Suami mahupun isteri haruslah memainkan peranan masing-masing dalam rumahtangga. Jangan hanya sebelah pihak sahaja berusaha sehingga menampakkan diri seperti bertepuk sebelah tangan sahaja.
Adakalanya, jangan ambik serius dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan sebaliknya cubalah untuk berdiskusi secara baik agar mendapat jalan penyelesaian.
Jangan biarkan ketegangan menguasai hubungan, sebaliknya lakukan perubahan demi kebahagiaan bersama.
Ikuti tip ini bagi mengeratkan hubungan suami isteri. Jadikan pegangan agar tidak terkeluar dari landasan keharmonian. Selamat mencuba.
TAK PERLU AMBIL SERIUS
Kalau bergaduh pada hal yang remeh seperti lambat jawab telefon, lambat ambil di tempat kerja, sila jangan perbesarkan hal ini. Hal-hal remeh semacam ini tak patut sama sekali di ambil serius. Biar marah sekejap sahaja, kemudian cepat-cepat ‘cover’ supaya tak berpanjangan.
MINTA MAAF
Tak perlu tunggu pasangan mulakan dulu, baik suami atau isteri belajarlah untuk mulakan minta maaf. Tidak perlulah terlalu fikirkan tentang hati kita jika kita masih boleh mengawalnya. Hati kita Allah yang punya, perlahan-perlahan pasti sembuh jua.
Kalau isteri atau suami luahkan ketidakpuasan hatinya, jadilah pendengar yang baik dan bertindak balaslah secara baik. Perbincangan yang mendamaikan pasti membawa bahagia. Dengar dulu dengan jelas dan kemudian barulah berbincang. Kalau pasangan ada masalah pula jangan lupa menjadi pendamping setia buatnya. Jadilah pendengar yang baik.
Ads
SALING BANTU-MEMBANTU RINGANKAN KERJA RUMAH
Pergaduhan suami isteri adakalanya berpunca daripada rasa tidak puas hati bila mana suami atau pasangan tidak langsung membantu kerja-kerja di rumah. Penat! Itulah punca pergaduhan kecil. Jangan biarkan pasangan menguruskan kerja rumah sendirian, sebaliknya ringankan tulang membantu hal-hal remeh seperti basuh pinggan, cuci pakaian ataupun menjaga anak.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Duit juga boleh jadi punca suami isteri bergaduh. Jangan berkira sangat soal wang ringgit. Kongsi rezeki sama-sama. Kalau ada lebih kongsikan lebih, kalau tak ada berbelanjalah secara berkhemah.
Ads
UBAH MOOD
Paling penting kalau bergaduh kena cepat-cepat sedar supaya tidak terbawa-bawa. Bimbang menjadi makin besar dan memudaratkan anak- anak. Kalau isteri atau suami bermasam muka, ajaklah bercuti sekejap dan lari daripada mood pergaduhan. Kalau bercuti pasti mood jadi lebih cool, perasaan marah pun hilang.
EXTRA!
Selepas pertengkaran atau perselisihan, janganlah terbawa-bawa emosi sehingga berlarutan. Sebaliknya cuba berkelakuan seperti biasa. Atasi situasi itu dengan kematangan dan elakkan provokasi.
Semoga tip ini dapat mengharmonikan rumah tangga anda dan menjadi aspirasi buat semua. Ingat! Jangan sesekali meremehkan kedinginan hubungan dan membiarkan pasangan berseorangan menghadapinya. – KELUARGA
Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada usahawan terkenal Malaysia Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa gembira melihat keakraban anak perempuannya, Qadejah El Zahra apabila mereka meluangkan masa bersama anak lelaki Shuib, Uwais Alqarni.
Menerusi perkongsian di Instagram Datin Seri Shahida, beliau memuat naik video persahabatan Qadejah dan Uwais sedang beriadah di resort miliknya sambal berlatar belakangkan lagu arwah Siti Sarah Raissuddin.
“Mula mula malu malu,dah lama baru la jadi kawan. Seronok tengok @qadejah_terlajaklaris dengan Uwais buat aktiviti di @sugehecoresort Janda Baik.
“Nak berkawan tak salah, kawan lah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dekat sini. Qadejah ni tak ramai mana pun kawan dengan lelaki. Bukan sombong tapi malu,” tulisnya di ruangan kapsyen postingnya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata – rata senang melihat hubungan persahabatan mereka berdua malah, ada juga netizen yang teringat akan arwah Siti Sarah selepas melihat wajah Uwais.
Untuk rekod, Qadejah El Zahra dilahirkan pada 25 November 2010. Dia merupakan puteri sulung kepada Datuk Aliff dan Datin Shahida. Manakala, Uwais Alqarni dilahirkan pada 4 Disember 2011. Uwais merupakan putera sulung kepada Shuib dan arwah Siti Sarah.
Bagi yang mengikuti pelakon jelita, Emma Maembong, mesti tahu bahawa sekarang ini dia sekeluarga sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.
Semalam, di samping berkongsi gambar-gambar sesama di sana, Pelakon Emma ada berkongsi di bahagian kapsyen tentang kisah doanya pada tahun 2019 yang diangkat satu per satu mengikut permintaan diri.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, Emma menyatakan bahawa dia memohon doa agar dipercepatkan jodoh pada tahun 2019 di hadapan Kaabah dan doanya diangkat pada tahun seterusnya.
Malah, sekali lagi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Binti Ismail dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel.
Susulan daripada itu, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana doanya didengari dan dimakbulkan mengikut kemahuannya.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh , doa Emma nak kawin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma, Emma kawin dan telah di kurnia kan anak dalam tahun yang sama seperti apa yg Emma doa kan.
“Dan tahun ni emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kaabah bersama suami @shazli.a dan anak @shariqgabriel , Ya Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Maha Mendengar Lagi Berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️😭” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa yang baik-baik untuk Emma dan sekaligus berharap agar Emma dan adik beradik yang lain kekal menutup aurat.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan kepada Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru selamat melahirkan bayi perempuan pad jam 3.49 pagi tadi di Hospital Columbia Asia.
Berkongsi berita gembira itu Datuk Fizz Fairuz turut menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan isterinya dipermudahkan bersalin di akaun ignya.
Menerusi entri tersebut turut memuat naik foto bersama isteri dan bayi perempuannya. Terlihat Almy dan bayinya sihat-sihat sahaja.
Alhamdulilahhhh… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi.. terima kasih kepada semua yg mendoakan .. amin… 4-0 keputusan sekarang.. hehe
Meninjau di ruangan komen ramai yang tumpang gembira di atas kelahiran tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri ini. Antara komen yang terawal diterima adalah daripada mimi.pari dengan ucapana “Alhamdulillah ya Allah.” Kemudian turut meninggalkan komen pelawak Along Cham dengan ucapan “Alhamdulillah, syukur” dan begitu juga pelakon Johan Ariff mengucapakan rasa syukur di ruangan komen.
Sebagai makluman Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan sebelum ini telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna,4, Nur Afrina Aurora,3, dan Nur Afrina Ayra setahun, selain anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 10.