Bebanan hutang yang ditanggung dalam kehidupan seseorang pastinya ada sebab dan alasan yang tertentu.

Pun begitu, perlu difahamkan setiap hutang jika tidak diurus akan menjerat diri. Oleh itu sewajarnya, kena cari penyelesaiannya agar dapat melalui hidup yang lebih tenang dan bahagia.

Hidup Tanpa Hutang Lebih Membahagiakan. Begini Cara Penyelesaiannya!

Bagaimana ya? Ikuti perkongsian ini.

PENYELESAIAN HUTANG

Apa yang saya perhatikan hanya ada 4 alasan punca kita berhutang.

1. PENDAPATAN KECIL
Kata orang Jawa ‘Under Earning’, ia terjadi sebab memang gaji kita kecil. umumnya perbelanjaan untuk makanan, pakaian, dan tempat tinggal sahaja tetapi tetap tidak cukup sehingga mereka terpaksa berhutang.

IKLAN

Bagaimana penyelesaiannya?

Kita harus PERBANYAKKAN SUMBER PENDAPATAN. Jangan hanya bergantung dengan satu sumber pendapatan sahaja. ia perlukan pengorbanan masa, semangat, kreativitas dan usaha. Itu MODAL utama.

2. BELANJA BERLEBIHAN
Kata orang Kedah, ‘Over Spending’ atau BOROS. Kita memiliki pendapatan yang cukup tetapi kita suka berbelanja berlebihan dari kemampuan kita. Kita gagal kawal keinginan berbelanja, layak beli Axia kita beli Honda sebab nampak lebih beriman dan bergaya.

Bagaimana Selesaikan?

Hidup sederhana dan TAK PERLU BANYAK GAYA. Mula lakukan ‘financial Planning’ perbelanjaan kita, semak balik dan guna App dalam hp untuk kawal belanja kita.

IKLAN

3. BELANJA LUAR JANGKAAN
Jika yang pertama dan kedua boleh kita kawal, tetapi yang ini diluar kawalan ini. Ia terjadi boleh disebabkan oleh ditipu Skim Cepat Kaya, Kekasih gelap, gelapkan duit, Rakan Niaga Lari, Covid-19, Kemalangan, hutang turun menurun, ibubapa dan keluarga sakit. Orang Key-El sebut ‘Un-Expected Event’ .

Bagaimana Selesaikan ?

Banyakkan BERDOA kepada Allah dan Takafulkan semua perkara yang bernilai dalam hidup kita. Biar risiko ini ditanggung oleh Takaful kita.

4. BELI ASET
Falsafah lama mengatakan, ‘tiada hutang maka tiadalah harta’. Hati hati hutang juga boleh telan harta kita yang ada. Beli rumah, kereta, tanah memerlukan kita berhutang sebenarnya.

IKLAN

Bagaimana Selesaikannya ?

Pastikan setiap hutang kita ada hitungan pulangannya, beli rumah pastikan ada penyewa, beli tanah pastikan ada pulangan hasilnya. Hitung secara bijak semua hutang kita apakah akan jadi aset atau liabiliti sebenarnya.

Paling penting, kawal cara kita berfikir. Jangan ambil mudah bab hutang ini, ia buat hidup kita tak tenang. Sekarang kita dah tenang, 6 bulan kedepan tak payah bayar hutang.

Ambil pengajaran dari Corona ini, hidup tanpa hutang lebih membahagiakan jika kita bijak uruskan hutang.

sumber : Azizul Azli Ahmad
Banyak Terhutang Budi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI