Kasihnya pada ibu cukup terserlah baik dari perbuatan mahupun pertuturan. Biar sudah mendirikan rumah tangga, namun Hero Malaya ini tetap anak mak. Sepanjang menjalankan sesi penggambaran untuk penghias muka depan majalah, tampak suami kesayangan Nur Fazura ini sangat lembut dan ikhlas melayan ibunya.
Sesekali wajah disandarkan pada riba ‘syurga’ kecilnya itu buat melepaskan penat sambil mengusik sehingga ketawa sang ibu. Tampak bahagia dan penuh kasih sayang ibu dan anak ini. Sejuk perut ibu mengandungkan lelaki bernama Fattah Amin ini.
Gandingan ibu dan anak ini pertama kali diadakan oleh Majalah Keluarga. Biar sibuk dengan penggambaran Filem Mat Kilau dan terpaksa bergegas pulang dari Perak, namun Fattah memberikan kerjasama yang cukup baik.
Ibu Sumber Inspirasi
Wanita terindah bernama Azizah Binti Abdul Ghani inilah yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat kepada Fattah Amin. Biar dicerca dan dikutuk dengan kata-kata kesat, namun ibu tetap berada teguh di belakangnya dan itulah yang menjadi sumber inspirasi buat Fattah yang memiliki senyuman manis persis ibunya.
“Ibu sangat istimewa di hati saya. Walaupun saban tahun ada sambutan Hari Ibu, namun pada saya segala penghargaan dan hadiah tidak mampu membalas segala pengorbanan seorang ibu. Dia adalah syurga saya, tanpa doa dan kasih sayang ibu, saya takkan sampai ke tahap ini.
“Pengorbanan seorang ibu semua orang akan nampak, melahirkan mengandungkan dan membesarkan dari kecil sampai besar, Ibu seorang wanita yang tak pernah rasa beban terhadap anak, takkan pernah rasa susah dan kami adik- beradik takkan mampu balas.
Ads
“Cuma kami adik-beradik akan tetap meraikan ibu, baik keluar makan atau membeli hadiah setiap kali tibanya Hari Ibu. Walaupun saya sudah berkahwin tapi bakti ibu bapa masih saya mahu balas. Tidak sekadar dengan wang ringgit semata-mata. Tetapi perhatian dan kasih sayang seorang anak itu yang lebih ditagihkan oleh semua ibu bapa.
Penyayang Tapi Tegas
Dari kaca mata seorang ibu, Abdul Fattah Bin Mohd Amin anak sulung dari lima beradik ini sangat penyayang tetapi tegas orangnya.
“Nampak sahaja dia lembut tetapi dengan adik –beradik dia sangat ambil berat dan tegas. Ke mana sahaja adik-adiknya nak pergi atau buat dia akan ambil tahu. Walaupun sekarang sudah berkahwin, namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai abang sulung. Boleh dikatakan tiada perubahan baik sebelum mahupun selepas kahwin.
Ads
“Malah, sehingga kini walaupun dia sudah terkenal dalam bidang seni, namun sikap Fattah tetap sama. Itu yang saya dan suami terapkan kepada anak-anak sejak dahulu lagi. Kena selalu humble dan jangan lupa diri. Jujur saya akui, saya dan suami sejak dahulu lagi sangat menitik beratkan akan soal agama yang lebih. Jaga solat, kelakuan dan sebagainya. Bab agama memang ayah yang akan tekankan manakala sebagai ibu saya lebih kepada bab akademik.
“Sebagai ibu, apabila anak-anak berkongsi impian dan kerjaya yang ingin mereka ceburi, sebagai ibu bapa kita hanya mampu mendoakan dan berharap kejayaan sentiasa mengiringi mereka. Walaupun Fattah memilih bidang seni, tetapi saya dan suami tidak membangkang kerana dari awal lagi kami sudah nampak minatnya ke arah bidang tersebut.
“Sebagai ibu bohonglah andai kata tak terasa dengan apa jua cercaan yang diterima Fattah, lebih-lebih lagi hanya dia seorang yang terjebak dengan bidang ini. Tetapi saya tidak kisah dan faham akan kedudukan kerjayanya.
“Lagipun dari awal saya memang tidak campur tangan dan tidak meletakkan sebarang syarat. Terpulang bagaimana dia membawa diri asalkan bijak menjaga diri,”ujar Azizah lagi yang tidak suka masuk campur akan kehidupan anak-anak sebaliknya sekadar memberi nasihat.
Fazura Menantu ‘humble’
Ads
Diminta pandangan dari mata seorang ibu, akui Azizah sifat humble dan kelembutan yang ada pada diri menantunya sulungnya, Fazura yang cukup memikat hatinya.
“Kalau diikutkan saya tak pernah mengenali Fazura sebelum ini kerana tidak mengikuti perjalanan seninya. Walaupun Fazura datang dari kehidupan yang glamor tetapi itu pada saya kerjaya dia. Di luar dia berbeza namun sifatnya tetap sama. Humble, hormat orang tua dan mudah mesra. Fazura ‘boleh masuk’ dengan keluarga kami, boleh makan sama dan bertepuk tampar. Itu yang membuatkan keluarga mudah serasi dengannya.
“Sebagai ibu, saya merestui apa pilihan anak-anak. Bab cucu pada saya mereka masih baru lagi berkahwin. Terpulang kepada mereka bagaimana untuk mencorakkan rumah tangga sendiri. Cuma sebagai ibu, saya berharap mereka boleh mendidik anak-anak kelak dengan baik. Lebihkan soal agama, mengaji dan belajar apa yang orang biasa lakukan,”ujar Azizah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sawi antara sayuran yang menjadi pilihan ramai, tapi kadang-kadang bila beli ada yang sudah tak segar dan kekuningan kerana sudah lama dipetik.
