Bagi sesetengah orang, mengekalkan berat badan selepas berkahwin ada yang berjaya dan tidak kurang juga ramai yang gagal. Pun begitu, jika berat badan naik sedikit mungkin tidak berapa terkilan, tetapi jika bertambah dua hingga tiga kali saiz dari berat badan asal mesti ada di antara kita akan berasa ingin juga untuk kembali langsing.
Sebenarnya dalam mengawal berat badan ini tiada yang mustahil! Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Sebagai mana ibu anak lima ini yang mampu mengekalkan berat badan ideal seperti anak dara. Apa bila dicungkil rahsianya, siapa sangka dengan mengamalkan minum air herba yang dihasilkan sendiri, wanita ini berjaya kekal langsing dan tampak awet muda.
Untuk itu, dikongsi amalan yang dilakukan oleh wanita ini untuk manfaat bersama.
“Amalan ini saya gunakan untuk mengurangkan berat badan. Boleh juga diamal oleh ibu yang selepas melahirkan untuk membanyakkan pengeluaran susu badan.”
Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak rupanya juga turut terdedah dengan masalah kolesterol. Ini diakui sendiri oleh seorang dietitian, Nur Hafizah M Sobri.
Menurut beliau, kanak-kanak itu mempunyai berat badan berlebihan iaitu 55kg dan bacaan kolesterol adalah 6.2.
Baru umur 5 tahun ada kolesterol tinggi!
Makin muda pesakit zaman kini. Teringat kes ini, sebab anak tersebut akan masuk darjah 1 tahun ini. Dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (55kg) dan bacaan kolesterol (6.2).
Ditanya kepada mak yang datang sekali anak makan apa. Setiap hari ada sahaja makanan fast food.
Kalau bukan buat dekat rumah macam goreng nugget hotdog masa pagi, beli dekat kedai drive through yang berdekatan dengan rumah.
Kedua-dua mak ayah kerja, maka alasan tidak sempat untuk masak sebagai alasan untuk membeli makanan fast food.
Ditanya anak makan apa selain yang mak sebut. Kerap minum air manis macam air teh O dan sirap yang nenek buat. Kerap beli jajan dan gula gula dengan atok.
Anak dijaga oleh atok nenek waktu mak ayah kerja dan jarang main dekat luar. Banyak masa duduk dalam rumah, tengok televisyen dan bermain telefon pintar.
Kadang-kadang dewasa dalam keadaan IN DENIAL
Anak makan banyak tandanya sihat Anak bambam tandanya berselera Anak besar tandanya kuat Tidaaakkk. Itu merosakkan anak namanya.
Tips pada ibu bapa dan anak cegah kolesterol tinggi
Ini antara tips yang saya beri kepada mak dan anak tersebut, buat satu satu:
Untuk ibu bapa: * Buat sekali seminggu homemade nugget/chicken chop/pes mudah untuk masak sepanjang minggu. * Sentiasa standby buah-buahan di rumah. * Jika perlu beli dari luar, beli yang ada nasi dan berlauk dan wajib ada sayur.
Untuk anak: * Jam 5-7 petang keluar rumah. Buat lah apa apa, main bola ke congkak ke baling selipar ke dan tak boleh duduk dalam rumah. * Cari botol cantik 1 liter dan perlu habiskan air kosong dari botol tersebut baru boleh minum air manis. * Duit beli jajan minta masukkan dalam tabung untuk beli bola dan gol. * Perlu berhenti praktis, anak-anak yang bambam adalah anak-anak yang sihat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengapa wanita sering dikatakan superwomen? Mana tidaknya, istilah waktu untuk diri sendiri sememangnya tidak ada bagi insan bergelar wanita.
Seharian melunaskan tanggungjawab di tempat kerja dan malamnya pula menyambung tugasan menguruskan keluarga dan anak-anak yang tidak pernah berhenti.
Namun dalam kesibukan itu, wanita harus bijak mencuri waktu untuk diri sendiri. Soal kesihatan? Itu seharusnya difikirkan oleh semua wanita bagi memastikan diri sentiasa sihat untuk menguruskan anak-anak. Menjaga dalaman wanita adalah satu kepentingan yang mesti di jaga.
Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan.
Mungkin ada kena mengena pada masalah rahim yang tidak sihat. Kenal pasti tujuh petanda ini dan lakukanlah sesuatu. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri wahai wanita.
Sakit Pinggang
Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.
Sakit Tumit
Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda rahim anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.
Kentut Vagina
Kentut vagina atau angin yang keluar melalui ‘pintu depan’ ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.
