Memiliki peha yang besar merupakan antara ‘masalah’ utama bagi kebanyakan wanita. Mungkin atas faktor pemakanan yang tidak seimbang, rutin bekerja yang lebih banyak duduk, pengaruh hormon dan sebagainya.
Menerusi perkongsian oleh Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu, beliau berkongsi petua tradisional yang boleh diamalkan bagi menangani masalah peha besar ini hanya dengan jintan manis.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter Air
Cara membuat:
Rebus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
Info Ekstra!
Ads
1.Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan setiap hari, selama sebulan.
2.Ulang langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
3.Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.
4.Jangan lupa catat ukuran peha anda tu sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bukan itu sahaja, air rebusan jintan manis juga boleh membantu:
Ads
Buang angin dalam badan
Masalah mulut berbau
Kurangkan selera makan
Tingkatkan metobolisma badan
Ads
Cuci usus
Sakit-sakit sendi
Kurangkan Kolestrol
Tambah darah
Masalah Gemuk air
Banyakkan susu badan
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehadiran zuriat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri, namun bukan semua orang diberikan rezeki awal untuk menimang cahaya mata. Ada yang lepas kahwin terus lekat, ada pula yang terpaksa menanti lama sehinggakan melalui pelbagai rawatan dan ujian demi untuk mendapat anak.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia ini cukup menyentuh hati.
Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedih😥syukur dalam gembira pon ade tadi🤲🏻🤲🏻🤲🏻..sbb x jangka nilai yg diberi sebanyak itu..sbb selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu..🤲🏻🤲🏻🤲🏻..mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah..
Selepas menghantar makanan kepada pelanggannya, dia terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000.
Menerusi screenshot yang dikongsikan, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.
Dia yang tidak menjangkakan nilai tersebut, terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.
Menurut Faris, wanita itu yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Tak puas hati rasanya kalau menggayakan barang kemas yang setiap hari terlihat semakin pudar dan kusam. Kalau boleh biarlah warna kuning emas tersebut sama bersinarnya seperti ketika baharu dibeli.
Jika sebelum ini untuk mendapatkan kembali emas yang berkilau, pasti kita akan hantar ke kedai emas untuk dicuci. Pun begitu tahukah anda ada cara lebih mudah dengan lakukannya sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas dan tidak memerlukan kemahiran khusus. Ini sebagaimana perkongsian yang diberikan oleh Bunga Yanie diakaun fbnya.
Orang pompuan selain tudung, barang kemas lagi keutamaan…
Jom Sis share lagi sekali cara-cara nak cuci barang kemas 750 – 916 -999 .. Sis share berdasarkan pengalaman kerja ya.. Dun worry Emas uolsss tak akan lebur.Emas Korea jangan sesekali tiru ya
Saat bergelar ibu adalah momen yang cukup indah dalam diri seorang wanita. Menatap lenanya si kecil terbang segala kesakitan yang ditanggung.
Kehadiran sang suami menjadi penguat semangat dan kekuatan untuk ibu. Namun ada yang terpaksa menanggung sendirian. Demikian yang didedahkan oleh pelakon Nora Danish.
Perkongsian dibuat pelakon ini sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya Putra Rayqal Ramli hari ini.
7th January 2009 at 11.40pm he was born. Putra Rayqal Ramli , the name Rayqal was given by his daddy. Yusuff was the actual plan but somehow saya akur dengan nama itu. ?
When he was born , i was 26 years old. Membesarkan Rayqal dengan sendiri bersama bantuan my mother’s , Mama & Mummy @rajanoora ? merekalah suami saya ketika itu. From day one I did my check up mummy teman, sampailah masuk labour room nak melahirkan.
“I remembered my first argument that I had with mummy when Rayqal was still dalam pantang, mummy insisted untuk Rayqal tido Di rumah mummy & I was so upset. Hahah. Those days. Kalau semua nak tawu, Rayqal loves his Tah & Atok first , baru mommy dia n the rest. Heheh. That shows how much love Tah & atok curahkan. & I am so blessed. Syukur sangat. Sebab tu pertalian antara kami tidak pernah putus walau macam mana pun. Cuz we are more like a family then ex in laws.
“To tell u the truth, i was not strong at all when I was pregnant Rayqal. I cried everyday but at the same time I need to be strong for my baby , my fans , my family who always there to support me day & night. I was lost. I had nightmares, i cudnt sleep well. I prayed everyday , baca yasin everyday , & mama had to give me air yasin to drink from Ustaz Harun Din just to make sure that I’m ok n will be ok. Something that I don’t want anyone in this world to experience.
“And Alhamdullilah , all that disappeared when I saw him ?, my putra for the first time , I held him tight, n he opened his little sepet eyes n looked at me while I fed him. Then I realised , He is the reason. He is why! He is my kekuatan! He is my Anugerah! He is the love of my life. & I know straight away that I will be OK! ?? Rayqal’s father & me (Jejai) , will always be a good friend, cuz we both know what is the best for the both of us.
“Semasa mahkamah nak bercerai pun kita boleh gelak gelak cuz ketawa kan orang lain dalam kandang mahkamah. Our relationship is one in a mil. Hahahha. Bro fer life !
“I sedar & belajar banyak dalam Hal ini, Allah akan duga kita , mungkin sampai tidak tertanggung , tetapi ujian itulah yang akan buat kita jadi lebih baik di masa akan datang.
Perkongsian tersebut nyata cukup menyentuh hati pengikutnya. Ada yang memberikan kata-kata semangat, tak kurang yang mengagumi semangat dan ketabahan pelakon ini.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.