Impian semua orang untuk memiliki rumah idaman untuk keluarga. Ia menjadi ruang untuk kita menjalani kehidupan seharian bersama pasangan dan anak-anak. Oleh itu, ramai yang akan dekorasi rumah agar kelihatan cantik dan kemas.
Namun, bajet yang murah tidak bermakna dekorasi tidak menyerlah. Bajet biasa-biasa pun mampu membuatkan rumah kelihatan ‘wow’!
Nak dekorasi rumah kena ada perancangannya. Nak tahu caranya jom ikuti perkongsian puan Nurlia Mohd Nor yang menyediakan beberapa tip berguna untuk dijadikan panduan.
DUA PERKARA PENTING SEBELUM DEKORASI RUMAH
Ada yang pm saya bertanyakan pendapat mengenai tips nak deko dan mengemas rumah.
Secara jujurnya saya bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ini. Cumanya kalau setakat berkongsi pengalaman tu boleh la.
Ada 2 perkara penting yang kena ambil kira sebelum nak mendeko rumah:-
1) BAJET/ kemampuan kita. Jangan ikut ‘selera’, tapi ikutlah kemampuan supaya tak pening kemudian hari.
2) Apa yang kita SUKA, bukan apa yang orang suka. (warna, tema dan sebagainya). Kita yang nak tinggal dalam rumah tu so kita sendiri decide.
Dua ni saja cukup, kita dah pun boleh mula mendeko dan mengemas rumah dengan tenang.
Saya mengimbau kembali waktu beli rumah ni dulu. Kami sign agreement pembelian rumah ni pada tahun 2014. Dari duit simpanan bisnes yang ada pada waktu itu saya spend untuk beli barang elektrik dan perabot.
Kami suami isteri memang dah plan dari awal. Ada barang dari rumah lama kami bawa, ada juga barang yang kami jual dan tinggal saja di sana untuk penyewa guna.
Kebetulan awal tahun 2015 ada satu kedai elektrik/ perabot ni buat sales. Saya beli jugak walaupun rumah belum siap. Hahaha.
Ads
Saya minta kedai tu simpan barang- barang yang kami beli sehingga rumah siap. Syukurlah boleh kawtim. Dalam setahun lebih juga dia simpan. Waktu tu kami beli:-
– Mesin basuh ruang atas
– Peti sejuk
– Hood dapur
– Dapur memasak
– Rice cooker
– Katil
– Sofa
– Meja makan
– Oven
– Microwave
Ads
Dan adalah beberapa barang lain.
Setel 1 bab..
April 2016 barulah dapat kunci rumah. Benda pertama yang kami buat adalah pasang grill, lampu, kipas, ceiling plaster dan kabinet dapur. Ni bagi saya penting.
Kalau yang berhajatkan ceiling plaster ada di rumah memang kena buat yang ni dulu memandangkan habuknya tersangatlah azab nak cuci. Kalau dah masuk barang baru nak buat memang letihla.
Mau berhari- hari nak hadap kerja mencuci. Silap silap boleh demam sebab habuk dia lain macam. Tapi kalau taknak buat, abaikan.
Kalau ikutkan keinginan kabinet dapur siapa taknak yang cantik kan. Tanyalah mana- mana wanita mesti ada impian nak memiliki dapur idaman. Saya survey harga untuk solid wood (nyatoh), 3G/4G glass door dan bermacam- macam lagilah. Kalau ikut selera memang nak nyatoh. Masa tu dalam kepala nyatoh kelabu/ dark blue. Hahaha.
Tapi…
Kalau dibanding rm7k dengan rm20-30k ternyata jauh sangat beza. Boleh guna duit tu untuk buat benda lain pada waktu itu. So kami pilih yang mampu milik. Alhamdulillah dah 6 tahun pun tinggal di rumah ni.
Boleh kata hari- hari masak, kabinet dapur masih elok macam dulu. Yang penting mahal ke murah penjagaan kena ada. Kalau mahal tapi tak jaga akan jahanam juga kan..
Selepas 3 tahun tinggal di sini barulah pelan pelan upgrade. Tak semua buat sekaligus. Pasang awning di porch, di balkoni, buat loteng di hall atas dan sebagainya. Awning pun yang biasa saja. Dua awning atas bawah tak sampai rm5k tak silap.
Ads
Bab deko dalam rumah pula ikutlah apa yang kita suka. Nak cat warna kuning, silakan. Nak cat warna hijau, silakan. Nak cat warna hitam pun silakan. Yang nak tinggal lama dalam rumah tu kita. So buatlah ikut apa yang kita suka.
Cuma yang penting kebersihan dan kekemasan dalam rumah kenalah jaga supaya sedap mata memandang. Yang ni kenalah konsisten. Jangan masuk rumah baru sebulan dua je ok, kemudian dah tunggang langgang. Habit/ rutin mengemas tu kena jadikan aktiviti harian barulah semua akan ok sampai bila- bila.
Kalau nak ikut pendapat orang ada orang suka tema scandinavian, ada orang suka tema farmhouse, ada orang suka tema moden dan sebagainya.
Citarasa orang tak sama. So dalam mendeko ni takde istilah siapa betul, siapa salah. Masing- masing punya citarasa, so ikutlah.
Saya perasan juga sejak usia dah menjejaki 44 tahun kalau boleh semua nak tenang tenang saja. Deko rumah pun nak yang lapang, taknak serabut dah, guest friendly dan paling penting nak suasana yang menenangkan saja.
