Datuk Azizulhasni Awang mengakui usia hanyalah sekadar angka selepas melakarkan kejayaan manis dalam mengungguli acara keirin Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai.
Pada usia 38 tahun, Azizulhasni masih mampu mempamerkan aksi bertenaga seperti ditampilkan malam tadi. Beliau mengejar satu demi satu pesaing untuk menghadiahkan memori indah buat penyokong tempatan yang hadir memberi sokongan.
Dalam saingan tersebut, Harrie Lavreysen dari Belanda berada di kedudukan kedua, manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul.
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat emas, menewaskan peserta Belanda, Harrie Lavreysen dan gangsa dari Trinidad and Tobago, Nicholas Paul (kanan), dalam acara Keirin Lelaki pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Velodrom Nasional, hari ini. Foto BERNAMA
Semangat Juang Tinggi Azizulhasni Awang
Kejayaan Azizulhasni Awang itu sekali gus membuktikan bahawa pengalaman luas yang dimilikinya masih menjadi aset utama dalam menghadapi saingan di peringkat tertinggi.
Beliau yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” menggunakan kelebihan taktikal dan ketenangan ketika membuat keputusan pada saat kritikal untuk menewaskan pelumba-pelumba yang lebih muda.
Ads
“Saya buktikan kepada atlet negara kita bahawa tak kira apa jua sukan, usia hanyalah angka,” ujar Azizulhasni menurut sumber laporan Bernama.
“Ia tentang mentaliti dan hati. Kalau kita benar-benar mahu, apa sahaja boleh kita capai.”
“Saya harap seluruh atlet berbasikal di Malaysia, tidak kira acara, dapat mengambil semangat ini. Mereka tahu saya belum berada pada tahap terbaik, tetapi saya mempunyai keyakinan tinggi dan mentaliti kemenangan. Saya buktikan bahawa saya masih boleh menang.”
Kata-kata Azizulhasni itu jelas menggambarkan semangat juang tinggi seorang atlet berpengalaman. Biarpun sudah berusia 38 tahun, beliau tetap membuktikan bahawa kejayaan masih mampu diraih apabila seseorang memiliki keyakinan dan mentaliti kemenangan.
Ads
Usia Bukan Penghalang Untuk Terus Berjaya
Kemenangan ini bukan sahaja menjadi detik manis buat Azizulhasni, malah turut menjadi inspirasi buat atlet lain. Dalam dunia sukan, usia sering menjadi perhatian, namun Azizulhasni membuktikan bahawa ia bukan penghalang untuk terus bersaing di pentas tertinggi.
Apa yang lebih penting adalah kekuatan mental, hati yang cekal dan keazaman untuk terus berusaha. Kejayaan ini juga menjadi bukti bahawa pengalaman yang dimiliki mampu membantu seseorang membuat keputusan tepat dalam situasi penting.
Buat penyokong tempatan, kejayaan Azizulhasni di Velodrom Nasional, Nilai pastinya menjadi kenangan indah. Sokongan mereka dibalas dengan persembahan bertenaga dan kemenangan yang cukup bermakna.
Ads
Semangat yang ditunjukkan Azizulhasni wajar dijadikan contoh, bukan hanya dalam sukan, tetapi juga dalam kehidupan seharian. Apa sahaja bidang yang diceburi, kejayaan menuntut keyakinan, usaha dan mentaliti untuk tidak mudah mengalah.
Tahniah Datuk Azizulhasni Awang atas kejayaan membanggakan ini. Semoga semangat juang beliau terus menjadi inspirasi buat atlet negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, siapa yang tak kenal kan. Dengan gelagat lucu dan caranya di dalam video yang dimuat naik membuatkan ramai yang jadi suka.
Biarpun caranya nampak ‘kasar’ namun dia seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab. Namun akui pengasas produk D’herbs ini, dia dan isteri punya sifat yang kontra.
Malah, ini terbukti apabila melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile.
Dalam satu perkongsian terbarunya, Dato’ Seri Aliff memuat naik ucapan penghargaan dan kasih sayang tidak berbelah bahagi buat isterinya itu cukup menyentuh hati.
ini lah….Cinta sejati abang… nak bercinta itu mudah dan dugaan lain, nak tunang pun lain dugaan ya.. dan abang percaya untuk berkahwin adalah satu benda yang bukan sesukar mana … sebab benda yang paling sukar adalah mempertahankan perkahwinan..
Alhamdulillah sudah 12 tahun perkahwinan abang bersama dengan wife abg @shahidadherbs yang dahulu x romantik,pendiam, x suka masak, x suka bergaya…. yang abang anggap kami pasangan yang “tak serasi atau pasangan kontra” sukar abang nak faham dia dan dia nak faham abang.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Akui Dato Seri Aliff, mereka juga tidak terlepas dari bergaduh.
Cuba korang bayangkan.. dahulu hampir hari2 kami bergaduh dan lari rumah.. sbb terlalu stress…sebab kami tak faham apa itu ertinya “perkahwinan”.
sebenarnya perkahwinan itu bukan.. acara perkahwinan yg gah dan perkataan “I love you you love me” tapi sebenarnya cinta itu besar definisinya .. memahami bertolak ansur, kebebasan, menghargai kepercayaan, menghormati, mungkin senang untuk ditulis dan di ungkapi.
tetapi bukan senang untuk kita lakukan dengan pasangan kita “masing ada ego” Abang mungkin tidak terkecuali sama juga mcm lelaki lain ada ego..nasihat abg..kita sebagai kaum suami kadang kala kena mengalah juga dan turunkan ego sikit untuk memberi penghargaan dan ruang kepada isteri barulah rasa lebih nikmat dalam alam perkahwinan.
Abang juga sama mcm korang.. ada masalah yang sama dan ego dan bergaduh.. cuma kat laman sosial ni abang selalu ..bajet2 happy je memanjang..padahal Allah je tau..hanya org dah kahwin je tau..setuju tak?? cer komen d bawah kalau setuju????.
Dato Seri Aliff sempat mendedikasikan lagu buat isteri kesayangannya itu.
lagu ini abang dedikasikan kepada isteri abang @shahidadherbs (kalau abang buat lagi macam ni ada orang nak dengar tak?) ..terima kasih wahai isteriku yang hebat dan sentiasa bersama abg ketika abang susah dan senang…isteriku yang banyak berkorban demi anak dan suami.. abang doakan dalam solat abang..
semoga awak adalah wanita terakhir yang bersama dengan abang sampai mati.. abang sayang awak sampai syurga… tiada wanita lain yang sesempurna awak I love you sayag sampai jannah.. maafkan abang kalau selama ini banyak buat salah kat sayang.. abang akan cuba jadi suami terbaik untuk family kita❤️❤️❤️ .
Addicted dengan gajet, sampaikan ada jurang dalam keluarga. Hubungan antara anak, ibu bapa dan keluarga mula renggang. Itu antara inti pati yang Ustaz Don kongsikan melalui perbincangan beliau bersama Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga sebentar tadi.
Saya baru kahwin 8 tahun dan anak sulung baru 6 tahun, jadi nak cakap tajuk ini adalah semata-mata pengalaman yang saya ada sepanjang 8 tahun ini. Gajet ini ibarat pisau kalau guna dengan betul boleh potong sayur, daging, buat ukiran buah dan sebagainya, Tapi pisau yang sama kalau salah guna boleh jadi kes-kes seperti pembunuhan, tikam, budak bunuh ibu dan sebagainya.
Jadi gajet juga sama, ada orang mahir guna gajet boleh jana pendapatan, ada yang amatur sekadar guna tanpa mudarat pada diri dia mahupun orang lain atau ada juga yang salah guna kemahiran dengan benda salah seperti keyboard warrior dan sebagainya. Jadi terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana menggunakan gajet tersebut. cermatnya kita menggunakan sesuatu alat ke arah kebaikan.
“Kita buat ‘dia’, jangan sampai ‘dia’ kawal kita. Kuncinya adalah tarbiah yang mana kena pandai jaga hati. Memang sekarang zaman gajet, ia menyebabkan berlaku jurang dalam keluarga. Melalui tarbiah, ayah kena pegang peranan sebagai ketua keluarga, begitu juga peranan ibu.
“Mesti saling mengingati tanggung jawab antara satu sama lain. Contoh paling mudah adalah tanggung jawab kepada anak-anak. Mereka hasil persetujuan bersama dengan isteri jadi kenapa kita nak abaikan tanggung jawab pada anak-anak,” ujarnya lagi.
Tambah Ustaz Don lagi, jangan terkejut kalau dilihat statistik yang memaparkan kaum perempuan paling tinggi bermain game. Perangkaan pada 2019 menunjukkan 63% adalah pengguna perempuan. Ini dilihat melalui statistik sebuah laman analisis yang menganalisis pengguna game berdasarkan mereka yang memuat turun game memaparkan perangkaan tersebut.
“Tetapi ini bukan bermakna orang perempuan ini ‘gamers’. Mereka jenis yang mudah terhibur dan bukan main untuk menang. Bukan seperti mereka yang benar-benar main game yang akan susun strategi dan sebagainya. Orang perempuan main sebab suka dan rasa terhibur.
“Berbalik kepada soalan tadi, semuanya terpulang kepada tanggung jawab. Selesaikan tanggung jawab, salahkan beri perhatian pada anak-anak belajar habit, tanya apa yang mereka mahukan. Perlukah kita fokus pada gajet.
“Rumah adalah istana kita dan semua tempat ada undang-undang. Jadi buatkan undang-undang dalam keluarga. Saya sendiri walau tak kuat kuasa dalam rumah tetapi balik rumah saya akan letak ke tepi handphone dan fokus pada anak-anak. Duduk dan bercerita dengan anak-anak. Itu pun tak cukup masa,”ujar Ustaz Don lagi.
Apabila ibu ayah sibuk dengan gajet, secara tak langsung anak-anak pun akan terikut. Akui Ustaz Don tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet untuk mengawal anak-anak.
“Ada sesetengah ibu bapa akan memberikan gajet pada anak-anak supaya mudah untuk memilih menu apabila keluar makan bersama. Salahkah andai ibu bapa mengajak anak-anak untuk sama-sama memilih menu bersama, kan lebih mesra. Tetapi ini tak berlaku.
“Dalam rumah tangga ada undang-undang dan ada asam garam. Bab anak menangis, riuh, air tumpah, cawan jatuh, dan sebagainya barulah itu keluarga. Tetapi hari ini value tersebut hilang. Kerana semua orang potray dalam facebook, instagram keluarga bahagia semua pakai sedondon, makan sama, suap sama-sama. Itu bukan, itu lakonan semata-mata.
“Kembali kepada peribadi merdeka iaitu jadi diri sendiri. Suami, isteri dan anak-anak ada karekter masing-masing. Tetapi itulah keluarga, jangan malu dengan keluarga sendiri. Kalau anak bising di kedai tak payah malu, nasihatkan supaya jangan buat bising. Kita kena sayang keluarga kita,”tegas Ustaz Don.
Walau bagai mana pun, kata Ustaz Don tak salah jika nak bagi gajet pada anak-anak kerana mereka ada tempoh masa. Kalau tak boleh fokus jadi tak salah andai diberikan sekejap gajet tetapi lepas tu tarik semula supaya tak leka.
“Jujurnya saya sendiri tidak menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Kita kena membiasakan generasi hari ini dengan eranya tetapi tak bermakna memperhambakannya. Kena ada sistem yang mana volume mesti kena kuat. Apa yang mereka lihat kita tahu dan di depan mata.
“ Jadi undang-undang kena ada kerana ini salah satu yang saya suka fokus. Bapa kena berkuasa dalam rumah, jangan sampai anak-anak kunci pintu dalam rumah kita sendiri. Kita tak mahu ibu dan ayah jadi hamba dalam rumah sendiri.
“Bapa kena beri contoh terbaik baru anak-anak ikut. Dengan kata lain, nak bagi gajet pada anak-anak boleh tetapi kena ada undang-undang. Anak-anak tahu apa yang saya suka dan tidak, mereka juga boleh bergurau, naik atas badan saya tak ada masalah. Tetapi bila sampai part saya tegur, contohnya main game dan sebagainya mereka akan dengar.
