Ads

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Keindahan dan ketenangan yang diperolehi tatkala melangkah masuk ke Hotel Lisbon  Melaka sangat menyenangkan hati. Dengan bangunan yang tersegam indah dan dihiasi landskap menarik, hotel ini berjaya menepati cita rasa pengunjung yang inginkan kediaman jauh dari hiruk-pikuk kota.

Terletak di kawasan Perkampungan Portugis, hotel baru di Melaka ini berdekatan dengan tempat menarik di sini. Jadi tidak hairanlah lokasi ini menjadi pilihan seisi keluarga untuk bercuti tatkala tibanya cuti sekolah.

Bak kata orang, seumpama cinta pandang pertama  pesona Hotel Lisbon Melaka pastinya akan menghilangkan kepenatan selepas perjalanan panjang, terutama untuk keluarga yang datang dari jauh.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Bangunan putih dua tingkat dengan konsep seni bina eleman eksklusif dan mewah dengan  arched windows, balkoni, dan struktur pintu gerbang bagaikan resort luar negara.

Hotel ini memberi vibe family-friendly yang premium, tenang, damai dan ‘privacy’ untuk percutian bersama keluarga. Apa yang pasti, gabungan elemen ini menyumbang kepada pengalaman penginapan yang selesa, elegan, dan ideal untuk seisi keluarga.

Lobi Yang Estetik & Menenangkan

Pesona mata memukau apabila pertama kali melangkah ke lobi Hotel Lisbon  Melaka. Warna putih pada struktur bangunan memberi mood bersih dan elegan, manakala siling berkotak dengan detailing halus tampil premium menjadikan hotel ini eksklusif.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka Bahagian paling menonjol ialah air pancut hitam tiga tingkat di tengah kolam, memberi elemen klasik dan menjadi focal point utama. Air yang mengalir perlahan menambahkan suasana tenang dan mewah. Di belakangnya, satu lagi pancut serupa mencipta depth yang menarik dan menjadikan ruang lebih panjang. Cahaya semula jadi pula menambahkan efek “airy” dan lapang pada suasana hotel ini.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Ads

Bilik Selesa & Pemandangan Mempesona

Masuk sahaja ke bilik, terus rasa segar dan tenang. Bukan sekadar tempat tidur, bilik menjadi ruang santai untuk seisi keluarga. Hotel Lisbon  Melaka menawarkan 72 bilik tetamu dan suites direka elegan. Lebih istimewa, pandangan panoramik Selat Melaka kala waktu pagi dan senja menambah keindahan penginapan anda.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka ‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Jenis bilik termasuk: Premier Courtyard, Premier Ocean, Lux King Ocean, Lux Twin Ocean, Prestige King Ocean, Lisbon Suite dan banyak lagi. Semua bilik dilengkapi penghawa dingin, TV skrin rata, Wi-Fi percuma serta kemudahan moden yang lengkap.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka ‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Menurut Bob Yusof, Pengurus Besar Hotel Lisbon  Melaka,  konsep hotel ini menampilkan elemen budaya portugis melalui gabungan warna putih dan biru, rekaan bilik yang istimewa serta colour tone yang selari dengan ideologi dan warisan portugis. Lokasinya pula terletak di kawasan perkampungan portugis, sebuah kawasan bersejarah yang diiktiraf di bawah unesco heritage.

Dekorasi bilik kelihatan luas, kemas dan bersih. Lighting warm memberi suasana cozy dan classy. Kombinasi warna putih, kayu dan biru menjadikan ruang terasa premium. Feature wall corak biru putih dalam bentuk arch menonjolkan keindahan gaya Portugis klasik yang elegan.

Konsep & Falsafah Hotel Lisbon Melaka

Menurutnya lagi, konsep utama hotel ini adalah memberikan pengalaman percutian yang tenang, bermakna dan penuh kenangan buat keluarga serta pasangan.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka
Bob Yusof, Pengurus Besar The Lisbon Melaka

“Kami menjemput semua untuk hadir dan merasai suasana Lisbon dan Portugis yang unik, dengan 72 bilik dan suite mewah yang menawarkan pilihan waterfront view serta sea-facing view, menghadap terus ke Selat Melaka.”

Selain itu, restoran hotel turut menyediakan pelbagai hidangan berasaskan masakan Portugis dan tempatan termasuk asam pedas, kari berempah dan menu istimewa lain yang kaya dengan rasa Malaysia.

Ads

“Bagi pencinta makanan Portugis pula, tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan berasaskan masakan Portugis termasuk sajian berinspirasikan Portugis, asam pedas serta masakan kari yang kaya dengan rasa tempatan.”

Gabungan budaya dan rasa menjadikan Hotel Lisbon  Melaka bukan sekadar tempat penginapan, tetapi pengalaman budaya yang menyeluruh.

Festa Restoran  Sajian Istimewa & Suasana Cozy

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Restoran Festa menampilkan konsep moden dengan gabungan warna kayu cerah dan lampu rotan yang memberi suasana warm dan elegan. Ia menyerupai hotel buffet premium dengan sentuhan minimalis yang menenangkan. Susunan meja teratur, ruang selesa dan pencahayaan semula jadi menjadikan pengalaman makan sangat menyenangkan.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Di sini, tetamu boleh menikmati Nasi Goreng Lisbon, Gula Melaka Panna Cotta, Gourmet Beef Burger, Pumpkin & Coconut Soup, serta Spaghetti Bolognese. Bagi yang ingin bersantai, anda boleh makan di ruang outdoor sambil menikmati angin laut dan pemandangan kolam renang.

Kemudahan Lengkap Untuk Keluarga

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Ads

Antara kemudahan utama di Lisbon Hotel Melaka termasuk kolam infiniti yang luas dan bersih, gym moden, serta kawasan courtyard dengan pergola dan seating area untuk berehat. Kolam ini sangat fotogenik dengan kerusi lounge putih di dalam air dan payung biru navy yang memberi suasana resort mewah.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Suasana di sekitar hotel dikelilingi pokok palm dan dekorasi Mediterranean yang santai. Kawasan outdoor sangat sesuai untuk makan malam, minum petang atau sekadar bersantai sambil menikmati panorama senja. Ia juga menjadi port popular untuk pengunjung mengambil gambar OOTD dan kenangan keluarga.

Menjadi Lokasi Trending Buat Percutian & ‘Healing’ Seisi KeluargaSenja & Malam di Lisbon Hotel Melaka

Senja di Lisbon Hotel Melaka begitu memukau. Angin sepoi-sepoi bahasa dari Selat Melaka dan pantulan lampu malam di permukaan kolam menjadikan suasana ‘healing’ dan romantik. Pemandangan kolam dan bangunan yang unik menjadikan setiap foto seperti poster percutian  sempurna untuk kenangan keluarga.

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

Katanya lagi, hotel ini menyediakan persekitaran yang mewah dalam suasana penginapan resort yang menjadikan hotel ini menjadi lokasi percutian trending di Melaka masa ini.

“Persekitaran The Lisbon Melaka begitu istimewa kerana kami membawa suasana luxury resort dalam keunikan bandar Melaka. Fokus kami adalah kepada ketenangan, termasuk kemudahan kolam infiniti yang menjadi tarikan utama.”

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di Hotel Lisbon Melaka

“Kami mengutamakan pengalaman mencipta kenangan  sama ada untuk keluarga, pasangan atau individu yang ingin berehat, relaks dan recharge sebelum kembali ke rutin kerja. Hotel ini turut dilengkapi dengan laman courtyard yang luas, kolam infiniti serta ruang rehat seperti couple corner, pergola dan seating area yang dilindungi umbrella cover.”

“Pada waktu malam pula, suasana menjadi lebih indah dengan susunan pencahayaan yang cantik, menjadikan seni bina bangunan itu sendiri sebagai tarikan utama buat para pengunjung.”

Lokasi Strategik & Tempat Menarik Berhampiran

Selain keindahan hotel, lokasinya berdekatan tempat menarik di Melaka seperti A Famosa, St. Paul’s Hill & Church, Jonker Street, Menara Taming Sari dan Muzium Kapal Selam  semuanya dalam 2 hingga 5 minit pemanduan. Tetamu juga boleh menikmati pengalaman Melaka River Cruise pada waktu malam yang terkenal dengan lampu warna-warni indah.

Lokasi Percutian Seisi Keluarga – Cinta Pandang Pertama di Lisbon Hotel Melaka

Cuti sekolah bakal tiba, inilah masa terbaik untuk membawa keluarga menikmati ketenangan di Lisbon Hotel Melaka. Keindahan seni bina, layanan mesra, dan suasana damai menjadikan hotel ini seumpama cinta pandang pertama  tempat anda ingin kembali saban tahun untuk menghidupkan semula kenangan yang indah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Astro Kita RunFest 2025 Satukan Keluarga, Komuniti dan Alam!

Astro Kita RunFest 2025 menyatukan ribuan pelari dan keluarga di Serenia City, Sepang demi kesihatan komuniti serta kelestarian alam sekitar.
SeeNI ×