Pergerakan bayi atau janin dalam kandungan pastinya berbeza mengikut trimester. Pada trimester kedua kehamilan, pergerakan bayi dalam kandungan agak sukar untuk dijangkakan.
Pergerakan bayi akan mula berlaku, tetapi dengan pergerakan yang amat minimum. Ada yang merasakan perut mereka seperti sedang ‘berbuih’ atau bergas.
Apabila minggu kehamilan anda semakin meningkat, maka pergerakan ini akan semakin kerap dan semakin kuat. Pergerakan bayi juga akan semakin besar apabila bayi semakin membesar.
Pada trimester ketiga pula, anda mungkin sudah boleh mengenal pasti corak tertentu pergerakan bayi dalam kandungan anda. Berkemungkinan bayi anda akan semakin aktif pada waktu tertentu.
Sebagai contoh, anda mengesan bayi anda semakin aktif bergerak apabila anda bersenam, ketika anda berbaring atau ketika anda memakan sesuatu yang manis.
Anda sepatutnya memberikan perhatian terhadap corak pergerakan bayi ini agar anda boleh mengenal pasti jika terdapat sebarang pengurangan pergerakan kelak.
Doktor mungkin akan menyarankan anda untuk memerhatikan kiraan tendangan bayi untuk melihat sebarang perubahan dalam rutin janin.
Bagaimana untuk mengira tendangan bayi dalam kandungan?
Kongres Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) menasihatkan anda menentukan masa yang diperlukan untuk merasakan 10 pergerakan atau tendangan janin.
Ads
ACOG mengesyorkan untuk melakukan kiraan ini pada masa yang sama setiap hari, iaitu pada waktu bayi anda paling aktif.
Anda boleh memulakan kiraan tendangan bayi pada minggu ke-28. Bagi kehamilan yang berisiko tinggi, anda boleh memulakan kiraan pada minggu ke-26.
Namun, adalah lebih baik untuk anda duduk dengan kaki ke atas atau baring di sebelah kiri badan semasa melakukan kiraan tendangan. Cuba tetapkan masa dan catat nota setiap kali anda merasakan pergerakan.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi pemerhatian janin pada telefon pintar untuk membantu anda menjejaki pergerakan bayi dengan lebih mudah.
Punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan?
Ada juga kes di mana bayi kurang gerak di akhir kehamilan. Malah ada yang berpendapat bahawa keadaan ini sesuatu yang normal kerana bayi kurang gerak tanda bersalin hampir tiba.
Ads
Perlu diketahui bahawa punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan boleh berlaku dengan pelbagai sebab. Ada sebab yang normal dan ada juga faktor yang tidak normal.
Bagi punca yang normal, ia mungkin disebabkan faktor janin yang sedang tidur sewaktu anda membuat kiraan tendangan janin. Antara punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan yang berbahaya ialah seperti pertumbuhan bayi yang perlahan, masalah dengan plasenta dan juga masalah bayi terjerut dengan tali pusat.
Oleh itu, anda perlu segera hadir ke hospital untuk doktor melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya anda mengesan corak pergerakan bayi yang tidak normal.
Jika anda berasa risau dan mahu meningkatkan atau merangsang pergerakan bayi dalam kandungan, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
Ads
Antara yang boleh anda cuba ialah:
* Cuba bercakap dengan bayi atau mendengar lagu
* Makan snek atau minum air jus buah-buahan
* Cuba berjalan sedikit di sekeliling rumah atau melakukan senaman ringkas
* Cuba cucuk atau tekan perut anda perlahan-lahan untuk melihat tindak balas bayi dalam kandungan
Jika ia tidak normal seperti biasa, terus berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut!
Cuaca panas tak menentu, boleh menjadi penyebab kesihatan terjejas. Paling tidak, tekak akan terasa perit dan tidak selesa.
Berkongsi usaha untuk melegakan kesakitan, doktor ini pesan untuk buatkan larutan yang diajarkan ini.
Jom semak.
Aduh, tiba-tiba anak start batuk-batuk dan selsema. Siap asyik mengadu tekak tak selesa. Makan pun dah mula kurang selera.
