Meskipun tercekik tulang sering dianggap tidak begitu serius namun jika dibiarkan akan menyebabkan kita rasa tidak selesa. Jika anda telah cuba dengan minum air yang banyak namun tidak juga berhasil, bolehlah mencuba 7 petua ini untuk mengatasi masalah tersebut.
1. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.
2. NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak. Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.
Ads
3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.
4. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.
Ads
5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka. Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.
6. ROTI DAN LEPA KACANG
Sapu lepa kacang pada roti dan biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.
Yang ini kalau tak tercekik pun memang sedap dimakan!
Ads
7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja. Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.
Ada orang risau mengapa anak mereka kerap sangat hidung keluar darah. Ada petanda tak elok ke? Kalau berlaku nak buat apa? Ikuti perkongsian Dr Ezairy
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak ini.
Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal.
Hampir setiap hari bersin, gatal hidung, anak kita pun dok gosok-gosok garu hidungnya, maka pendarahan hidung amat mudah berlaku.
Jika ia berlaku, ibu bapa perlu ingat beberapa langkah ini
✅ Bertenang dan jangan panik
✅ Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala pesakit
✅ Picit atau compress hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10-15 minit. Ini akan menghentikan pendarahan
✅ Jangan dongak atau baringkan pesakit. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru. Bahaya!
✅ Letakkan ais di dahi pesakit untuk membantu mengurangkan pendarahan
Jika semua langkah di atas tidak menghentikan pendarahan. Bawa ke hospital dengan segera.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lazimnya masalah kaki bengkak sering dikaitkan dengan wanita hamil dan masalah itu tidaklah dianggap merbahaya. Namun jangan pelik, masalah kaki bengkak juga akan sering terjadi pada ibu ayah yang telah berusia. Pun begitu, persoalannya adakah bekak tersebut menyakitkan atau merbahaya buat mereka.
Memahami situasi itu, penerangan dan pemahaman yang diberikan oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad ini dapatlah kiranya memberi info bermanfaat untuk semua.
BENGKAK PERGELANGAN KAKI DI KALANGAN WARGA TUA
“Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..”
“Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya.
“Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..”
Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya?
Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya.
Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti.
Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah :
1. Berdiri terlalu lama
2. Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang
3. Berat badan yang berlebihan
4. Jika pernah berlaku kecederaan di kawasan itu, bengkak akan lebih mudah berlaku
Jika bengkak kaki berlaku setelah berlaku perkara-perkara di atas, ia tidak merbahaya. Selalunya bengkak itu tidak menyakitkan dan akan berkurangan setelah beberapa hari.
“Cakap kat mak, supaya angkat kaki melebihi paras jantung ketika berbaring. Nanti bengkak itu akan hilang secara perlahan-lahan”.
Saya memberikan beberapa saranan-saranan yang boleh dilakukan di rumah. Jika bengkak itu mulai surut, maka ia tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya. Selain itu, bengkak kaki boleh dihilangkan dengan melakukan pergerakan pada otot betis supaya darah dapat dipamkan ke jantung iaitu dengan melakukan pergerakan ringan pada sendi-sendi dan otot betis. Urutan yang ringan pada bengkak itu juga membantu melancarkan perjalanan saluran limfatik.
Jika bengkak itu berulang, pesakit boleh menggunakan stokin khas yang boleh didapati dari farmasi. Penjagaan makanan juga penting. Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan ‘low-salt diet’.
Bagi bengkak yang tidak merbahaya, doktor selalunya akan memberikan ubat Frusemide 40mg (diuretic) yang mana air yang terkumpul akan dibuangkan melalui air kencing. Namun ubat ini mempunyai kesan sampingan dan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit warga emas, terutama jika mereka mempunyai penyakit kronik. Oleh itu ubat ini hanya digunakan setelah mendapat nasihat doktor.
Jika bengkak itu tidak menyusut saiznya, ia adalah tanda bagi komplikasi penyakit yang lebih serius. Warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti di hospital, terutama jika bengkak itu tidak berkurangan setelah beberapa hari. Dikhuatiri, bengkak itu menandakan seseorang itu mengalami masalah jantung, ginjal atau hati yang serius.
Sebahagian warga emas mengambil beberapa jenis ubat untuk merawat beberapa penyakit kronik mereka. Ada juga antara ubat-ubatan ini yang boleh menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Beberapa ubat yang diberikan doktor juga boleh menyebabkan bengkak pada kaki. Antaranya :
1. Pil hormon replacement therapy (HRT) dan testosterone
2. Pil untuk penyakit darah tinggi seperti calcium channel blockers (seperti nifedipine, amlodipine, diltiazem, felodipine, and verapamil)
3. Pil yang mengandungi steroids
4. Pil rawatan kemurungan jenis MAO inhibitors (seperti phenelzine dan tranylcypromine) dan tricyclics (seperti nortriptyline, desipramine, dan amitriptyline)
Jadi jika berjumpa doktor untuk mengadu masalah bengkak kaki, saya sarankan agar pesakit membawa ubat-ubatan mereka agar doktor yang memeriksa dapat menyemak ubat-ubatan itu. Doktor akan menghentikan ubat-ubatan itu dan mungkin menggantikannya dengan ubat yang lain bagi mengelakkan bengkak di pergelangan kaki berulang. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang mengadu bengkak di kaki ibunya.