Nak cuba tanam sendiri sawi tak? Mudah je caranya, belanja pun tak mahal. Malah kita akan dapat sawi yang segar, cantik, dan hijau hasilnya dengan kaedah yang dikongsikan oleh liyana Mohd Poad ini.
Tip daun sawi betul-betul hijau
Bagaimana nak bagi sawi yang kita tanam betul betul hijau dan tidak berwarna kuning atau terbantut pembesarannya?Guna sekam padi dalam media semaian dan ketika pindah untuk ditanam.
Banyak sekam padi lagi bagus.Sawi saya ni berumur lebih kurang 5 minggu. Saya terus petik dan tak akan tunggu sehingga lebih 6 minggu ataupun 2 bulan.Sebab??Sebabnya kalau lebih daripada 2 bulan,batangnya akan keras dan bila kita makan, memang tidak rangup..rasa macam berserat.
Manfaat sebotol cuka kayu
Baik…saya nk tekankan penggunaan cuka kayu… Rata rata masalah pada tanaman adalah daun kuning, layu, lecur, mati, diserang ulat dan serangan bena and so on..Pastikan setiap rumah yang nak brkebun walau sekangkang kera, at least ada sebotol cuka kayu any brand pun boleh jerrr…
Spray pada daun, batang & tanah
Bancuh ikut sukatan… Botol mineral sebelah kanan tu setelah saya bancuh 2ml cuka kayu + 1,5 l air biasa. Lepas tu spray lah ikut keperluan.Spray pada keseluruhan daun, batang dan juga tanah.. Tak ada masalah.Setiap petang pun takpe..
Ianya sangat efektif untuk akar, kemunculan tunas baru, penghijauan daun, masalah bena dan ulat serta meneutralkan ph tanah.. Semoga bermanfaat.
Menginjak umur setahun pada beberapa minggu lepas, pastinya perkembangan bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia ini sentiasa dinantikan.
Terbaru, ibu kepada bayi comel, Ainul Mardhiah dalam perkongsiannya di instagram berkira-kira untuk memberi makanan awal untuk anaknya.
Menerusi Instagram Nurul Erwani tu sempat mencoretkan keletah anaknya itu yang terlalu menggemari permainannya sehingga sewaktu tidur pun masih memegang objek tersebut.
“Ainul setia bersama mainan paling disukainya. Waktu tengah tidur pun gengaman masih kuat pada mainan kesukaannya. Cuba lah sesiapa tarik atau ambil dari tangan Ainul, mesti Ainul akan tarik balik tak bagi ambil.❤️
Dalam masa yang sama, dia turut bertanyakan makanan yang sesuai untuk bayi yang menggunakan tiub perubatan untuk makan.
“Nak tanya pada sesiapa yang berpengalaman atau ada anak yang pakai gastrostomy/button feeding, selalu bagi blended food apa ya? Boleh share pada mama Ainul. 😊
Pertanyaan Erwani mendapat respond dari pengikutnya di laman isntagram. Ada yang memberi nasihat tak kurang yang memuji akan kecomelan Ainul.
nanarahman81 saya cuma blend buah or sayur pastu tapis .. buh air skt. tapi kadang kadang susah gak nak turun laju (x lepas). Banyak saya bagi susu pediasure je skrg tuk baby dapat vitamin yang secukupnya
rabiatul_abdrahman Akak masuk happy baby food malaysia.. bnyak info n jnis soid food berkhasiat untuk baby.. sampai mommy akan rambang mata nk masak nnt haha 😍😂😍😍
Setiap kediaman pasti ada benda ini kan. Terutama sekali untuk menyambung plug dan wire.
Namun, tahukah anda, ada yang tidak sesuai digunakan dan boleh menyumbang kepada berlakunya kebakaran di rumah?
Justeru, saudara James Hukala kongsikan jenis extension wire yang sesuai dan tak sesuai dipasang di rumah bagi mengelakkan electric shock dan kebakaran!
Info penting..Hello selamat sejahtra geng T@hi.. selain drp pos gambar projek2..hari ni sy nak share sedikit tentang keselamatan.
Hari ni sy share tentang peralatan ( wire penyambung atau adaptor.) Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.. share kat kawan kalau boleh.
( Extension wire) wire penyambung.
Benda ni sangat practikal digunakan di rumah..mudah senang dan murah..akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dgn alat elektrik yg anda pakai.. wire penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja2 sementara ..atau kerja berpindah.
Penting:
1,Tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater.
2, pastikan wayar ditarik semua daripada
kotaknya..inilah adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat..tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung..lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)
3 pin soket tambahan ( 3pin Adaptor)
Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja2 sementara..tidak sesuai untuk Tv,radio, computer.peti sejuk dan lebih2 lagi peralatan elektronik digital.. klw boleh beli Adaport ..ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik didalamnya..jika berlaku kilat atau powersurge ( arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik.
wire cord tidak kemas.
Pastikan tidak seperti ini kerana wire anda tidak selamat dan tidak kukuh jika ianya ditarik.. pastikan cuma salutan luar ..
4: terakhir jangan sekaki beli barangan elektik yang murah di kedai discount..ini adalah ianya tidak diuji, tidak diluluskan & tidak mengikut ISO ..
5..oh ya…vacuum klw guna kena tarik habis wirenya..klw tak vacuum mudah panas dan rosak..
Akhir sekali ..UTAMAKAN KESELAMATAN..
lain kali saya share lain plk ciri2 keselamatan..sekian terima kasih.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.