Hidup Bahagia Bukan Bermakna Semuanya Sempurna. Hayati Perkongsian Ni!

Share

Rasa bahagia hidup bersama pasangan dan keluarga, nyata itu cukup mendamaikan jiwa. Bahkan menjadi fitrah setiap antara kita mahu hidup bahagia sepanjang masa. Kalau boleh, biarlah bahagia yang dicari sempurna sepertimana yang diimpikan tanpa ada cacat celanya.

Pun begitu jangan dilupa, tiada satu perkara pun di dunia ini yang sempurna. Begitu juga diri kita dan pasangan.

Jadi cara bagaimana berdepan dengan ketidaksempurnaan tersebut agar kita tetap  bahagia?

Memahami lagi tentang asam garam berumahtangga, hayati perkongsian ini semoga bermanfaat.


Tidak ada satu perkara pun yang sempurna di dalam hidup. Kita sebagai manusia, sebaik-baik ciptaan ini pun masih ada kekurangan.

Sebab itu juga sebatang pensel, dicipta sama dengan sebiji pemadam. Sepasang suami isteri juga disatukan untuk melengkapkan kehidupan pasangannya, menutupi kekurangan si suami atau isteri.

Gambar hiasan

Being happy doesn’t mean everything is perfect. It means you’ve decided to look beyond the imperfections.

Maknanya, di dalam hidup kita ini, nak atau tak nak, kita mesti akan tempuhi berbagai-bagai jenis halangan. Ia termasuklah saat kita akan jatuh, bangun, menangis, tersenyum dan juga saat kita ketawa.

Ya, asam garam kehidupan memang begitu. Ibarat laut. Pasti ada pasang surutnya. Seperti pelangi, ia akan muncul untuk membahagiakan manusia yang sedang bersedih ketika turunnya hujan.

Seorang lelaki yang sangat pemalas mungkin sahaja akan dijodohkan bersama seorang wanita yang sangat pembersih dan amat rajin dalam mengemas rumah. Wanita yang hatinya lembut dan penyabar mungkin sahaja akan bersuamikan seorang lelaki yang banyak barannya.

Hidup memang begini, tuan-tuan dan puan-puan. Ada kala, kita perlu terima hakikat bahawa tidak ada yang sempurna di dalam hidup. Kita saling melengkapi. Sentiasa menyempurnakan kehidupan orang sekeliling kita.

Terima pasangan kita seadanya. Bahagiakan kawan-kawan, ahli keluarga dan orang sekeliling kita. Perbaiki kelemahan mereka. Bukannya menghukum.

No one in this world is pure and perfect. So judge less and love more.

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN