Setiap ibu bapa mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka, mempunyai akhlak yang baik, mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama. Cara guru dan ibu bapa mendidik mungkin berbeza.
Ibu bapa mana yang tidak mengidamkan anak-anak yang berilmu dan beradab. Paling penting sudah tentulah kita mahu anak-anak kita menghormati guru-guru mereka. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik supaya murid-murid menggunakan akal dengan bermoral.
Ibu Bapa Kalau Bimbang Anak Tak Hormat Guru
Bagaimanapun pengalaman guru-guru mendidik memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6-7 orang anak kita sendiri. Mereka pula sudah mendidik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri. Justeru, kena terima dengan hati terbuka apabila anak kita dihukum.
Mudah-mudahan kita dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin.
Boleh Cuba Praktikkan Cara Ini
Tanamkan dalam hati kita bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat
Walau di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.
2. Bukan anak kita seorang sahaja dalam kelas itu
Kita di rumah paling banyak anak 6- 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam itulah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tidak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah
Ads
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Karakter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tidak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tidak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tidak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka
Jika tidak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul.
Ads
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya
Kita mungkin kaya. Tapi duit tidak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru lah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.
Ads
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 -7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tidak apa. Asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Justeru itu, berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan “A”. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Sumber: Sekolah Rendah Islam Alor Setar (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meriah Sangat! Bertemakan Safari Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-2, Tak Sangka Fatima Yang Pilih
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura dan suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin telah menyambut ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Nur Fatimah Aisyah Abdul Fattah atau nama manjanya Fatima yang kini berusia 2 tahun.
Muat naik terkini rakaman video sambutan hari jadi Fatima, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin menerusi Instagram miliknya telah meraih perhatian ramai.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
FATIMA PILIH TEMA SAFARI
Lebih manis, anak kesayangan Fazura dan Fattah telah memilih sendiri tema hari jadinya, Menurut Fazura, apabila ditanya, anaknya mengatakannya ‘mahu’ harimau, kuda belang dan ziraffah.
Sehubungan itu, pasangan selebriti ini mengambil keputusan untuk memilih tema safari untuk meraikan hari jadi anaknya.
“Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Fatima
“Apabila ditanya apa yang dia mahu untuk hari lahirnya.. dia secara khusus berkata “Saya mahu zirafah, harimau, kuda belang..” jadi kami tahu ia mesti pesta bertema safari.
“Terima kasih sekali lagi aunty Azzwaa @eventsbyazzwaa kerana memenuhi permintaan kami, Fatima dan anak-anak gembira! (terima kasih dengan gula-gula di di meja dessert. , ok la untuk hari tu sahaja..omg sedapnya..
Peminat Beri Ucapan Ulang Tahun ke 2 Untuk Fatima
Melihat video sambutan hari jadi dan kapsyen, ramai peminatnya menitipkan ucapan bagi meraikan ulang tahun hari jadi anak kesayangan dua pelakon terkenal itu. Antara komen adalah seperti berikut.
“Happy birthday Fatima sayang. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mommy and daddy. Aminn Allahumma Aminn
“So fun! Love the birthday theme, especially since you & Fattah have brought her to see the animals in the zoos/bird parks kan. She looks so happy at her own birthday party
Ibu bapa mana yang tidak bimbang setelah tularnya di facebook dan grup WhatApps bilamana anak-anak kecil berpakaian sekolah sedang menikmati gula-gula yang mengeluarkan asap apabila dimasukkan ke dalam mulut.
Menurut apa yang dilaporkan di Sinar Harian, video yang viral memeperlihatkan lagak kanak-kanak menikmati gula-gula yang dikenali sebagai ‘Smoke Candy’ atau ‘Smoke Ghost’ dipercayai dijual kepada kanak-kanak di luar sekolah dengan harga 50 sen sepaket.
