Buat rak televisyen menggunakan PVC, cara yang mudah tapi hasilnya cantik dan menimatkan. Inilah hasilnya jika kita kreatif dan banyak idea untuk hiasan di kediaman sendiri.
Dalam satu perkongsian menerusi page Tukang Apa Hari Ini, saudara محمد اكمال اذىذىmenunjukkan cara membuat sendiri rak dengan menggunakan beberapa bahan yang sangat mudah untuk didapati.Menurut saudara Akmal, rak tersebut digunakan untuk meletakkan televisyen, simple je tapi tampak sangat cantik dan kemas walaupun hanya didirikan dengan menggunakan PVC. Nak tahu caranya, jom tengok perkongsian ini.
Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ny projek asal bole letak tv jeee…
Material : •pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood
Berlakunya perkara yang tidak diduga seperti perginya orang tersayang tentu sukar untuk dibayangkan. Apatah lagi jika insan tersebut adalah dari susuk tubuh orang yang menjadi tempat pergantungan keluarga, tentu hilang arah dibuatnya.
Tidak mahu si isteri mengelami keadaan tersebut, suami ini berkongsi pesanan dan peringatan kepada isterinya dan turut juga dikongsikan di akaun fbnya untuk peringatan yang lain.
Nak tahu apa pesanannya itu, ini perkongsiannya.
“Sayang kena hafal Password Maybank2U Abang ni,” pesan Cikgu Tg lembut dalam kereta semasa perjalanan pulang ke Port Dickson dari kampung halaman semalam.
“Kalau abang meninggal nanti, perkara pertama Sayang kena buat sebelum menangis adalah keluarkan sebanyak mungkin limit harian abang,” tambah Cikgu Tg.
“Iya insyaAllah bang,” jawapannya bersahaja, mungkin memikirkan benarnya kata-kata Cikgu Tg ini tetapi berat untuk difikirkan.
“Sayang faham kalau meninggal nanti semua akaun bank, KWSP, Tabung Haji, ASB dan semua institusi kewangan yang ada akan freeze,” semestinya dia arif, semasa di USIM dulu dia mengambil jurusan Financial Math dan belajar tentang Muamalat dan Takaful ini.
“Pernah terjadi satu kes, arwah suami seorang isteri ini meninggal, si isteri dapat keluarkan setiap hari RM5,000 selama 3 hari berturut-turut sebelum akaun bank itu freeze. Alhamdulillah sekurang-kurangnya si isteri ini telah punyai RM15,000 dalam tangan untuk urusan pengebumian, langsaikan hutang-hutang arwah dan diagihkan secara faraid duit lebihan itu sebagai harta pusaka kepada yang berhak.
“Ada jugalah dapat duit sedikit sebelum menunggu DUIT HIBAH TAKAFUL RM100,000 yang ditinggalkan oleh arwah suami beliau diserahkan 4 bulan selepas itu,” Cikgu Tg memberikan contoh agar si dia ini betul-betul memahami apa yang Cikgu Tg ingin sampaikan.
Bicara ini adalah kisah benar semalam, kami berbincang dalam nada bersahaja namun betul-betul mengambil serius tentang hal ini.
Buat para isteri di luar sana, berapa ramai dikalangan kalian mengetahui ID dan PASSWORD akaun bank suami kalian? Jika belum, bincangkanlah tentang hal ini.
Hal tentang masa depan bukan setakat bincang anak-anak akan datang nak sekolah di mana? Raya tahun ini nak pakai baju warna apa? Hujung minggu nanti nak beli barang dapur berapa bajetnya?
Hal tentang PENINGGALAN perlu difikirkan sama, saat Allah masih lagi beri peluang kita tidur atas katil bersama. Kerana apabila kita dijemput Ilahi, sangat berbeza mereka yang punyai PERANCANGAN dan mereka yang tiada langsung PERBINCANGAN.
Ramai yang terkejut tidak terkata dan terus buntu tidak tahu ingin buat apa jika sewaktu hayat ini tidak pernah mereka berbicara tentang KEMATIAN. Walhal ia adalah suatu KEPASTIAN.
Fikirkan teman-teman, telah ramai kawan-kawan kita pergi pada usia sebaya kita. Kita tidak terkecuali, suatu hari nanti pasti akan mengadapNya jua.
Mengingat Untuk Sama-sama Beringat
– Cikgu Tg –
Calon Jenazah
Anak, Suami dan Ayah Kepada 3 Orang Anak Kecil.
Memberi fokus pada penjagaan gigi, kita, umumnya sejak dari kecil sudah diajar untuk kita biasakan memberus gigi. Sekurang-kurangnya sekali pada waktu selepas bangun tidur dan sekali lagi sebelum tidur.
Tujuannya satu. Untuk penjagaan gigi dan mulut agar kekal bersih dan sihat dan sekali gus dapat pastikan mulut berbau segar.
Inilah juga yang kita ajarkan pada anak-anak kita.Pun begitu, ada sesetengahnya walau kerap memberus gigi namun mulut tetap berbau.
Nak tahu punca dan sebabnya, ikuti perkongsian doktor Muhammad Khairul Izwan memberi pencerahan. Jom baca.
Tahukah anda, purata rakyat Malaysia memberus gigi adalah kurang daripada 1 minit setiap hari?
Malah ada sebahagian daripada kita yang hanya memberus gigi dalam masa di bawah 10 saat!
Dan yang paling ramai sekali adalah tidak memberus permukaan lidah yang mana lidah merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah bau mulut.
Penting untuk anda ketahui bahawa jika anda memberus gigi dalam tempoh masa yang terlalu singkat, tidak semua permukaan gigi anda dapat dibersihkan terutama di bahagian yang agak tersorok terutamanya di celah-celah gigi serta pada bahagian gigi geraham yang paling belakang.
Kerana itulah masih ada yang mengalami kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi setiap hari.
Memberus gigi perlu anda lakukan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 2-4 minit setiap sesi.
Disarankan untuk memberus gigi pada waktu pagi dan pada waktu malam SEBELUM tidur. Amalkan juga berkumur-kumur dengan air kosong setiap kali selepas makan terutama ketika anda di tempat kerja/makan di luar.
Anda juga perlu memberus gigi pada setiap permukaan gigi termasuk gigi yang paling belakang. Jangan berus gigi pada permukaan luar sahaja dan biarkan bahagian dalam tanpa diberus!
Gunakan berus gigi yang lembut dan elakkan penggunaan berus gigi yang keras untuk mencegah terjadinya hakisan gigi.
Jangan lupa untuk turut sama memberus permukaan lidah anda.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.