Perasan atau tidak walaupun setiap hari kita akan melakukan kerja-kerja membersihkan rumah seperti menyapu sampah, mop lantai, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya tapi ada satu perkara yang kadang-kadang memang tidak terlintas pun di fikiran kita untuk membersihkannya.
Jadi apa kata anda cuba lihat hos getah yang sering kita gunakan untuk pelbagai tujuan. Pernah tak terfikir untuk mencucipaip getah tersebut terutama pada bahagian dalamnya bagi memastikan air yang disalurkan adalah bersih dan selamat untuk digunakan?
Sebenarnya jika anda potong sedikit getah tersebut dan apabila dibelah dua, anda tentu terkejut melihatnya. Penuh dengan lumut dan menjijikkan. Oleh itu, ada baiknya saluran getah tersebut dicuci agar air yang dialirkan adalah air yang bersih dan bebas lumut. Nak tahu bagaimana caranya, jom teliti satu persatu!
TIP CUCI HOS GETAH
Bahan-bahan:
Span cuci pinggan
Ads
Cara buat :
Ambil span pencuci pinggan dan tanggalkan pada bahagian yang berwarna hijau. (yang keras).
2. Gulung span tersebut dan masukkan pada bahagian hujung paip getah.
3. Kemudian bahagian pangkal paip getah dipasang pada kepala paip dan pastikan diketatkan sepenuhnya agar tidak tercabut apabila air di pasang.
Ads
4. Buka paip sepenuhnya agar air dapat mengalir dengan deras.
5. Seterusnya kotoran dan alga yang ada di dalam saluran paip getah dapat dikeluarkan.
Ads
Ini caranya nak bersihkan hos paip korang yang dah kotor dengan alga kat dalam. #mvs
Bawang putih semenangnya banyak kegunaannya dalam pelbagai rutin harian kita. Malah dalam kebanyakkan petua nenek-nenek kita turut sama menggunakan bawang putih.
Petua yang diamalkan oleh mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu bukanlah hanya cakap kosong. Ada baiknya dalam merawat beberapa penyakit ringan.
Petua nenek menggunakan bawang putih antara yang wajib kita cuba. Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumorkerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayah Nadi Keluarga. Melihat Sihatnya Dia, Bahagia Buat Kita Sebagai Anak!
Keberadaan susuk lelaki bergelar ayah sangat bererti dalam sebuah keluarga, dirinya ibarat seorang wira. Bukan sahaja berperanan sebagai ketua keluarga malah menjadi nadi buat seluruh keluarganya melalui hidup dengan penuh gembira.
Lantaran itu sama ada yang perasan atau tidak, lazimnya ayah akan cuba untuk memperlihatkan dirinya idola buat keluarganya. Tampil berkarisma, kuat dan bertenaga meskipun jika saat itu dirinya kurang sihat, pasti disembunyikan kesakitannya itu. Derita yang ditanggung biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu dan apa yang lebih utama baginya adalah keluarga tidak susah hati dan terus kekal bahagia dan gembira hidup disisinya.
Menyedari hal ini, apa cara kita sebagai insan yang menyayangi ayah untuk pastikan bukan sahaja ayah sentiasa gembira malah kesihatannya mantap. Ini kerana kita juga yakin, bilamana tubuh badan sihat akan memberi kehidupan yang lebih baik buat ayah tercinta!
Oleh itu, untuk kekal sihat kita semua perlu lakukan sesuatu. Apatah lagi bila menyedari umur semakin meningkat pelbagai penyakit boleh ‘menyerang’ tanpa diduga terutamanya penyakit berkaitan jantung.
Pelbagai langkah kawalan dan penjagaan kesihatan berpanjangan perlu dibuat sekarang tanpa melengahkannya. Jika ada yang tidak pasti, di sini dikongsikan beberapa perkara mudah yang boleh dipraktikkan untuk dijadikan panduan bersama untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik buat insan bergelar ayah.
1. Sediakan Makanan Sihat
Amalan pemakanan sihat serta mengetahui kandungan nutrisi sesuatu makanan itu sebenarnya sangat penting. Jadi kita perlu pantau pengambilan makanan untuk ayah kita dan sebaiknya kurangkan kekerapan mengambil makanan yang berlemak dan makanan bergoreng. Pun begitu sediakanlah makanan yang dikukus, dipanggang atau dibakar.