Sakit Ari-ari
Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.
Kerap Kencing atau Tak Lawas
Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing.
Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.
Sakit Ketika Bersetubuh
Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.
Angin Pada Perut
Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja rumah.
Cara Atasi Masalah Ini Di Rumah
Jangan sesekali memandang mudah masalah ini. Jika dibiarkan ia akan memberikan kesan kepada kehidupan kita sebagai seorang wanita, juga ibu kepada anak-anak. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencegah mahupun berusaha memulihkan masalah ini. Apa yang anda boleh lakukan.
1.Urut Sendiri
Jika tujuh petanda ini dialami anda, ada baiknya anda mencuba sendiri untuk menaikkan semula rahim yang lemah dan jatuh. Caranya adalah berbaring, sapukan minyak di sekitar bawah perut dan tarik atau urut naik ke atas. Mulakan daripada sisi kiri dan kanan dan tolak ia naik ke atas. Lakukan perlahan.
2. Minum Air Rebusan
Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengamalkan jus kunyit atau halia bagi membersihkan rahim, memantapkannya semula disamping membuang masalah angin. Ini yang boleh dilakukan dengan segera di rumah.
3. Bertungku
Panaskan seketika tungku dan bertungkulah jika punya masa. Lakukan tolakan dari kiri ke atas. Lakukan proses ini hingga seluruh kawasan rahim.
4. Berurut
Kemudian barulah anda mencari altenatif untuk melakukan urutan tradisional bagi memulihkan semula rahim dan mengangkatnya pada kedudukan asal.
Carilah mereka yang benar-benar pakar serta mengamalkan urutan tradisional.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati hidangan pengat labu atau masak lemak labu memang enak rasanya. Bahkan kalau dibuat kuih lepat labu umpamanya, pasti tidak kurang ramai menggemarinya.
Pun begitu, tahukah anda tidak semua sesuai untuk makan labu atas masalah kesihatan. Bahkan ada juga yang sering mengaitkan labu sebagai makanan berangin.
Benar atau tidak, jom kita baca perkongsian daripada Dr Zubaidi ini.
LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN
Assalamualaikum doctor. Saya baru melihat post doktor mengenai kebaikan memakan labu. Adakah labu ni berangin? Sebab saya adalah peminat labu. Tetapi saya adalah pesakit anxiety disorder. Ramai yang kata tidak boleh makan sebab berangin. Boleh doctor bagi penjelasan tak? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Makanan berangin lazimnya dikaitkan dengan masalah kembung perut. Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, selalunya akan dikaitkan dengan sifat pemakanan yang tidak betul.
Selain tidak menjaga masa makan dengan betul, masyarakat Melayu akan mengaitkannya dengan makanan berangin. Pengambilan makanan berangin akan memberikan kesan tidak baik terhadap kesihatan pemakannya. Lebih teruk lagi, jika seseorang itu penghidap penyakit ulu hati yang juga dikaitkan dengan kesalahan dalam memilih makanan.
Salah satu makanan yang dikatakan berangin adalah labu. Labu merupakan sejenis sayuran yang tidak asing bagi masyarakat Melayu. Labu memiliki kandungan antioksidan yang tinggi dan vitamin untuk kesihatan.
Labu juga mengandungi kandungan kalori yang rendah serta diperkaya dengan kandungan vitamin A, flavonoid polifonelik antioksidan seperti leutin, xanthin dan karoten.
Bagi sesetengah orang, labu tidak mendatangkan kekembungan, sementara sesetengah orang yang lain pula memberikan rasa ketidakselesaan seperti kekembungan abdomen.
Secara sainsnya, kembung perut terjadi apabila gas berlebihan di dalam perut dan juga usus. Kembung selalunya terjadi apabila penderita menelan banyak angin.
Di samping itu kembung juga boleh terhasil daripada bakteria usus yang menghasilkan gas karbon dioksida, sulfur dan hidrogen akibat daripada pemecahan karbohidrat dan protein.
Selain kembung perut, pengambilan makanan berangin ini juga turut menyebabkan seseorang itu kerap sendawa, pening dan mual, senak perut dan juga cirit birit.
Apabila berlaku kekembungan abdomen, ini menyebabkan pesakit tidak selesa. Bagi pesakit yang mengalami Anxiety Disorder pula, ia akan menambahkan kerisauan terhadap apa yang berlaku pada tubuh, dan merangsangkan masalah GERD.
Oleh itu jika tidak selesa, elakkan pengambilan makanan seperti ini termasuk labu. Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...