Petua terbaik hilangkan segala bengkak pada anggota badan termasuk bengkak kelenjar, ketumbuhan, bengkak gusi, kaki, mata dan sebagainya.
Perkongsian seorang sahabat yang pernah menderita kanser stage 3. Sepanjang dalam proses rawatan inilah doa yang di amalkan sehingga kini beliau sembuh sepenuhnya.
Kemudian diikuti dengan doa surut bengkak. Semasa baca doa ini pejam mata dan bayangkan Allah mengecutkan bengkak, mematikan akar dan menyembuhkan segala luka.
Setap usaha yang kita lakukan sandarkan pada Allah. Dapatkan nasihat Doktor kemudian susuli dengan doa-doa syifa’ agar kita sentiasa tenang dan hampir dengan Allah SWT.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sakit kepala antara penyakit yang biasa kita alami tanpa mengira waktu. Bila sakit kepala menyerang, memang satu kerja pun tak menjadi dibuatnya.
Terasa serba serbi tak selesa dan kadang kala mengundang rasa marah pun ada. Jadi cara paling mudah untuk legakan tanpa makan ubat, ada cara atau petua yang boleh dipraktiskan.
Ianya patut anda tahu dan petua ini dikongsikan oleh seorang doktor. Semoga bermanfaat!
PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA YANG ANDA HARUS TAHU
Pernahkah anda mengalami sakit kepala teramat sangat? Akibat stres, migraine, ada banyak masalah dan sebagainya. Bagaimana hendak atasi dengan mudah di rumah?
Berikut adalah beberapa petua untuk melegakan sakit kepala:
1.Tutup mata dan berehatlah.
Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.
2.Urut leher dan kepala anda.
Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga,
3.Hangat atau sejukkan leher anda
Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya.
Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.
4.Bersantai dan rileks
Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai ’relaxation techniques’ boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.
5.Kurangkan stres dan tekanan.
Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.
6.Lihat semula apa yang anda makan dan minum.
Apa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.
PERHATIAN : Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan suplemen tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.
Buah naga merupakan antara buah-buahan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit. Oleh itu ia sangat selamat bagi anda yang menjalani program diet. Buah naga mengandungi nutrien, antioksidan, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A, B, C dan E, dan beta karoten.
Jumlah kandungan nutrisi yang terkandung dalam buah naga membuktikan bahawa buah ini juga mempunyai banyak manfaat seperti baik untuk pencernaan, menjaga kesihatan mata, mengatasi diabetes, mencegah dan mengatasi penyakit jantung.
Pendek kata buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi anda yang ingin memiliki berat badan yang ideal. Untuk mendapatkan hasil yang cepat, amalkan buah naga sebelum makan.
Ya! Buah naga memang sangat membantu mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Melalui perkongsian Norafiza Mahmud dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang kudapan yang diamalkannya bersama seorang rakan semasa tempoh diet.
Hanya dalam tempoh 29 hari, sebanyak 11.5 kg berjaya diturunkan. Walau bagaimanapun ujar wanita ini lagi, ia tentunya memerlukan disiplin dan kesedaran yang tinggi. Ujar wanita ini lagi, sebelum ini rakannya itu selalu mengalami sakit-sakit lutut dan kaki. Badan yang makin bertambah lemak dengan faktor usia yang makin bertambah menjadi pendorong untuk diri dia nekad untuk menurunkan berat badan.
Dikongsikan khasiat buah naga untuk menurunkan berat badan:
Melancarkan metabolisme
Sekiranya anda dalam proses diet, anda perlu menjaga sistem metabolisme dalam tubuh agar sesuai dengan program diet yang anda jalani. Agar program diet anda berkesan, sistem metabolisme anda juga mesti lebih cepat dan lebih baik. Pengambilan buah naga dapat membantu melancarkan metabolisme tubuh anda.
Meningkatkan sistem ketahanan badan
Kandungan vitamin C dalam buah naga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ketika menjalani program diet. Penting untuk anda memastikan sistem imun anda berada dalam keadaan baik ketika menjalani program diet agar matlamat untuk menurunkan berat badan berjaya mencapai sasaran.
Membakar lemak
Kandungan khasiat buah naga bukan sahaja baik untuk menambahkan nutrien ke dalam tubuh anda tetapi juga dapat membakar lemak dengan lebih berkesan.
Sebagai tambahan pemakanan
Semasa menjalani program diet, anda juga perlu mengambil nutrien tambahan untuk menyokong kejayaan diet anda. Buah naga amat sesuai dijadikan sebagai tambahan pemakanan dalam proses diet anda.
Penghadaman yang lancar
Bagi sebilangan mereka yang sedang menjalani diet, ada yang akan mengalami gangguan pencernaan seperti kesukaran membuang air besar atau cirit-birit. Oleh itu bagi mencegah dan mengatasi masalah ini agar sistem pencernaan anda sentiasa lancar, anda boleh memakan buah naga secara berkala.
Buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik sebagai menu diet anda. Anda boleh berkarya dengan menu berasaskan buah naga seperti salad atau jus.
Keputihan melampau buat kita rasa rimas. Tidak kurang juga cecair lain yang menimbulkan rasa gatal pada kawasan sulit. Tak hanya dua perkara ini, adakalanya selepas habis berpantang, vagina terasa gatal tanpa sebab.
Pasti keadaan ini akan menimbulkan ketidakseselesaan malah boleh menyebabkan wanita yang mengalaminya jadi stres.
Selain faktor dalaman seperti bakteria dan sebagainya, soal kebersihan juga menjadi penyebab berlakunya kegatalan pada vagina. Apa yang perlu anda lakukan? Jangan hanya menyimpan perasaan tanpa melakukan apa-apa usaha untuk memulihkannya.
Bagi mengatasi masalah gatal -gatal pada vagina, elok anda cuba petua tradisional yang disarankan ini. Petua tradisional ini telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dulu.
Bahan-bahan:
7 helai daun sireh
1 ibu jari asam jawa
Air secukupnya
Caranya:
2. Kemudian rebus daun sireh bersama asam jawa dengan air secukupnya.
3. Angkat dan sejukkan selepas mendidih.
4. Basuh vagina menggunakan air rebusan ini setiap kali selepas buang air kecil atau mandi.
5. Amalkan setiap hari.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi Bukit Changkat Asa meruntun hati ramai apabila remaja berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki bersama keluarganya di Tanjung Malim.