“Tegas ketika mendidik itu petua dan cara saya praktikkan sejak dulu lagi. Awalnya marah tetapi lepas tu kendurkan suara. Didik minda dan hormatkan anak-anak, itu cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita kan,” tegas Ustaz Don lagi.
Sebagai seorang suami, ayah dan pemilik masyarakat tidak dinafikan ada benda yang disukai tetapi akan mengutamakan keluarga terlebih dahulu baru kehendak diri.
“Kamu jaga Allah maka Allah akan jaga kamu. Jaga tanggung jawab kamu kerana Allah maka Dia akan tolong kita. Misalnya di waktu kita solat, suap anak dan sebagainya semua itu adalah masa. Yakinlah bila kita buat kerana Allah, insya-Allah Dia akan memudahkan anda.
“Saya bukanlah orang yang terbaik tetapi sekadar kongsi dan ambil pengajaran darui kehidupan Rasullah. Jadi, bacalah kisah Rasullah, Wajah Kasih Rasullah dan Asam Garam Rumah Tangga Rasullah. Barulah kita akan faham dan menghidupkan jiwa dan mengenyangkan sanubari,” ungkap Ustaz Don sebelum menutup perbualan bersama Majalah Keluarga.
Ikuti perkongsian penuh Ustaz Don menerusi video ini.
Zaman sekarang ni, sikit-sikit gajet, pergi mana-mana pun gajet sampai dalam rumah pun masih dengan gajet! Sibuk sangat dengan gajet sampai keluarga pun terabai. Oh no! Tak boleh macam tu… Jom dengar apa kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dengan topik : TOLAK TEPI GAJET, FAMILY FIRST.
Viral di media sosial berkenaan kemurniaan hati seseorang yang tidak bernama apabila meninggalkan sekeping nota yang cukup ringkas tulisannya namun cukup tinggi nilainya. Ini sekali gus mencuri perhatian warganet apabila dikongsikan oleh pemilik warung Pok Choh yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu.
— Assalamualailum, Mohon Maaf, saya ambik air paip kat kedai ni. Di sini saya sertakan duit rm2#. Kereta mati. TQ —
Difahamkan menurut Mohd Fazli Jusoh atau lebih mesra disapa Abang Hogan, kedai makannya ditutup beberapa hari bersempena cuti panjang ketika mengundi baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Warung kami berdekatan Airport Kuala Terengganu. Kami jual sarapan, antara menu Nasi Dagang nasi lemak dan sebagainya.
“4 hari lepas kami cuti, esok akan mula meniaga selepas mengundi marin. Bila kemas-kemas kedai, terjumpa nota ni terselit atas meja tempat kami biasa hidangkan lauk-lauk. MasyaAllah.. hebat orang ni” ujarnya ikhlas memuji tindakan tersebut.
Menyedari betapa murninya hati si pemberi nota tersebut, wang yang diberikan telah dimanfaatkan, bukan untuk tujuan peribadi malah dijadikan wang sedekah untuk manfaat yang lebih berganda.
“Moga dipermudahkan urusan awak sekeluarga, insyaAllah. Nanti kami masukkan duit ni dalam tabung madrasah.
“Sebenarnya dok perlu pon bayar setakat air paip tu. Ambik jer sebanyak mana yang perlu, moga pahala terus mengalir ke pusara ayahanda Pok Choh.. Amiin,” ujarnya yang juga suatu ketika dahulu pernah diuji dengan mengidap kanser limfoma tahap 4.
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..-Netizen
Meninjau diruangan komen, warganet memberikan pujian dan wajar sifat yang baik ini terpahat kukuh dalam diri setiap antara kita.
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..,” komen salah seorang netizen.
‘Mohon jangan cuti sampai 4 hari lain kali,” seloroh salah seorang warganet.
Dan tidak kurang juga ramai memuji tindakan orang tersebut. “Bagus la gitu ia maklum pada owner kedai,” komen yang lain.
“Allahu. Budi pekerti yang baik orabg yang amik dan bagi. Moga pahala buat semua,” ujar yang lain pula.
“terbaik..moga pahala berlipat kali ganda..dan mengalir seperti air sungai yang deras,” doa yang lain pula.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.