Atas sebab kebimbangan ini, turut mendapat reaksi tegas daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mana mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ dihentikan segera.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular dalam kalangan kanak-kanak dari kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ‘Ghost Smoke’ selepas majlis Siri Wacana Sri Satria di sini hari ini.
Selain itu, Pusat Racun Negara juga memberi reaksi dan turut memberi pesanan buat kita bersama untuk tangani gejala ini dari terus berleluasa.
Ini perkongsiannya:
Baru-baru ini tular tentang satu gula-gula dengan jenama GHOST SMOKE yang boleh mengeluar asap/wap seperti vape. Gula-gula tersebut pula dihisap oleh kanak-kanak sekolah rendah yang menggayakan seperti sedang menghisap vape.
Sememangnya wajar untuk para ibu bapa dan semua ahli masyarakat untuk bimbang dengan kewujudan produk-produk seumpama ini. Walaupun kandungannya belum dapat diketahui sama ada mengandungi bahan yang membahayakan atau tidak. Namun, masalah yang lebih besar lagi disini adalah cara produk ini diambil adalah sama seperti amalan menghisap vape.
Sekiranya dibiarkan, sudah pasti kanak-kanak ini akan terbiasa dengan tingkah laku yang cenderung untuk menghisap vape. Malahan lebih teruk lagi, jika mereka akhirnya terjebak dalam gejala merokok pula.
Sudahlah perokok dewasa telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak di sekeliling mereka dengan merokok di khalayak ramai. Ditambah dengan kemudahan mendapatkan produk-produk seperti ini akan menyebabkan lebih ramai bakal perokok atau penghisap vape yang akan wujud pada masa akan datang.
Produk-produk seumpama ini akan sentiasa muncul dalam pasaran dari semasa ke semasa. Justeru, pesanan kami dari Pusat Racun Negara:
? Kepada para ibubapa, sentiasa pantau tingkah laku dan pembelian anak-anak anda. Beri kesedaran dan pemahaman kepada mereka mengapa produk ini perlu dielakkan.
? Kepada peniaga-peniaga diluar sana, janganlah dikejar keuntungan yang sedikit sehingga sanggup menjual produk yang tidak bermanfaat dan boleh memudaratkan pengguna.
? Kepada pihak sekolah dan PIBG sekolah, mungkin boleh diadakan pemantauan di kedai-kedai berdekatan sekolah.
? Kepada pihak berkuasa yang berkaitan, sudah pasti perlu ambil tindakan susulan untuk aduan dan kewujudan produk seumpama ini.
Sekiranya tiada permintaan sudah pasti tiada pasaran. Kuasa terbesar untuk menghentikan wujudnya produk-produk seumpama ini adalah ditangan pengguna itu sendiri.
Siapa yang mahu anak mereka menjadi perokok atau penagih vape? Hatta perokok sendiri tidak mahu generasi mereka seterusnya menjadi penagih rokok atau vape. Bertindaklah dari sekarang.
sumber : Sinar Harian & Pusat Racun Negara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah kerajaan Malaysia mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan melaksanakan semalam sehingga 31 Mac 2020 ekoran membendung penularan wabak COVID-19, segelintir rakyat Malaysia, mula memenuhi pasar raya untuk membeli barangan keperluan mereka.
Pembelian panik ini mengakibatkan barangan di pasaraya dipenuhi orang ramai membeli keperluan dalam jumlah yang banyak. Walaupun kerajaan Malaysia telah mengumumkan bekalana makanan mengcukupi telah masih ada tetap berbuat demikian sehingga ada yang turut terpengaruh ekoran situasi ini.
Lebih menarik, melakui perkongsian instagram Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton terkenal itu berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika kisah di ada segelintir rakyat Malaysia yang panik yanh membeli banyak barang keperluan melebihi daripada kuantiti yang diperlukan.
Moga perkongsian beliau mengenai sikap segelintir rakyat Malaysia menjadi iktibar buat kita semua.
Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.
Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khalid Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur dekat rumah.
Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah.
Stay home jangan cemas
Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang.
Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME