan besar bagi anda. Ikuti tip yang diberikan kali ini. Mana tahu ia mampu memulihkan komunikasi anda yang hambar dengan suami.
1. Ringkaskan Ayat
Suami biasanya hanya akan menerima ayat yang ringkas dan tidak meleret atau panjang berjela. Sebaiknya gunakan ayat yang pendek dan mudah difahami suami. Elakkan tidak bercakap dengan suami walaupun tahu dia hanya akan mendiamkan diri. Jangan patah semangat, teruskan bercakap dan gunakan kelebihan anda.
2. Memuji Suami
Pujian sememangnya pembuka jalan bahagia. Baik suami atau isteri, siapa pun akan suka dipuji. Jika pujian menjadikan suami anda lebih banyak bercakap daripada biasa, maka pujilah dia dengan ikhlas hati. Tarik perhatiannya pada sesuatu yang dirasakan mampu membuatkan dia gembira dan sekali gus berfikir akan pujian anda itu. Siapa lagi harus memujinya jika bukan isteri tercinta.
3. Cipta Suasana Humor
Walaupun anda bukan tergolong dalam wanita tidak kelakar, namun berusahalah untuk mencipta suasana humor untuk suami yang pendiam. Mana tahu dia mampu ketawa terbahak-bahak mendengar kisah anda. Kaitkan kisah ini dengan situasi dan persekitaran anda dan suami.
4. Hantar Pesanan Cinta
Tanpa percakapan, komunikasi harus berterusan dalam apa cara sekalipun. Komunikasi moden seperti whatapps, wechat, facebook dan sebagainya yang begitu menjadi tren harus turut sama diikuti. Bukan untuk komunikasi luar lain tetapi jadikan ia sebagai cabang untuk mengeratkan hubungan dengan suami tercinta. Menghantar kata-kata, gambar atau video yang kelakar dan berbau romantik misalnya mampu mengeratkan lagi hubungan. Jangan pula malu.
5. Ketepikan Soal Malu
Usah malu untuk memulakan langkah dalam apa jua perkara yang membolehkan hubungan menjadi lebih baik. Bertanya suami dan bercakaplah dengan lembut ketika bersama suami. Mungkin sedikit tetapi padat pengisiannya. Walaupun jawapan yang mungkin diterima daripada suami mungkin ringkas namun usahanya untuk menjawab sudah dianggap baik untuk anda.
6. Elak Leter dan Arah
Komunikasi yang baik sememangnya buat situasi jadi harmoni. Elakkan sama sekali berleter dengan jumlah perkataan yang banyak tanpa henti kepada suami. Situasi ini hanya akan membuatkan suami mengambil keputusan untuk berdiamkan diri. Jangan pula cuba mengarahkannya kerana kebanyakan lelaki tahu apa yang harus dilakukannya. Berlembutlah dengan suami dan gunakan psikologi sebaik mungkin untuknya.
7. Jaga Adab
Menjaga adab dengan suami haruslah menjadi perkara paling utama. Hormat dan gunakanlah perkataan yang sebaiknya dengan turut yang lembut lagi terpuji. Penggunaan ayat yang baik dan dengan lantunan yang lembut pastinya buat suami suka dan ini akan menambahkan komunikasi lebih baik dengan suami. Ini juga akan lebih mengharmonikan rumah tangga anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak hadapi situasi bila tudung yang dipakai terkena kesan minyak atau mekap yang dipakai sepanjang hari? Punya lah susah payah tanggalkan, masih lagi tak hilang! Kan?
Waktu tu, memang simpan rapi lah tudungnya tu! Nak dipakai semula, tak confident dek ada kesan kotor. Setuju? Haaa lepas ni tidak lagi! Boleh ikut cara ini. Mudah dan semestinya kotoran degil tadi hilang! Nak tahu caranya? Meh tengok di bawah ini!
Bahan-bahannya :-
Bedak serbuk – tak kisah jenama apa
sabun mandian – tidak kisah jenama apa
air untuk basuh
Cara-caranya :-
Tabur bedak pada kesan berminyak tersebut, gosok-gosok dan biarkan seketika sebelum basuh.
Ambil sedikit mandian tak kisah jenis apa, gosok di kawasan yang berminyak. Kemudian bilas dengan air.
Setelah siap bilas, jemur sampai kering. Lihatlah hasilnya! Hilang dah kesan tompok minyak tadi tu. Hebat kan?
Melalui ruangan komen, ramai yang rupanya akui tips tersebut benar-benar berkesan memandangkan mereka pernah mencuba cara sama. Selain itu, ada juga yang berkongsikan penggunaan sabun mandi jenis buku juga memberikan kesan sama.