Kebiasaannya pada hari raya, pasti juadah yang sama akan dihidangkan oleh setiap rumah. Ianya merupakan makanan tradisi yang menjadi kegemaran setiap golongan.
Mana tidaknya, juadah-juadah ini walaupun dimakan di setiap rumah yang dikunjungi namun tetap punyai keistimewaan tersendiri. Orang kata, air tangan si pembuatnya itu yang istimewa.
Oleh yang demikian, apa kata bagi memberikan sedikit kelainan pada hidangan anda pada Hari Raya ini, anda jamu tetamu dengan minuman yang sangat istimewa. Caranya sangat mudah tapi sangat sedap. Seperti anda menikmatinya di restoran ternama.
Di sini kami senaraikan 4 minuman istimewa yang boleh anda buat di hari raya nanti.
SODA BANDUNG
Air bandung dengan Raya memang tak dapat dipisahkan. Kalini kita buat resepi twist, ada air soda. Rasa lemak lemak!
BAHAN-BAHAN:
1.65L air aiskrim soda
500ml kordial sirap ros
700ml susu cair
Secubit garam
Ais batu
Cara :
Tuangkan air aiskrim soda ke dalam jag.
Kacaukan air aiskrim soda yang didalam jag untuk bebaskan sedikit gas.
Masukkan sedikit garam ke dalam air aiskrim soda untuk kurangkan asid dan buatkan sirap bandung lebih berlemak.
Masukkan kordial sirap ros ke dalam jag. Kacau hingga sebati.
Akhirnya, masukkan susu cair ke dalam jag sambil kacau air perlahan-lahan supaya air tidak berkeladak.
LAICI LEMONADE
Buah laici yang manis dipadankan pula dengan perahan lemon dan daun pudina yang menyegarkan, boleh melegakan tekak dan menyejukkan badan setelah penat beraya di Aidilfitri.
Ads
Bahan-bahan:
5 biji buah laici
Daun pudina
½ lemon (diperah)
Hirisan lemon
½ air soda
Ais
Air gula (optional)
Cara :
Masukkan laici, daun pudina yang dikoyak kasar dan perahan air lemon
Masukkan air soda dan ais
Sedia dihidang
Ads
SODA KELAPA PUDINA
Minuman klasik yang diberikan nafas segar dengan tambahan pudina dan soda yang menyegarkan. Sesuai untuk dijadikan minuman wajib dihidang di hari perayaan.
Bahan-bahan:
½ cawan air kelapa
½ cawan sparkling water
Daun pudina segar
Hirisan lemon
Ais
Air gula (optional)
Cara :
Ads
Campurkan air kelapa dan sparkling/soda.
Masukkan perahan air lemon & limau
Kemudian racik kasar daun pudina dengan tangan
Tambah air gula ikut selera
Masukkan ais
Sedia dihidang
SIRAP SUSU THAI
Rupanya sahaja seakan-akan bandung, tapi rasanya jauh lebih sedap dan berlemak! SIrap susu ni bandung versi Thailand yang confirm jadi kegemaran keluarga. Wajib cuba!
Bahan-bahan:
5 sudu Sala’s syrup
4 sudu kecil susu pekat
200 ml susu full cream
Ais
CARA:
Campur sirap dengan susu pekat dalam cawan. Kacau sebati
Tuang campuran kedalam gelas berisi ais dan tuang susu krim penuh
Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan dua bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana?
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Khasiat kurma cina juga sering disebut-disebut bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat membantu memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal aktif dan sihat.
Namun begitu tidak semua antara kita biasa mengamalkan pengambilan kurma cina ini berbanding rempah atau herba seperti halba, cengkih dan sebagainya sedangkan khasiatnya cukup luar biasa.
Antara khasiat yang terkandung di dalam kurma cina menurut kajian yang dikongsikan di klikdokter adalah seperti berikut :-
Meningkatkan imuniti tubuh
Melawan pertumbuhan sel kanser
Melancarkan dan memelihara saluran pencernaan
Menibgkatkan kualiti tidur dan mencegah insomnia
Memelihara fungsi otak
Mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah
Mencegah penyalit berkaitan hati
Meningkatkan kesihatan kulit
Mengetahui betapa banyaknya kebaikkan kurma cina ini untuk kesihatan, apa kata anda amalkan untuk minum air rebusan kurma cina ini seperti mana yang diamalkan oleh Fairuz Azmi.
Menurut perkongsiannya, air rebusan ini bagus untuk membuang angin dalam badan dan sekali gus dapat menjadikan tubuh badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
Bagi anda yang ingin mencuba di sini di kongsikan cara untuk menyediakan air rebusan tersebut, selamat mencuba.
Resipi Air Rebusan Kurma Cina Untuk Lebih Bertenaga
Bahan-bahan:
Air 4 mug
Kurma cina segenggam
Halba 1 sudu besar
Halia ketuk 2 inci
Gula batu Secukup rasa
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Kemudian tuang dalam cawan dan minum panas-panas.
Ekstra info : Air rebusan ini boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh : Malam ini saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Kemudian saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan sahaja. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Bingka Susu Kastard ini cukup simple je resipinya tapi sedap. Pendek kata boleh jadi pembuka selera buat seisi keluarga. Apatah lagi jika dibuat dengan penuh kasih sayang, Bikin bertambah sedap rasanya.
Kalau anda nak cuba buat sendiri Bingka Susu Kastard ini,boleh tengok resipi perkongsian daripada Esya Lisya Ng
Assalamualaikum semua lama sy tak berkongsi resepi kat sini..semoga sahabat2 semua sihat2 hendaknya ya in shaa Allah☺️Resipi Bingka Susu Kastard
Guna sukatan Metrix
loyang saiz 7@8 inci
Bahan-Bahan A:
1) 1 Cawan tepung gandum
2) 1 Cawan Susu Cair
3) 3/4 Cawan Susu Pekat manis
4) 1 Sudu makan gula pasir
5) 2 Biji telur
Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati kemudian ketepikan dahulu.
Bahan Kastard B:
1) 2 Cawan air
2) 6 Sudu makan Majerin
3) 6 Sudu makan tepung kastard
4) Sedikit Esen vanila
5) Secubit garam
Cara – Caranya:
1) Masukkan air kedalam periuk,kemudian masukkan majerin,tepung kastard,Esen Vanila dan garam..kemudian gaulkan kesemuanya sehingga tepung kastard sebati baru nyalakan api dapur perlahan.
2) Masak kesemua bahan diatas sehingga sedikit likat kemudian masukkan kesemua adunan A kedalam bahan B gaulkan bagi semua tercampur rata dan sedikit pekat dan matikan api dapur.
3) Sediakan loyang bersaiz 7 inci dan disapukan dengan sedikit majerin kemudian tuangkan kesemua bahan2 yg sudah tercampur rata kedalam loyang..
4) Taburkan sedikit bijan jika suka..kalau tak ada bijan pun tak menggapa.
5) Bakar pada suhu 180 selama 40 minit ataupun sehingga masak ataupun mengikut suhu oven masing2.Setelah bingka susu masak biarkan sehingga betul2 sejuk dan bolehlah dipotong memgikut citarasa masing2..kalau sy jenis tak sabar..setengah jam lepas bingka susu keluar dari oven sy masukkan kedalam peti ais bahagian sejuk beku selama setengah jam..cepat sikit sejuk cepat dapat makan😅Sekian Resepi daripada