Walaupun mungkin tak berapa teruk, tapi lumrah mak ayah tetap akan rasa susah hati dan bimbang.
Nak bawa keluar ke klinik, satu hal pulak. Risau jugak takut anak ter expose pada pesakit lain yang ada penyakit yang lebih teruk. Nak ke farmasi pun hati duk risaukan benda yang sama.
Haa, mungkin kalian boleh usahakan rawatan yang ini dulu di rumah.
Pergi ke dapur, dan kemudian siapkan larutan air garam.
Saya kongsikan pada kalian cara sediakan larutan air garam ni mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).
1. Masak air terlebih dulu. Air yang tak dimasak boleh jadi ada spesis Ameoba dalam tu, tak pasal-pasal dapat jangkitan penyakit lain pulak nanti.
2. Air yang dah dimasak tadi, masukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam. Biarkan ia terlarut dan kemudian berikan masa untuk ia menyejuk.
3. Rasa dulu. Jika terlalu masin, kalian boleh saja tambah air lagi.
Mudah je weh.
Untuk anak yang ada masalah selsema, ambil larutan air garam tadi lalu titiskan ke kedua-dua belah hidung. Air tu akan jadi agen untuk cairkan mukus pekat yang block saluran pernafasan.
Selain tu, yang bagusnya bila kita gunakan larutan air garam, sel tubuh akan manfaatkan klorida daripada garam untuk hasilkan hypoclorus acid.
Hypoclorus acid ni lah akan jadi cecair peluntur untuk musnahkan virus!
Itu bab selsema.
Sekiranya ada sekali gejala sakit tekak dan batuk, ajar anak supaya kumur dengan larutan air garam yang kita buat tu sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tak selesa.
Dah ada penyelidik yang buat kajian pasal larutan air garam ni sebenarnya. Dia orang jumpa banyak sangat faedah yang kita boleh dapat daripada kaedah yang ringkas begini.
Antaranya:
✅ Kita dapat kurangkan risiko penyebaran kuman dan virus pada orang lain
✅ Penyembuhan berlaku lebih pantas selalunya dalam tempoh kurang 2 hari
✅ Dapat elakkan penyalahgunaan antibiotik
✅ Kos lebih jimat dan juga dapat elakkan daripada terpaksa dapatkan rawatan di klinik atau hospital
✅ Risiko berlaku komplikasi serius seperti pneumonia pun jadi lebih rendah
Namun beringat ya, jika keadaan masih tak sembuh atau sakit berterusan walaupun dah usaha dengan cara ni, teruskanlah untuk bawa anak dapatkan pemeriksaan lanjut.
Mengenalkan pemakanan sihat dan bernutrisi untuk seisi keluarga, hakikatnya perlu dijadikan keutamaan oleh kita sebagai ibu. Ini penting agar apa sahaja yang kita sajikan kepada anak-anak dan suami adalah bagus untuk mereka.
Umpamanya minum jus buah, semua tahu kebaikannya namun ada baiknya fahamkan apa yang dikongsikan oleh doktor ini tentang air jus dalam kotak.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.
JUS KOTAK
Jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat…Ketahuilah bahawa jus kotak ialah JUNKFOOD.
Jika masih ada sisa buah-buahan di dalamnya,Ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan.
Sudahlah sangat tinggi kandungan gulanya…lebih teruk, disebabkan serat yang kebanyakannya dibuang, anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula didalamnya!
Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g kandungan gula ataupun 5 sudu gula…….gula yang paling TOKSIK iaitu FRUKTOSA (HFCS).
Gula fruktosa mudah :
1) Menyebabkan ketagihan gula!
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
4) Meningkatkan kolesterol benar2 jahat.
5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf.
6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yg lain.
7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).
“Seriously” menggemukkan..itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu.
Gula yang digelar “alkohol tanpa mabuk” oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak2 Dr Robert Lustig.
Sila periksa label jumlah gula di belakang jus kotak, anda akan dapati rata-ratanya mengandungi jumlah kandungan gula 15-35gram sekotak..
Maka elakkan jus kotak, usah selalu disuakan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan.
Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan “glikasi” kesan pengambilan gula.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.