Umum mengetahui tentang kisah  tular video seorang pensyarah mengeluarkan kata-kata kurang enak didengar setelah mendapati pelajarnya tidak menggunakan laptop semasa pembelajaran secara online berlangsung.

Ia menarik perhatian Pengurus Sumber Manusia ini, Marlia Ramli memberi komen mengenai kejadian ini.

HARD LIFE?

Zaman dulu tak de pun istilah B40, M20 dan T20 ni. Tak de. Akak membesar tahun 1980-an. Tidak wujud kasta dalam bentuk grouping kekayaan:

Tapi kita tahu keluarga tersebut miskin :

✅ Bila anak-anak pakai baju atau kasut sekolah koyak. Anak-anak dapat makanan bantuan pagi dan air kotak.

✅ Bila ibu bapa kayuh basikal dalam hujan hantar anak-anak ke sekolah.

✅ Bila baju raya pun biasanya tukar ulang daripada anak yang besar kepada anak seterusnya.

✅ Bila kat rumah kena tadah baldi di beberapa bumbung bocor.

✅ Bila suami berhutang gula kopi kat kedai runcit, bayar esok dengan timbangan getah yang ditoreh.

IKLAN

✅ Bila ibu kerap masak bubur penuh periuk letak sayur kangkung dan ikan bilis bertambah garam.

And more…
Zaman akak membesar dulu banyak indikasi kemiskinan tegar di sekeliling sahaja. Ramai!

Ada beberapa GOLONGAN KAYA iaitu.
.

1) golongan kaya yang bantu bagi duit ringgit secara percuma. Selalunya waktu tu, menteri time pilihanraya. Bawak baja, beras, hamper.

2) golongan kaya yang membantu bagi kerja cam potong rumput, bersihkan kebun, repair itu ini. Supaya golongan miskin dapat pendapatan tambahan.

3) golongan kaya yang mengabaikan, menghina malah menjauhkan golongan miskin.

IKLAN

Malah ada GOLONGAN MISKIN yang beberapa iaitu :
.

1) golongan miskin yang tunggu subsidi kerajaan hantar. Ulat dalam batupun boleh hidup katanya. Ada masa? Lepak kedai kopi berbual hal politik dan saban tahun tak de kisah anak baru lahir tanpa dana pendidikan.

2) golongan miskin yang menghampiri sesiapa yang menawarkan pekerjaan halal. Bekerja membanting tulang. Cari pendapatan tambahan. Pagi menoreh getah, petang kebas semak atau kerja-kerja rencah.

3) golongan miskin yang menerima takdir. Membenci golongan kaya nombor 3 yang mengecam kemiskinan mereka. Orang kaya nombor 3 dan orang miskin nombor 3 bermusuhan dan tidak bertegur sapa.

Golongan KAYA VS MISKIN begini sentiasa wujud sepanjang zaman. Hari ini pun wujud cuma dalam platform berbeza. Melalui media sosial biasanya. Malah hari ini siap ada kasta B40, M40 dan T20 bertambah memudahkan pemahaman.

IKLAN

Bagi anak muda,
Jika anda sedang memulakan kerjaya akak tak mengalakkan anda viral isu harian. Buat aduan rasmi kepada pihak universiti bagi sebarang kepincangan begini.

Di usia baru memulakan hidup – jika identiti anda terbongkar, ianya mungkin mempengaruhi penilaian majikan terhadap anda. Malah anak-anak muda yang komen-komen, bakal majikan mungkin sedang memerhati bagaimana anda mengawal rasa marah?

Adik-adik kusayang,
Percayalah.
Dunia pekerjaan anda bukan setakat jumpa kata-kata marah. Malah anda akan berjumpa kes rasis, sexual harassment, office politic’s dan sebagainya yang jauh lebih berat. I been there. 18 tahun. Akak tahu realiti dunia sebenar bagaimana?

Akak tak lihat pun soal B40, M40 dan T20 dalam konteks siapa lebih bagus atau sebaliknya?

Yang akak lihat adalah, dalam kategori manapun kita, apa peranan kita dalam memperbaiki mindset kehidupan? How to keep survive in this HARD LIFE?

Cara termudah dan terpantas adalah – jangan jadikan kata-kata sesiapa pun menjatuhkan anda. People’a word is totally not your problem. Buang emosi sensitif jauh-jauh dan buktikan anda sebaliknya.

Jadikan setiap yang berlaku dalam hidup sebagai sebab untuk terus berjuang. Jadikan setiap yang berlaku sebagai alasan untuk kita menggandakan usaha kita.

Itu sajalah pesanan buat yang masih muda.

Sumber: Marlia Ramli