Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang membawa maksud suka duka sama-sama ditanggung. Tiada paksaan, terpulang kepada individu untuk membantu atau tidak.
Begitu juga dengan insan yang prihatin ini, penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di terutama di kampung halamannya, Kuala Lipis, Pahang.
Dalam pada itu, menerusi Instagram @ctdk, berkongsi video momen secara tidak sengaja berjumpa dengan salah seorang gurunya ketika menghulurkan bantuan mangsa banjir.
Apa yang menarik perhatian netizen, gelagat lucu penyanyi itu bersahaja menegur gurunya berbangsa cina itu. Guru berkenaan tidak mengenalinya kerana itu memakai pelitup muka.
Namun, guru yang pernah mengajarnya ketika menyertai sukan gimnas sewaktu di sekolah hanya menyedari akan hal itu setelah salah seorang penduduk di situ memaklumkan bahawa individu yang menegurnya adalah Siti Nurhaliza. Mereka saling berkongsi kenangan lama sewaktu menyertai gimnas.
Momen jumpa guru gimnas
Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM, menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang aunty berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan bantuan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya.
Saya juga berborak-borak dengan penduduk di taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina juga, yang saya memang kenal sewaktu zaman sekolah. Beliau juga tidak perasan saya.
Sepanjang berada di sana, saya memang memakai pelitup muka (mask) dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami. Guru gimnas saya rupanya dan saya juga tidak perasan (maklumlah dah lama sangat).
Begitulah cerita, sesekali pulang ke daerah kenangan, banyak kenangan mengusik jiwa.
I kenal u la, u tak kenal i
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap penyanyi kesayangan ramai itu yang begitu ‘humble’ ketika melawat mangsa banjir di negeri kelahirannya.
Sumber: ctdk
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Berat Naik Mendadak 10kg, Ain Edruce Risau Berat Susah Turun Lepas Bersalin!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ain memaklumkan beratnya naik 10kg selepas melakukan pemeriksaan bulanan.
“Saya pergi berjumpa dengan doctor, saya periksa berat badan saya daripada 55kg sekarang naik 65kg.
“Baru lima bulan lebih hamil,” katanya.
Tambah Ain lagi, dia kini lebih bijak mengawal pemakanan pada kandungan keduanya agar tidak berlebih-lebih namun katanya dia sendiri terkejut dengan kenaikan mendadak itu.
Malah kata Ain lagi, dia risau sekiranya dia sukar mendapatkan Kembali berat badan ideal selepas bersalin kelak.
“Saya dah cuba sedaya upaya kurangkan makan tapi berat semakin naik.
“Saya risaulah lepas bersalin nanti susah nak turunkan berat badan sebanyak itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Ain berkongsi kehamilan keduanya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis pengumuman jantina.
Ain yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Perunding Hiasan Dalaman Rumah Kongsi Tip DIY Menghias Rumah Sendiri, Sesuai Untuk Rumah Pertama!
Sudah pastinya bagi pasangan yang sudah berkahwin ingin memiliki kediaman sendiri.
Bagi yang telah berjaya membeli rumah sudah tentu memikirkan konsep dekorasi rumah. Pada masa yang sama memikirkan tentang kos pengubahsuaian.
Sehubungan cara yang terbaik adalah membuat perancangan lengkap mengenai apa yang perlu dilakukan setelah memasuki rumah baru.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian tip oleh puan Nur Nazihah Abd Razak. Boleh ikuti panduan ini.
Ada beberapa orang yang msg, wasap bagitahu mereka baru je dapat kunci rumah. Boleh tak nak slot in booking tahun ni. Disebabkan schedule NZdesign dah full untuk tahun 2021 dan 2022 kat sini saya nak share sedikit beberapa tips untuk mereka yang nak buat sendiri urusan reno dan deco. InsyaAllah boleh je kalau kena dengan cara yang betul
Kat sini contoh yg saya berikan adalah rumah PPA1M berkeluasan 800sqft dengan bertemakan modern elegant. Saya diberikan tanggungjawab untuk reno dan deco dengan peruntukan sebanyak 65k+. Jadi apa2 ketahui bajet anda dahulu sebelum memulakan reno dan deco rumah kediaman anda.
Sebelum
Untuk ruang tamu ni asalnya ada 2 point lampu dan 1 point kipas sahaja.
Untuk ruangan makan dan dapur ni pula ada 1 point kipas dan 1 lampu.