2. Bonding Sambil Beraktiviti
Tanpa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh sebenarnya amat terdedah kepada penyakit jantung. Oleh itu alangkah baiknya jika kita dan ayah dapat sama-sama melakukan aktiviti riadah atau bersenam bersama di hujung minggu. Ini sekaligus bukan sahaja untuk tujuan kesihatan malah dapat juga kita isi ruang masa dengan lebih berkualiti bersama ayah tercinta dengan dapat melakukan aktiviti bersama-sama.
3. Kerap telefon bertanya khabar
Bagi anak yang tinggal berjauhan, sebaiknya telefon orang tua setiap hari. Jika tidak dapat, usahakan untuk bertanya khabar sekurang-kurangnya dua atau tiga hari sekali. Melalui cara ini kita dapat mengetahui keadaan kesihatan mereka dan sekali gus pantau juga pengambilan ubat-ubatan yang diambil adalah mengikut jadual.
4. Pantau Tekanan Darah Di Mana-Mana Sahaja
Disebabkan penyakit datang tanpa mengira waktu, wajar untuk kita mengawasi bacaan tekanan darah. Ini sangat penting untuk kita dapat pastikan tekanan darah ayah sentiasa berada pada tahap normal.
Oleh itu, bagi memantau bacaan tekanan darah adalah disyorkan lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan lebih kerap di rumah. Jadi apa kata sempena Hari Bapa ini kita hadiahkan mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare yang diimport dari Jepun buat ayah tersayang.
Istimewanya produk OMRON Healthcare ini ia dilengkapi dengan app OMRON Connect yang canggih membolehkan anda mengurus kesihatan dengan bijak walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa.
Tambahan lagi, dengan adanya aplikasi ini ia juga dapat dijadikan buku panduan buat mereka apabila membuat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik, sekaligus mudah untuk doktor dan anak-anak memantau tahap kesihatan seorang ayah.
Kebiasaan ayah jarang hendak mengadu apatah lagi bercakap secara terang keadaan kesihatannya. Jadi, aplikasi ini merupakan salah satu jalan penyelesaian yang tepat.
Apatah lagi baru-baru ini OMRON Healthcare melancarkan program HealthGift rewards dalam app OMRON Connect. Melalui aplikasi ini pengguna akan diberi ganjaran HealthCoins untuk setiap pengukuran monitor tekanan darah atau monitor komposisi badan yang diambil.
Menarik bukan, dan bukan itu sahaja malah dengan ganjaran HealthCoins yang diperoleh, pengguna boleh tebus dengan baucer menarik di FamilyMart, Pasaraya Lotus’s, Touch ‘n Go dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah pada suku tahun seperti peranti Ipad dan banyak lagi.
Jika anda ingin ketahui lebih detail tentang produk kesihatan OMRON ini boleh klik di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak asyik batuk kemudian disertai dengan muntah. Jika asyik muntah aje, tentu akan menjejaskan kesihatan anak. Paling bimbang jika dibiarkan berlarutan akan mengakibatakan anak tidak berselera makan.
Jadi jangan buat main apabila anak batuk dan muntah sekali. Apa yang menarik perkongsian oleh seorang doktor ini yang dikenali sebagai Yazeed Hair Johari telah menarik perhatian ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil. Malah cara huraian oleh doktor ini mengenai masalah batuk dan muntah dijelaskan dengan mudah difahami. Malah tidak mustahil ramai yang share!
BATUK MUNTAH Kanak Kanak 0 – 5 Tahun . Pelik kan Batuk Muntah ? Selalunya sama ada Batuk Atau Muntah. Tapi kali ini aku cerita tentang Kombinasi Batuk Muntah .
Pertama sekali kita fahamkan ,
APAKAH ITU BATUK ? Batuk ni sebenarnya adalah salah satu Simptom . Ianya tidak merbahaya .. Malah batuk itu sendiri adalah Sihat .Batuk ini adalah salah satu refleksi badan kita , Untuk mengeluarkan sesuatu dari salur pernafasan jika ianya didapati dapat memudaratkan . Selain dari itu batuk ni jugak , Sebenarnya sebagai “ Protection” Untuk elakkan bendaasing dari terus masuk ke sistem paru paru …
Barky Cough – Batuk bising ini selalunya disebabkan oleh mukosa ( salur pernafasan) “ croup” dari Larynx .. dan trachea, Yang bengkak . Seperti biasa macam jangkitan pada tekak . Woophing Cough – Adalah sejenis batuk disebabkan jangkitan bakteria oleh Bordetella Pertussis. Untuk hari ini aku nak ceritakan tentang Batuk Muntah
Sekarang ni, Seperti diatas kita dah tahu kan , Jenis batuk . banyak jenis lagi , Tapi jangan pening kan kepala …
Batuk Muntah ni biasa kita lihat untuk kanak kanak umur 2-4 tahun . Asal batuk je, Mesti muntah. Tak demam pun .. Selera makan ada .. Sihat dan aktif..
Jangan Risau !
Seperti biasa , Umur macam ni , Mereka lebih cenderung untuk bermain . Kadang 2 berpunca dari kebersihan tangan , Mainan yang dikutip dan sebagainya .
Kita sebagai ibu bapa ni pun , Tak larat lah kita nak kawal segalanya , Basuh tangan setiap 5-10 minit . Satu kerja apa pun tak jadi ..
Jangan Panik!
Ini adalah biasa, Lebih lebih lagi untuk jangkitan virus . Tekak akan kemerah merahan .. sedikit bengkak mungkin ada demam , Atau tidak …
Ini hanyalah refleksi sahaja.
Bila ada radang tekak , mukos ( Kahak)akan dirembes dengan lebih banyak .. Ini bertujuan untuk memerangkap bendasing , kuman , Bacteria dan sebagainya dari masuk ke salur pernafasan .
“ Gag reflex “ Iaitu refleks untuk meluahkan semula apa yang masuk ke dalam tekak..
Ianya refleksi yang baik ..
Tapi malangnya ,Dengan adanya lendir kahak yang banyak , Pada tekak kanak kanak , Ianya akan menyebabkan ketidak selesaan .
Bila tekak rasa berlendir, mula lah rasa tak selesa.. Nak ludah tak pandai lagi ..
Maka , mereka ni akan cuba jugak untuk meludah , sudahnya , Gag refleks akan menyebabkan “ Throw up “ Muntah..
Lendir yang banyak ini juga akan terkumpul pada salur makanan. yang akan menyebabkan “ Nausea” Mual .
Perut pun apa lagi , Refleks lah . Badan kita akan cuba buang apa sahaja yang akan menyebabkan kurang selesa .
PERLU UBAT ?
Ya! – Jika demam – Jika anak tak dapat tidur disebabkan batuk yang kuat – RAWATAN
– Ubat batuk Antitussive/ Anti sputum hanya diberi jika diperlukan sahaja – Jika ada demam, Akan dirawat dengan Antibiotik jika jangkitan Bakteria sahaja. – Jika viral fever , Pastikan hidrasi yang cukup – Ubat batuk dilarang untuk anak bawah 2 tahun melainkan herba yang dibenarkan – Jika batuk yang sedikit , pengambilan ubat tidak digalakkan . – Berikan air yang secukupnya – boleh berikan madu asli untuk melembabkan tekak anak – sapu balm panas pada tekak dan dada – Pastikan minum air kosong yang banyak selepas muntah – elakkan minuman bersusu sebelum tidur .. Kerana ianya akan menghasilkan lebih banyak pengumpulan kahak . – Pastikan anak tidur dengan bantal yang lebih tinggi , untuk memastikan posisi kepala lebih tinggi dari dada.
BILA PERLU BAWA KE HOSPITAL?
– Jika muntah berterusan / Berdarah dll – Jika batuk berterusan , – Demam yang semakin tinggi – jika anak anak menolak makan atau minum lebih dari 24 jam – Anak menjadi tidak aktif – Bernafas dengan lebih laju – Bunyian wheezing yang bising – bernafas secara tercungap cungap – Sakit sendi dan kemerah merahan
Nota ini hanyalah tulisan untuk pemahaman yang ringkas . Pastikan anak anda diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum mengikut panduan diatas.
Early diagnosis is always important.
Sekian. Harap memberi manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.