Rumah kecil atau besar bukanlah jadi penentu sesebuah kebahagian. Yang penting rumah bersih, kemas dan suasana dalam rumah tenang inshaAllah semua orang dalam rumah happy.
Satu perkongsian tular mengenai pelawak dan pelakon terkenal, Johan Raja Lawak membantu satu keluarga yang mana kereta mereka mengalami masalah meraih perhatian ramai.
Menurut empunya cerita, suami kesayangan Ozlynn Wati ini sanggup berhenti untuk membantu keluarga tersebut yang sedang dalam kesusahan.
Difahamkan, keluarga ini ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Chow Kit sebelum kereta yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan di tepi jalan. Dalam keadaan kelam kabut mencari pertolongan, muncul sebuah kereta putih berhampiran mereka dan tidak menduga bahawa insan yang baik hati mahu membantu itu sebenarnya adalah Johan.
Mulianya Hati Johan ☺️
Kereta akak ni dan suaminya breakdown tepi jalan. Tiba-tiba ada sebuah kereta putih berhenti dan pemandunya adalah Johan Raja lawak.
Johan bertanya kepada suaminya jika memerlukan bantuan. Suaminya yang masih terkejut menjawab tiada apa-apa.
Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta dan meluru ke dalam kereta untuk menghulurkan duit raya kepada anak kecilnya.
Alhamdulilah, Semoga terus murah rezeki Johan dan keluarganya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian dan rata-rata memuji sikap prihatin seleebriti ini. Tak kurang yang mengatakan keluarga ini bertuah dapat bertemu dengan orang yang baik dan pemurah seperti Johan.
Wahhh rezeki dpt jumpa
Untung ler dpt jumpa johan.. kita ni naib johan pon tk dpt lagi.
Orang baik mmg salu akan jumpa orang baik2 juga
Johan memang.baik orang nya.. serious sebb kehidupan dia pernah susah dulu.. duduk di lembah jaya tempat kami dulu… So dia merasai kereta breakdowns tgh jalan.. minyak habis… Mcm2 lagi
dalam dugaan yg diterima akan ade rezeki yg mendtg..nila die,dugaan kereta rosak tp rezeki dpt jumpe johan siap hulur rezeki lagi..alhamdulillah..
Org yg baik… Allah hadirkan juga org yg baik2 utk membantu… Alhamdulillah
Perkongsian daripada seorang suami ini menarik juga untuk dihayati, memandangkan hari tua pasti tiba dan semahunya kita mengharapkan kebahagiaan yang kita kecapi bersama keluarga pada hari ini terus dianugerahkan hingga ke hujung nyawa. Pun begitu, memberi lebih makna pada perjalanan hidup kita bersama pasangan. Untuk itu, elok kita baca perkongsian ini. Jom semak.
Sebelum tiba masa tua, luangkan seberapa banyak waktu bersama pasangan kerana sudah pasti salah seorang dari kita akan pergi dulu. Yang tinggal, hanya memori indah.
Cuba bayangkan jika pergi dahulu, agak-agak apa yang si dia ingat tentang kita.
Masa yang ada tinggal sekarang, ciptalah seberapa banyak kenangan yang akan buatkan dia tersenyum apabila teringat dengan kita.
Isteri saya Aliffa Rafini Abdullah ni sangat pantang kalau tengok saya baru lepas berwuduk. Ada 101 helah konon acah-acah nak batalkan wudhu. Dah terbatal, siap! Haha!
Andai saya pergi dulu, agaknya mesti dia menangis tengok paip untuk ambil wudhu. Kesiannya!
Akan tiba saatnya apabila kita dah tua nanti kan, nak berjalan ke pintu bilik pun payah. Sementara masih berkemampuan, menggembara lah ke seberapa banyak tempat bersama keluarga untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, untuk melihat dan mengagumi keindahan ciptaan NYA. Nanti bila hanya tinggal berdua dengan isteri, gambar-gambar kenangan inilah yang akan jadi modal bual bicara sesama kita.
“Ingat lagi tak, masa ni Armand kena gigit Harris.”
Ingatlah bila kita dah tua nanti, jangan susahkan diri fikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri dengan syarat kita ajar perkara yang betul sejak kecil.
Cuma kena pastikan hutang piutang dah selesai sebelum meninggal dunia, supaya mereka tidak menanggung beban yang kita tinggalkan.
Ingat, anak-anak bukan ‘retirement plan’ kita. Mereka juga ada keluarga untuk disara. Kalau mereka ada beri wang saku – Alhamdulillah.
Kalau kita rasa tiada berusahalah menyimpan dari sekarang. Jangat berharap, nanti kita sendiri yang sakit hati!
Anak-anakku, sebaik-baik sahabat dan pasangan hidup adalah apabila kita lihat wajahnya terus mengingatkan diri kita kepada Tuhan.
Jangan cari kawan atau pasangan hidup seperti duit syilling, di depan lain dan di belakang lain.
Seorang pasangan hidup yang baik adalah dia yang selalu mengingatkan kita tentang solat, aurat kita, hubungan dengan orang tua malah ambil tanggungjawab untuk menguruskan keluarga bersama-sama.
Moga-moga kehidupan kita sekeluarga kekal bahagia, gembira, anak-anak akan ingat perkara yang baik-baik je tentang kita.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk mendekorasi atau menata rias kediaman. Hanya jika ada masa terluang boleh berbuat demikian.
Tapi bab bersihkan rumah mahu tak mahu wajib buat. Jangan sampai rumah macam tongkang pecah.
Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba praktiskan empat langkah mudah ini jika mahu kediaman anda kelihatan cantik dan sentiasa wangi. Jom semak:
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.