Dalam proses renovation: Dan dapur plaster ceiling jenis flat design
Penambahan bronze mirror di dining area bg ruang nampak lebih luas
Sebelum pasang lantai kayu
Tips Memasuki Rumah Baru
1) Siling dan wiring
Faktor utama nak bagi rumah nampak cantik adalah siling. Tak semestinya kena buat plaster ceiling design mewah2, tak semesti juga kena buat cornice atau frame apa2. Design plaster ceiling jenis flat pun cantik. Yang penting banyak point lampu yang tersusun kemas dan point kipas juga diletakkan ditempat yang betul. Kalau boleh janganlah tambah point lampu atau kipas menggunakan casing. Sekarang ni kebanyakan developer agak kedekut nak bg point lampu di bilik tidur. Kadang2 1 point je dengan keluasan bilik tidur yang agak besar. Jadi nak tak nak kita kena tambah point lampu dengan buat plaster ceiling. Sebab kalau kita hack slab lagi melibatkan kos yg tinggi. Selain kelebihan nampak kemas dan cantik, kita boleh tambah beberapa point lampu deco untuk menaikkan seri sesuatu ruang. Contoh point untuk eyeball, tracklight, pendant lamp dan lain2. Untuk point aircond juga pastikan dirancang betul2. Kalau boleh elakkan tambahan casing
*untuk site kepongmas ni saya guna design L box jenis memanjang terus dari living hall ke dining area. Ini disebabkan siling rumah mereka agak rendah(tuan rumah xnak box untuk kipas), jadi design yg lebih sesuai dan praktikal adalah L box dengan 2 point kipas, 1 point lampu gantung di tengah antara ruangan tersebut dan saya mainkan dengan downlight jenis cool white, T5 color kuning, eyeball warm white. Manakala di dapur saya gunakan design jenis flat dan beberapa eyeball di atas kitchen cabinet. Kami sediakan beberapa point aircond siap2 di living hall dan bilik
2) Cat Rumah
Bila siling rumah dah cantik, kita boleh tetapkan beberapa tema color. Pemilihan color cat mestilah berdasarkan tema yang kita minat. Ada orang suka natural yg lebih kepada grey, beige, soft brown, cream dan putih. Color2 seperti ni sesuai untuk semua jenis tema. Kalau minat dengan tema farmhouse, dinding color putih amatlah sesuai. Ada yang berani dengan warna2 yang terang/gelap. Boleh je kalau pandai mix and match dengan perabot yang sesuai. Tapi make sure jangan semua dinding, fokus pada feature wall sahaja
*untuk site ni saya pilih color cat yang natural iaitu dari Jotun kod 1140 sand. Pilih cat bukan kilat dan easyclean. Bila cat bukan kilat ni, kekemasan dinding akan nampak serata dan lebih cantik
3) Kitchen Cabinet
Ha.. Ruangan dapur adalah ruang yang kita kena barhati2. Jangan ada yang tersilap pilih material, kod color dan kontraktor. Salah pilih memang bahaya, sebab nak tukar lain dalam masa terdekat memang susah dan ia melibatkan kos yang agak tinggi. Di pasaran sekarang banyak kontraktor2 kabinet yang menawarkan harga yang murah. Tapi kena hati2 ye dari segi kekemasan kerja yang dibuat, material yang diberikan, hasil kerja mereka dan aksesori yang disediakan. Ada yang suka asingkan ruangan dapur kepada dry dan wet kitchen. Ada yang suka open concept kitchen dan ada juga yg suka ada privacy untuk ruangan dapur mereka. Semua bergantung pada bajet dan size keluasan dapur. Antara material yg ada adalah melamine, 3g, 4g, formica, solid nyatoh, mdf dan lain2. Bagi saya semua ok cuma kod dia je kena pilih betul2. Nak selamat pilih putih, hitam, grey dan warna elemen kayu. Nak nampak elegant boleh pilih color2 yg berani seperti emerald green, dark blue, mint, turquoise
*site kepongmas ni tuan rumah nak dry kitchen di dalam dan wet kitchen di yard mereka. Material 4G color gold, quartz stone untk table top dan tiles design marble untuk blacksplash mereka. Ia memberikan impak yang menarik dan wow
4) Lantai
Lantai jenis tiles atau lantai kayu kedua2nya cantik. Pemilihan jenis lantai ni berkait rapat dengan kos yang diperuntukkan. Kalau ada bajet lebih boleh lah tukar kepada lantai kayu. Sebab lantai kayu ni nampak lebih modern, kemas dan cantik. Lantai kayu ni ada banyak jenis. Terpulang pada citarasa masing2. Cuma apa yg saya nak bagitahu kalau size rumah agak kecik dan kurang elemen pencahayaan pilihlah kod lantai yang soft. Jangan ambik yang gelap nanti rumah nampak sempit
*Tuan rumah pilih lantai kayu jenis SPC untuk rumah mereka. Ia lebih tahan dan kualiti
5) Curtain/ Blind
