Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya sebagai bunga Siti Zubaidah memang cantik dipandang. Walau tidak berbau harum, namun hydrangea punya kelasnya yang tersendiri.

Umumnya, ramai antara kita suka membeli bunga ini di kedai-kedai bunga walau pun harganya sedikit mahal untuk dijadikan penyeri di ruang kediaman malah sering juga dijadikan sebagai bunga hiasan dulang hantaran. Memang nampak sempurna dan cantik semulajadi!

Dan kita sering beranggapan pokok bunga ini jika ingin ditaman sukar penjagaannya apatah lagi kita membayangkan pokok bunga ini sesuai hidup ditempat sejuk. Namun tahukah anda, Puan Hasifah yang juga merupakan peniaga online walau sibuk, masih ada masa untuk menanam dan menjaga pokok bunga hydrangea di laman kediamannya. Nyata, pokok hydrangea hidup subur dan berbunga lebat, mungkinkah juga mudah dijaga?  Untuk itu, nak tahu lebih lanjut jom baca perkongsiannya itu.


TIPS TANAM BUNGA HYDRANGEA

Ini Hydrangea Macrophylla. Saya suka sgt pokok ni sebab senang tanam, senang jaga. Berbunga dgn berkali-kali. Selain kebun bunga ros, saya buat kebun hydrangea di belakang rumah. Bunga Hydrangea tahan lama dan sangat cantik.-Hasifah

Tips tanam hydrangea:

1)Pertama sekali adalah pemilihan lokasi. Pilih spot yg panas pagi selama 6 jam dan akan teduh pada waktu petang. Bila panas terlampau sangat, bunga hydrangea akan layu. Bila teduh sepanjang hari pulak, hydrangea kita takkan berbunga.

Ibu Anak Dua Ni Walau Sibuk, Suka Tanam Hydrangea Di Laman Rumah. Ni Dikongsikan Tip Untuk Yang Nak Mencuba!

IKLAN

2)Bunga hydrangea ni cepat layu bila kurang air.So siram pagi dan ptg.Sb tu perlu tempat panas 6 jam sahaja.

3)Jangan siram masa tgh panas sebab daun akan melecur. Kalau nak siram juga pastikan tak kena daun sebab akan jadi melecur perang-perang.

Ibu Anak Dua Ni Walau Sibuk, Suka Tanam Hydrangea Di Laman Rumah. Ni Dikongsikan Tip Untuk Yang Nak Mencuba!

4)Jarakkan setiap pokok sebanyak 2 kaki sebab pokok hydrangea sgt cepat membesar dan bercabang. Space yg kecil akan membantut tumbesaran pokok. Pokok hydrangea ni boleh jadi tinggi dan rimbun. Daun cepat membiak dan pucuk bercambah.

5)Masukkan tanah hitam organik kedalam lubang sebelum tanam hydrangea untuk pastikan dpt zat.

IKLAN

6)Baja setiap 2 minggu.Baru pokok selalu berbunga dan berkembang daunnya. Saya guna baja bunga organik. Letakkan sesudu kecil di atas tanah dan jgn tersentuh batang pokok. Tapi letak berdekatan dgn area akar dibawah tanah. Supaya lepas siram, baja akan meresap ke dalam tanah. Akar akan dot zat.

Ibu Anak Dua Ni Walau Sibuk, Suka Tanam Hydrangea Di Laman Rumah. Ni Dikongsikan Tip Untuk Yang Nak Mencuba!

7)Potong bunga hydrangea yg dah makin layu untuk galakkan pucuk baru yang seterusnya akan jadi bunga baru. Bila kita potong, baru pucuk naik di cabang lain. Pokok cepat tinggi.

8)Cabut rumput sekeliling pokok. Sebabnya rumput akan curi zat dan jadi pesaing.

IKLAN

9)Kawal pesticides yg suka makan daun pokok.

10)Give love to your plants. Setiap hari melawat pokok dan perhati dgn kasih-sayang. Perhatian kita sendiri akan buat pokok kita gemuk.

Ibu Anak Dua Ni Walau Sibuk, Suka Tanam Hydrangea Di Laman Rumah. Ni Dikongsikan Tip Untuk Yang Nak Mencuba!

Sekarang musim hujan pun, daun tak jadi kuning atau layu. Ulat bulu juga tak kacau daun hydrangea. Senang betul jaga. Ini gambar pokok saya dah besar dan selepas saya prune bunga lama. Pokok dah start tinggi.

sumber : Hasifah Ryg 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI