Banyak kempen keselamatan tentang kegunaan tali pinggang keselamatan dan car seat untuk menyelamatkan nyawa di dada akhbar dan juga sosial media. Namun, ramai yang memandang remeh tentang perkara ini dan dek kerana sikap cuai, mungkin ada nyawa yang bakal diragut.
Baru-baru ini tular insiden yang mengejutkan membabitkan seorang bayi. Menerusi video berurasi 2 minit yang dirakam daripada ‘dashcam’ sebuah kereta, terdahulu sebuah kereta Myvi hitam dilihat sedang membuat u-turn dipercayai di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang. Namun tak semena-mena seorang bayi tercicir pula di tengah jalan raya.
Ads
Mujurlah tidak terkena musibah lain, kanak-kanak malang itu terus diselamatkan oleh pemilik dashcam berkenaan. Tidak lama kemudian, ibunya bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil semula anaknya selain mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang sudi membantu.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cemas dan sangat bersyukur tiada sebarang perkara buruk menimpa bayi tersebut. Walau bagaimanapun, mereka turut menekankan tentang aspek keselamatan seperti tali pinggang car seat dan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan insiden sama berlaku.
Anak-anak adalah anugerah terindah bagi ibu bapa. Untung ada cahaya mata yang ramai ni sebenarnya, bila semua orang berkumpul memang gamatlah suasana teratak ibunda dan ayahnya!
Itu baru anak-anak, belum lagi dengan kemunculan cucu cicit yang pastinya akan memeriahkan lagi keadaan dengan pelbagai jenis perangai dan ragam! Misalnya bagi keluarga ini yang secara keseluruhannya mempunyai 16 orang adik beradik. Wow, hebatnya!
Kemeriahan sama dapat dirasai dalam sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Cik Syahrul di TikTok. Kesemua saudara dan ibu bapa dilihat berkumpul bersama sambil memperkenalkan nama dan usia masing-masing.
Walaupun bagaimanapun, perhatian orang ramai tertumpu pada gelagat setiap ahli keluarga yang dikatakan ‘masuk air’ dan penuh dengan gelak ketawa. Awalnya, si bapa sempat berseloroh tentang nama dan usia manakala seorang kakak pula dilihat sengaja mengira dengan jari sebagai simbol anak ke sepuluh.
Secara keseluruhannya, keluarga Syahrul terdiri daripada 16 orang adaik beradik dari orang tua yang sama. Namun, lelaki berkenaan berkata kakak sulungnya telah pun ‘pergi’ pada tahun 2001.
Meninjau ke ruangan komen, para netizen berasa terhibur dengan keluarga lelaki berkenaan kerana disifatkan sangat sporting dan kelakar. Selain itu, warganet juga kagum akan semangat ibu bapa berkenaan dalam membesarkan 16 orang anak di samping berseloroh tentang kemeriahan dengan anak cucu semasa raya.
Kalau nak didik anak- biarlah dari awal. Sejak mereka masih kecil, ajarkan benda-benda yang baik supaya dapat membentuk peribadi dan akhlak mereka. Peranan ibu ayah juga sangat penting untuk terapkan rasa kasih dan sayang antara adik beradik.
Antara anak selebriti yang sering mendapat perhatian adalah Isaac Raees yang dilihat sangat baik serta cerdik. Walaupun anak sulungnya lelaki namun Zahirah MacWilson banyak mengajar tentang ‘survival skill’ pada Isaac.
Sejak kecil, Isaac telah dilatih untuk membantunya di dapur dan sebagainya. Jika dilihat, Isaac tidak kekok dan sangat seronok dapat membantu mommynya.
Terbaharu, Zahirah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Isaac sedang menjemur pakaian adiknya. Pada usianya 3 tahun, Isaac sangat teruja dan kelihatan seperti sudah biasa melakukan kerja rumah itu.
Bukan itu saja bahkan Isaac juga membantu bersihkan tab mandi Inara serta membasuh pakaian. Selain itu juga, ada momen-momen Isaac memasang katil adiknya.
“Isaac’s always got your back Inara ❤️..”
Melihatkan sikapnya yang baik dan sangat ringan tulang, kita percaya didikan Zahirah dan Aiman telah membentuk peribadi anak mereka. Selain kecerdikannya itu, ramai yang turut memuji Isaac yang mempunyai tutur bicara yang sangat lembut serta petah berkata-kata.
Mungkin juga itulah yang ditunjukkan oleh Aiman Hakim, jadi Isaac banyak belajar dari daddynya. Sama-sama kita doakan semoga Isaac terus membesar dengan sihat serta menjadi anak dan abang yang boleh baik buat keluarganya!
Keseronokan mendapat cucu sulung sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maklumlah sudah sekian lama tidak mempunyai orang baru dalam keluarga, malah dengan kelahiran cucu tersebut turut mengubah status diri menjadi seorang datuk dan nenek.
Begitulah yang juga dirasai saat ini dan dapat dilihat jelas kegembiraan tersebut apabila meninjau di instagram Jinggo. Di dalam video tersebut Jinggo asyik melayan dan bersembang dengan cucunya Bunga Elhaq meskipun masih bayi lagi.
Apa yang menariknya lagi dan kelihatan lucu di mata wargamaya, bilamana Jinggo mengajar cucunya itu bercakap loghat Perak dan melihat respon Bunga Elhaq yang berkerut dahi seakan cuba memahami membuatkan Jinggo turut tertawa melihat reaksi cucunya itu.
Jelas terlihat betapa bahagianya atok dan cucunya, apatah lagi melihat Bunga yang comel dan montel membuatkan Jinggo berasa geram dengan cucu sulungnya itu.
Tidak dengan satu video ini sahaja malah ada lagi video lain turut dikongsikan Dadda Jinggo bersama cucu kesayangannya itu bagi mengajar tentang loghat Perak yang mencuri tumpuan wargamaya.
Meninjau di ruangan komen tidak dinafikan ramai yang turut geram dengan Bunga Elhaq. Malah membaca apa yang ditulis oleh wargamaya juga mencuri tumpuan bila mana ada antaranya menulis dalam loghat Perak. Tidak kurang juga kerana asyik menonton keletah atok melayan cucu, netizen juga baru perasan bahawa kaca mata yang dipakai Jinggo sebelah bentuk empat segi dan sebelah lagi bulat.
“Alaaaaaa gerammm….knp comel sgt nii bungaaaa❤️❤️❤️❤️sy doakan bunga menjadi anak yg bijak & bertuah..aminn”
Pe ke heinye dadda menyerongin ler Kite yek hehehe😄😄😄😄
Aje yg harhu dadda nye pon… 😂. Bunga munkalo x nyerongen pon udah comey beno.. Tenang rhase jiwa acik nengoknya… Very so sweet la u Bunga .. 🥰🥳
MasyAllah auntie Dr sarawak pun turut belajo sekaki ❤️❤️❤️😂😂😂
Ya Allah baghu peghasan spek nyer sebelah 4 segi sebelah bulat😂😂😂😂
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.