Tidak sempat untuk menonton konsert jelajah penyanyi kesukaannya Jay Chou pada 26 Oktober lalu, seorang ibu hamil tidak menyangka dia melahirkan anak di Stadium National Bukit Jalil.
Difahamkan wanita berkenaan mengalami tanda-tanda untuk bersalin sebelum pasukan medik dikejarkan ke tempat itu bagi memberikan bantuan awal.
Tak lama kemudian bersaksikan ribuan penonton lain yang sedang beratur bagi memasuki stadium berkenaan, wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup sihat.
Ads
Kelahiran bayi perempuan comel yang berlaku di luar Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut membuat yang lain sama-sama bersorak kegembiraan.
Menurut perkongsian suaminya, isteri merupakan peminat Jay Chou dan dia sedia tahu isterinya tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri konsert itu memandangkan tiket sudah lama dibeli.
Ads
Bahkan katanya dia, dia dan isteri yang langsung tidak menyangka kelahiran cahaya matanya itu merancang untuk menonton konsert artis pujaan isterinya itu tahun depan.
Seorang remaja perempuan menarik perhatian netizen apabila dikatakan memiliki rupa paras sama seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Fiffy itu dilihat sempat bergambar bersama Dato’ Siti Nurhaliza dalam sebuah majlis berbuka puasa.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya rupa paras remaja berkenaan yang dikatakan seperti wajah Siti. Manis dan cukup mempersona seperti Dato’ Siti.
“Alhamdulillah rezeki dapat berbuka puasa bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza,” tulis pemilik akaun di kapsyennya.
Perkongsian itu meraih lebih 300 ribu tontonan di TikTok malah rata-rata wargamaya memuji kecantikannya sama seperti Dato’ Siti terutama pada bahagian mata dan kening.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rita Rudaini dakwa sekolah sorok kes buli ‘bawah karpet’-“Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok..” Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.
Menurut Rita, insiden itu berlaku ketika anak sulungnya berada di Tingkatan Satu. Pada waktu itu, seorang pelajar junior dipanggil oleh pelajar senior dalam sesi ‘roll call’ sebelum dipukul dan diikat pada sebatang pokok sehingga tidak mampu berjalan.
“Bukan di tempat tertutup tetapi di kawasan terbuka.
“Bila ibu pelajar itu buat laporan polis, sekolah memujuk supaya menarik balik laporan dan akhirnya kes disimpan bawah karpet,” katanya dalam ruangan komen di hantaran Instagram Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Terdahulu, Asyraf Wajdi berkongsi bahawa sejak awal beliau diberi amanah sebagai Pengerusi MARA, banyak maklum balas diterima daripada ibu bapa serta pelajar institusi pendidikan Mara (IPMA).
Ada pihak yang enggan mendedahkan kes buli kerana bimbang merosakkan imej sekolah dan menjejaskan peluang meraih pengiktirafan. Namun, beliau menegaskan sebarang maklumat yang sampai kepadanya pasti akan diambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan, termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Rita turut menambah, pelajar yang berani mengadu kepada ibu bapa apabila menjadi mangsa buli berisiko menerima layanan lebih buruk.
“Siapa mengadu pada ibu bapa kena lagi teruk, kena palau (dipulaukan) dan menjadi sasaran dengan pelajar lain, warden dan cikgu-cikgu.
“Anak saya mereka tak berani sentuh kerana mereka tahu akan masuk surat khabar,” katanya lagi.
Beliau berkata kejadian itu telah meninggalkan kesan trauma pada anaknya, sehingga menyamakan suasana di sekolah berasrama tersebut seperti penjara, walaupun ia berstatus sekolah agama. Lebih mengejutkan, Rita turut mendakwa ada guru yang bertindak kasar dengan menghantukkan kepala seorang pelajar ke papan tanda di depan mata anaknya.
Sehubungan itu, Rita menyeru ibu bapa supaya tidak takut untuk membuat laporan sekiranya anak terlibat dalam kes buli.
“Sekarang saya dedahkan, saya tahu bila saya buka mulut, pasti ada yang mengecam. Tetapi ada saya peduli? Kalau ada cerita, tolong laporkan sebelum benda jadi lagi teruk,” tegasnya.
Hati mana yang tidak pilu apabila hilang tempat bergantung dalam sekelip mata. Kejadian seorang lelaki dibaham harimau semalam memberi impak kepada sebuah keluarga ini.
Semalam, Harian Metro melaporkan Adnan Ismail 54 tahun menjadi mangsa kepada serangan harimau di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat Bersia.
Begitulah luahan hati seorang anak apabila ayah telah pergi selamanya ke dunia abadi. Menurut anak kepada mangsa, Nur Nazirah, ayahnya memaklumkan kepadanya kan pulang pada hari ini untuk menghantar wang persekolahan adik-adik tayar keretanya.
Namun semalam dia mendapat berita mengejutkan bahawa ayahnya telah tiada akibat serangan bintang itu.
“Pada jam 6 pagi semalam, saya menerima panggilan daripada sepupu yang memaklumkan ayah dibaham harimau. Bahagian dada dan muka ayah cedera parah. Kaki kirinya juga putus. “
Menceritakan detik tragis itu, dia memberitahu ketika kejadian ibu tirinya yang dipanggil Mok Su merupakan tukang masak di rumah kongsi Kawasan hutan berkenaan keluar untuk mengambil wuduk di luar tidak jauh dari situ.
Katanya lagi, selepas itu disusuli oleh ayahnya namun hanya beberapa saat sahaja kelibat ayahnya terus hilang.
“Kami sekeluarga tidak menyangka ayah diseranag harimau di tempat kerja sehingga meragut nyawa,” luahnya
Difahamkan, bapanya itu sudah lama bekerja sebagai pemandu jentera berat di kawasan pembalakan dan sebelum ini pernah memberitahu beberapa kali terserempak dengan gajah dan pada masa sama turut menghantar gambar haiwan itu.
Jenazah Adnan kini masih berada di Hospital Taiping, Perak untuk dibedah siasat dan jangka tiba pada jam 10 malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.