Setelah selesai semuanya, sekarang masa untuk pemilihan curtain dan blind. Curtain ni dipilih berkait rapat dengan color cat yang kita pilih awal2 tadi. Kalau cat lebih kepada light, curtain kena pilih yang dark sedikit untuk naikkan seri. Kalau nak pilih curtain, pilihlah material jenis blackout dan untuk menjaga privacy mestilah ada day and night curtain(sheer). Bila siang barulah tak risau nak buka curtain, syariat pun terjaga. Jenis2 jahitan yg ada adalah jahitan cangkuk biasa, eyelet, double pleat, box pleat, ripple fold, pinch pleat dan lain2. Nak nampak kedutan yg cantik dan terletak boleh gunakan jenis double pleat, tp kos ni agak mahal sedikit. Untuk bagi nampak ruang lebih luas ukur curtain mestilah wall to wall dan full height. Kalau kelebaran frame tingkap tu kecik, xpe kita buat curtain besar. Baru nampak wow
*saya pilih curtain dalam box untuk living hall dan jenis eyelet untuk master bedroom. Selain tu juga kami sediakan roman blind untuk bilik anak2 mereka
6) Perabot, wall frame dan aksesori
Part paling ditunggu2. Boleh katakan hampir semua orang akan excited kalau part ni. Yelah nak pilih perabot dan aksesori ni memang feel dia lain sikit. Kalau rumah jenis apartment jangan beli terlalu banyak perabot. Cukuplah sofa 2/3 seater, armchair, bench/stool, coffee table, tv bench. Kita jangan sempitkan lagi ruangan yg ada. Kecuali kalau betul2 ruangan tu besar. Untuk entrance, kita mainkan dengan console table, chest of drawers atau cabinet yang sesuai. Bagi ruangan makan pula pilih meja makan berdasarkan size ruangan. Aksesori pula cukuplah nak bagi sesuatu ruang tu nampak seri, xperlu berlebihan2. Minimalis tu cantik
Ingat ye, semua pemilihan bergantung pada tema yang kita dah pilih awal2 tadi
7) Built in wardrobe and cabinet
Ini last keperluan kalau kita mempunyai bajet yang lebih. Kita boleh buat terus masa awal2 proses reno tu, tapi kalau tak ada bajet lagi tak apa boleh buat kemudian. Selalu wardrobe jenis material melamine full heigth 2 pintu dalam 2k+. Bila ada wardrobe ni lebih kemas dan tersusun. Semua barang2 tambahan seperti toto, luggage bag, bantal2 boleh simpan dalam wardrobe. Tapi tak apa, ia bukanlah satu keperluan wajib untuk sesuatu dekorasi
*untuk site ni juga tidak mempunyai built in wardrobe. Saya sediakan wardrobe PAX dari IKEA
8. Displin dan Sabar
Kedua2nya inilah amat penting dalam proses reno dan deco. Kena displin dalam pemilihan tema dan color. Jangan kejap nak color pastel, tiba2 dinding lain color purple . Sabar dalam setiap proses yang dilakukan. Kalau tak cukup bajet atau masa lagi buat satu2 ruang. Yang penting masih lagi tema yang sama. Jangan buat sekaligus semua ruang tapi setiap ruang tu siap separuh kerja dan last sekali elemen kekemasan sangatlah penting. Bila kita displin dan sabar, setiap kerja kita akan nampak kemas.
Tahniah kerana memiliki rumah kediaman, enjoy dengan setiap usaha yang dibuat.
Sumber: Nur Nazihah Abd Razak
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
“Tuanku panggil Ji, Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba.” Tiada Panggilan ‘Darling’ Atau ‘Sayang’, Tunku Azizah Akui Baginda Berdua Romantik Dengan Cara Tersendiri
Apabila menyebut tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti ramai yang akan mengaitkan Baginda dengan masakan. Manakan tidaknya, anak raja ini cukup sinonim dengan hobinya yang suka memasak. Bahkan, Baginda tidak kekok berada di dapur.
Sebelum ini media juga sering kali memaparkan kisah Raja Permaisuri Agong yang turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan tersebut.
Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah. Walaupun Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
Namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Bagaimana pun Tunku Azizah mengakui, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.
“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.
“Kemungkinan berlaku selisih faham, itu adalah asam garam hidup berumah tangga. Sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasangan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.
“Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.
Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.
Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.
“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temujanji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.
Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.
“Ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.
Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.
Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.
Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi. Pada hujung Julai ni, kami nak bersanding lagi,” titahnya.
Sumber: Berita Harian Online