“Doc, ibu I ada bengkak di pergelangan kaki tapi yang peliknya, dia mengadu sakit pada bahagian itu. Bahaya tak?”
Jika bengkak kaki disertai dengan rasa sakit, selalunya ia menunjukkan masalah yang lebih merbahaya, sama ada infeksi dan gout. Pemeriksaan yang rapi harus dilakukan. Jadi saya mencadangkan agar warga tua yang mengalami masalah bengkak di pergelangan kaki agar menjalani pemeriksaan oleh doktor, terutama jika mereka adalah pesakit kronik seperti seperti hypertensi/darah tinggi, diabetes/kencing manis dan hyperkolestrol.
Saya bimbang bengkak kakinya adalah tanda-tanda komplikasi penyakit kronik seperti kegagalan jantung, buah pinggang atau mungkin hati. Doktor akan memberikan rawatan berdasarkan penyakit yang sebenar, dan bukan hanya untuk menghilangkan bengkak di pergelangan kaki sahaja.
Rujukan :
Goldman L. Approach to the patient with possible cardiovascular disease. In: Goldman L, Ausiello D, eds. Cecil Medicine. 23rd ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 48.
Benoit Blondeau; Lawrence L Tretbar; Morgan, Cheryl E.; Simon J. Simonian (2007). Lymphedema: Diagnosis and Treatment. Springer.
Sekarang musim si kecil batuk selesema jadi Dr Say pesan kepada ibu bapa supaya sentiasa berjaga-jaga. Bagi yang ada anak kecil tentu perasan situasi ni. Mana tidaknya bila bawa anak ke klinik sudah pasti ramai pesakitnya di kalangan anak kecil.
Ibu bapa mana tak risau dengan situasi tersebut. Apatah lagi sejak hidup dalam zaman virus Covid-19. Asalkan anak ada gejala sahaja, ibu bapa dah susah hati dan hamper selang sehari terpaksa buat ujian kendiri untuk si kecil.
Walaupun sudah dirujuk kepada doktor bahkan ubat juga sudah diberi tetapi nampaknya jangkitan batuk selesema si kecil masih berpanjangan. Jadi apa sepatutnya kita nak buat?
Cuba teliti dan fahami betul-betul penjelasan oleh Dr Say Shazril yang turut melalui situasi tersebut dan telah membawa bayinya berjumpa doktor pakar respiratori bagi merujuk jangkitan batuk selesema berpanjangan.
Lama dah tak buat post kesihatan maka arini sy nak bukak topik yg sekarang musim batuk selesema budak2. Terutamanya yg anta anak2 ke daycare. Kisahnya Sef dah selsema almost sebulan.
Batuk almost 2 minggu & Covid test hampir selang sehari kami buat & semuanya negatif. Apa yg buat sy tenang is Sef masih aktif tersengih & makan minum pun masih berselera.
Tak dinafikan kadang2 boleh dengar bunyi semput (wheezing) tapi selagi nafasnya tak berapa laju (budak 6 – 18 bulan normal pernafasan 20-40), dadanya tak berlekuk (use of accessory muscle) bagi sy tak perlu masuk ward.
Tapi lumrah seorang wanita bergelar isteri, semestinya mereka risau & mahukan kepastian. Apa suami dia cakap walaupun suami dia terunggul pun mesti dia takkan percaya.
Jadi kami bawak Sef pergi Hosp Putrajaya hari Selasa. Nothing much seperti yg sy jangkakan. Doktor di kecemasan bagi ubat sikit & benarkan Sef pulang. Ingat bini lega dah tapi arini dia runsing lagi maka terus kami ke SJMC berjumpa pakar respiratori.
Kata beliau this is most likely caused by RSV (sejenis virus bernama Respiratory Syncytial Virus) yg menyebabkan penyakit bernama Acute Bronchiolitis & sekarang adalah musimnya.
Since it is caused by virus, tiada antibiotic untuknya hanyalah supportive measure yakni kalau demam bagi ubat demam, kalau hidung tersumbat bagi nasal drops/ sedut kahak.
Selain tu kena bersabar sebab batuk ni boleh tahan up to sebulan. Cuma kalau nafas makin laju, dada berlekuk, Sef taknak makan minum, Sef nampak penat ahaa itu indication untuk datang kembali, other than that kena bersabar sehingga jangkitan reda. Sef tak ditahan ward. Bini akhirnya lega.
Pakar siap tambah, “even if its Covid, monitor his feeding, breathing & activity” sebab again nothing much can be done except supportive measures. Kepada parents yg dm sy berkongsikan yg anak mereka juga tak berapa sihat, we got this! THIS TOO SHALL PASS. Cuma rindunya nak tidur straight 8 jam tanpa gangguan ahaha.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.