Kalau sebut nama menu ini, mesti semua teringat dengan orang Pantai Timur kan. Apa tidaknya, makanan yang satu ini sememangnya terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang. Setiap kali menjelang ramadan, kuih ini antara yang menjadi kegemaran dan pilihan ketika berbuka puasa.
Untuk anda yang gemarkan kuih Akok ni, apa kata cuba buat sendiri. Cukup mudah, hanya guna pembakar roti sahaja. Ynag penting sedap dan tidak berbau hanyir telur walaupun dimakan ketika sejuk. Nak tahu caranya jom lihat perkongsian dari puan Halimatun AsSaadiah Ismail .
Akok kedut guna pembakar roti.. resepi dr grup ni jugak… Alhamdulillah… suami suka 😊 Sedap di makan panas2 dan tak bau hanyir telor walaupun dah sejuk..
Resepi sy dah adjust cket
Masak air gula & sejukkan
(1 cwn air + Gula pasir + gula merah + daun pandan)
Sukatan ikut kemanisan masing2
1) 5 biji telor
2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gmbr (option)
3) Secubit garam
4) Santan 1/2 kotak (size kecil)
5) Tepung gandum 3 sudu makan
( blend semua skli dalam 2 minit)
6) Masukkan 2 sudu minyak masak utk effect golden brown
7) Masukkan air gula yg dah sejuk td, blend sekejap
Bakar smpai golden brown… 😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membayangkan bila semua adik beradik dapat berkumpul meraikan Hari Raya di rumah mak di kampung, memang cukup meriah. Seronok memang seronok, tapi jangan sampai seminggu kita anak beranak berkampung di rumah mak tidak pula kita hulur wang belanja dapur.
Memanglah ibu ayah biasanya tidak berkira atau mengharapkan pun, namun apa salahnya kita sebagai anak meringankan kos perbelanjaan orang tua kita. Malah jika dapat adik beradik sepakat mengadakan tabung raya untuk belanja dapur umpamanya, itu satu idea yang cukup menarik.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh adik beradik Puan Musleha Mohd Tahrir. Menurutnya, mereka 7 beradik sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan..
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Kenangan Raya2017kgsaribarupagoh
Wang ringgit, kedudukan, pangkat, harta, zuriat, rumah dan sebagainya bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan.
Bahagia itu tidak dilihat pada kebendaan semata-mata, bahkan tiada gunanya harta menggunung sekiranya hati tidak tenang dan bahagia.
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Berkongsi tentang bahagia orang yang berbeza-beza, Ustaza Noor Laila Aniza berkongsi penulisannya di media sosial untuk kita renung-renungkan bersama.
Bahagia Orang Berbeza-beza
Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing-kucing tepi jalan. Tak cukup dengan tu, kucing-kucing yang sakit dirawatnya dan dijaga penuh kasih sayang.
Ada orang bahagia bila siap masak pada suami atau anak-anak je hidang cantik pastu tangkap gambar untuk kenangan. Satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak-anak yatim, rasa puas boleh lihat anak-anak syurga gembira. Kasih dan sayang tu tak semua orang boleh merasa.
Ada orang bahagia dapat belikan anak-anak pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yg lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yang susah dapat merasa dan memiliki. Tanda syukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Ada orang bahagia dapat solat berjemaah dan mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia atau waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa dan zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda-benda tak baik, bercakap keburukan orang atau pun nak mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dengan zikir.
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa dan sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dengan ujian kecil dan berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yang baik-baik tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri dan orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dengan semua orang dan sayangi semua orang.
Moga Allah sayang dan kebaikan yang bahagiakan kita tu asbab untuk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.