Apabila bergelar ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya, genius dan soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan? Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
Pilih pasangan yang solehah
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
Jaga makanan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
Ads
Mindset perlu jelas .
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
Jaga adab semasa hamil
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
Ads
Ubah sikap
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
Kawal emosi
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
Amalan membaca Al-Quran
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
Ads
Makanan berkhasiat
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
Pujian buat anak
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
Doa khusus
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumah yang kemas dan bersih pastinya menjadi idaman semua orang. Untuk memiliki rumah yang cantik tidak semestinya perlu sebuah rumah yang besar atau mewah. Jika pandai susun atur dan tata hias rumah pasti, ‘sedap’ mata memandang.
Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul yang tinggal di sebuah kuarters polis. Biarpun memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.
Sebagaimana yang dilakukan kepada ruang membersih atau ruang laundry. Setelah dihias dengan cantik, ruang ini kelihatan kemas dan sedap mata memandang.
Beliau juga berkongsi gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza!
Jom ikuti perkongsian gambar beliau menerusi group Kelab Deko Sebelum & Selepas.
‘Deko mini laundry di yard balkoni rumah kuarters polis’.
SELEPAS
Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.
Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.
Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.
Kita selalu dengar orang kata, anak itu cerminan akhlak bagi kedua orang tuanya. Ini memandangkan anak-anak lebih mudah bertingkah laku sepertimana apa yang dilihat ibu dan ayah mereka lakukan.
Sama halnya bila anak-anak melihat cara bagaimana seorang ayah melayan dan menghargai ibunya. Andai seorang ayah ini jenis orang yang ringan tulang membantu ibu di rumah, maka yakinlah anak itu juga mudah memberi pertolongan kepada ibunya kelak.
Berbanding, andai hari-hari dilihat hanya ibu sahaja perlu buat semua kerja-kerja rumah, maka itulah budaya dan pemahamannya dalam menentukan tanggungjawab isteri kelak bila sudah berumah tangga.
Tentunya, sebagai ibu kita tidak mahu anak-anak lelaki khususnya beranggapan demikian. Sebolehnya biarlah anak lelaki ini memahami dan menghargai wanita yang bergelar ibu dan isteri.
Oleh itu, bagi sesiapa antara kita yang masih ada anak kecil, inilah masa terbaik untuk anda suami isteri sama-sama ‘mengisi’ setiap masa anak dengan menunjukkan tauladan dan tingkahlaku yang terbaik.
Hal ini dikongsikan oleh Mohd Fhais untuk renungan bersama.
Ayah Buat, Anak Ikut, Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil. Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.
Sebelum ini pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril ada memuat naik bahawa dia menerima bungkusan misteri daripada seorang wanita. Pada bungkusan tersebut terdapat satu kad daripada pemberi yang mengatakan merindui dirinya dan mengaku sebagai isteri Dr Say beserta gambar.
Dalam entri terbaharu, Dr Say telah memuat naik satu kad ucapan sama seperti sebelum ini dengan penulisan yang lain telah dihantar oleh individu yang sama tetapi diajukan kepada isterinya, Dr Azura pula. Malah, tertera dalam perkongsiannya itu tangkap layar dari wanita tersebut yang telah meninggalkan komen dalam perkongsian sebelum ini.
Wanita yang mendakwa namanya Ayu itu mengakui bahawa dia sebenarnya salah seorang mangsa penipuan yang terpedaya dengan pujuk rayu individu tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai Dr Say.
Dalam pada itu, Dr Say di ruangan kapsyennya berkata, setelah mengamati semula hantarannya, dia sedar bahawa tindakan Ayu itu sememangnya merbahaya dan bukannya bahan jenaka.
“Maafkan sy on the recent incident peeps. Bila sy baca komen2 kalian & bila sy fikir2 balik ada banyak betulnya apa yg kalian nasihatkan. Yang this is a serious matter. Sy cukup bertuah bini sy dapat bungkusan untuk dirinya juga (cuma tanpa bunga, balloon & gambar Ayu).
“Bayangkan bungkusan tu hanya kepada diri sy seorang, mau naya sy dikerjakan soalan bertubi2 tanpa henti “explain yourself, who is this lady” bini. Dan sy bertuah juga bini sy seorang yg calm & composed yakni dia tak berhasrat ingin menyerang Ayu tersebut.
“Satu lagi yg penting sy rasa is trust in the relationship. Kalau kita sesama pasangan takde apa jua rahsia nak dirahsiakan, cerita semua perkara yg perlu diceritakan then InsyaAllah tiada apa yg dapat mengganggu rumah tangga itu tapi again macam kalian cakap (walaupun Ayu tak buat), orang boleh letak / baca apa jua kepada barang yg dikirim & walaupun sy kurang percaya dengan benda2 sebegini, possibility itu masih ada jadi penting juga tuk kita sentiasa berwaspada.
“Sy buat post ni bukan nak aibkan Ayu, in fact sy dah sorok muka Ayu tapi Ayu sendiri yg berani ke hadapan untuk mengaku dirinya Ayu. Tujuan sy buat post ni adalah ye pada awalnya sebagai fun fun cuma bila sy cuba amati keadaan ni elok2 baru sy tahu betapa bahaya it could have been.
“Admire orang lain is fine tapi to approach them in such manner/ saying such things is a NO NO. Boleh menimbulkan fitnah, boleh merosakkan rumah tangga, boleh menimbulkan syak wasangka jadi kepada Ayu, i forgive you but lepas ni simpan dalam hati ye? Thank u again peeps atas nasihat & concern kalian. Ferero wife sy habiskan dah semua, sy tak makan satu pun, ehhh.” tulis Dr Say.
Meninjau di ruangan komen, ada juga dalam kalangan pengikut Dr Say mengakui sukakan dirinya juga tetapi tidaklah sampai tahap mengaku menjadi isterinya. Malah, ada juga yang menasihati Dr Say untuk buat laporan sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Instagram Say_shazril
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buta sebelah mata dibaling mainan, pemuda 29 tahun kini OKU penglihatan. Harith Luqman Ismail dilahirkan sebagai individu normal, namun satu insiden tragis sembilan tahun lalu mengubah segalanya.