Semut merayap dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka makanan-makanan manis terutama gula.
Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.
Ada banyak petua halau semua yang boleh dicuba
Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
Ads
Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Ads
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan
Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
Ads
Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan ‘saman’ juga, cubalah bercakap dengan semut supaya tinggalkan rumah kita.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Sebaiknya praktikkan petua ini ketika sendirian ya bimbang nanti orang menyangka anda berhalusinasi atau pun kurang waras.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah lama kita tidak melihat kelibat pelakon putih gebu ini muncul di kaca televisyen. Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini mengakui memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.
Mahu cipta memori dengan anak
Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.
“Kalau ikutkan minat dan keterujaan di pentas seni itu takkan berakhir. Perasaan rindu itu pasti akan bertandang. Cuma demi anak yang masih perlu perhatian sepenuhnya daripada diri ini, saya memilih untuk memperlahankan rentak lakonan. Nak cakap berhenti terus itu takut juga kalau tiba-tiba gian nak berlakon balik.
“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.
Persahabatan antara dua selebriti terkenal, Datin Rabecca Nur Al Islam dan Datin Sri Zizie Ezette terjalin sejak lebih sedekad lalu. Kedua-duanya juga dilihat berkongsi minat dan tanggungjawab sama iaitu bergelar isteri dan ibu. Mereka juga saling menyokong dalam banyak aspek. Bahkan kedua mereka jika dilihat sanggup memperlahankan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumah tangga yang dibina.
Lalu tidak hairan keputusan Rabecca melamar Zizie sendiri demi menyunting lima cahaya matanya untuk menjadi duta produk IQ Super keluaran syarikatnya, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd melalui proses yang mudah apabila masing -masing sudah memahami dan kenal hati budi.
“Banyak sebab saya mempertimbangkan tawaran daripada teman baik sendiri (Rabecca) ini. Ini memang produk pertama yang lima anak saya ( Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn Izette, 3, Aadam Zac Izette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1) menjadi duta produk. Ini juga jadi ruang untuk anak saya sendiri membuat simpanan dari usia muda kerana sudah pandai cari duit.
“Sebab yang paling nyata saya menerima tawaran ini untuk anak-anak kerana menyenangi Rabecca. Sejak awal lagi produk ini diberinya untuk dicuba anak saya. Anak saya sendiri menyukai produk ini. Saya nampak keberkesanan produk ini sekali gus terus jatuh hati menerima ‘pinangan’ Rabecca untuk melantik anak saya sebagai duta.
“Malah sebelum itu, ketika Rabecca mengadakan peraduan mencari duta produk IQ Super, peminat dan pengikut di Instagram selalu tag nama saya serta anak. Lalu semua sebab itu buat saya berbesar hati untuk menerima tawarannya,” kata kakak kepada Shaheizy Sam itu pada majlis menandatangani produk IQ Super bersama anaknya.
Mulut lantang tapi hati baik
Tegas Zizie lagi, dia jenis yang tak sewenang-wenangnya membiarkan orang’ masuk’ dalam hidupnya. Jujur mengakui, dirinya sangat memilih kawan.
“Cuma kalau cakap bab Rabecca ini, dia punya usaha nak berkawan itu cukup luar biasa. Tak silap saya sejak tahun 2008 lagi. Saya selesa dengannya. Bagi yang kenal saya bagaimana tahu yang diri ini jenis susah nak rapat dengan orang walaupun mudah mesra.
“Dia selalu meluangkan waktu untuk saya. Kalau saya sakit, dia bawakan makanan. Pendek kata, dia sangat mengambil berat dan penyayang. Saya nampak ketulusan hatinya nak berkawan.
“Dia di mata saya sebenarnya seorang yang mulut lantang tapi berhati baik. Selain itu dia juga sangat tegas orangnya. Dia suka berkawan dan mudah mesra. Dia juga sangat rajin bekerja dan tak pernah berputus asa. Dia pun sukakan kanak kanak dan haiwan,” kata Datin Zizie lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Allahuakbar….membaca perkongsian daripada Doktor Ahmad Samhan ini pasti buat kita bimbang dengan kesihatannya kini.
Jika sebelum ini, beliau banyak berkongsi info sebagai salah seorang frontliner wira negara dalam menentang virus covid-19.
Namun hari ini, dirinya pula terpaksa dikuarantin. Bersamalah kita doakan agar keputusan saringan yang dilakukan adalah negatif.
Bila dapat mesej ini, aku terus terduduk. Darah terasa berhenti mengalir.
Terus terbayang dengan jelas muka makcik chinese itu beberapa hari lepas. Dia datang kerana gula tinggi dan jatuh ditandas. Antara tanggungjawab sebagai doktor dan bagai belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan.
Tiada batuk.
Tiada demam.
Tiada sakit tekak.
Tiada kontak rapat.
Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad.
Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati. Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif covid-19.
Rupanya hari ini giliran aku yang jadi mangsa.
Hakikatnya sudah ramai sahabat frontliner mengalami nasib yang sama. Aku dongak ke siling. Bukan sedih dan menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma berfikir apa yang patut aku buat dulu.
Fikirkan aku ada anak kecil baru berumur setahun. Fikirkan bagaimana aku patut kuarantinkan diriku dari keluarga. Fikirkan bagaimana aku mahu beritahu abah dan ma. Semua berputar-putar dibenak fikiran ku. Buntu.
Perkara pertama yang aku buat ialah telefon isteri.
“Abang exposed dengan patient covid dan kena kuarantin. Nanti tolong sediakan bilik depan. Lepas ambil swab abang balik. Beritahuku ringkas.
“Baik,bang.” Jawab isteriku dengan ringkas tanpa bertanya lebih lanjut.
Sebelum ini aku dah terangkan pada dia andaikata aku kena kuarantin apa perkara yang kami patut buat. Sebab aku boleh agak lambat laun pasti aku pun tak terlepas. Pekerjaan dan perjuangan ini memang tanggungjawab aku pada masyarakat.
Bismillahirahmanirrahim.
Aku gagahkan langkah menuju ke tempat untuk ambil ujian covid. Tempat ini memang dikhaskan pada staff kesihatan yang dijangkiti. Kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran. Setakat ini sudah lebih 150 orang staff kesihatan alami nasib yang sama.
Sementara menunggu giliran, aku dail nombor telefon insan keramat.
“Assalamualaikum ma, ma apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Abe (panggilan di rumah) sihat?”
“Sihat. Boleh cakap dengan abah?”, aku sengaja sembunyikan. Aku belum ada kekuatan untuk beritahu ma. Bimbang dia sedih. Aku rela beritahu abah dulu dan nanti biar dia yang sampai kan pada ma.
“Haa, abe nak bagitau apa-apa ke? Ma tu seharian duk gelisah. Dia kata tak sedap hati. Macam ada sesuatu buruk yang jadi.” Abah memangnya cukup faham kalau aku minta bercakap dengan dia. Mesti ada sesuatu.
Ma pula memang dengan naluri seorang ibu yang memang sudah Allah hadiahkan. Gerak hatinya sangat kuat. Tak sempat aku beritahu dia seolah-olah dah tahu segalanya.
“Dr Samhan”
Nama aku dipanggil oleh petugas.
Selepas beri semua butir peribadi,aku melangkah ke tempat ambil ujian. Aku lihat batang lidi yang panjang dan dihujung ada kapas (cotton bud).
Batang lidi dimasukkan dalam hidung, lama kelamaan makin dalam. Di jolok sampai sentuh dinding belakang. Tanpa sedar aku tolak tangan petugas itu. Tak tahan!
Berair mata aku dan terus berdenyut kepala. Kelihatan ada darah dihujung kapas. Aku tak salahkan petugas. Itu memang tekniknya untuk pastikan ketepatan keputusan. Selama ini aku yang buat pada pesakit sekarang giliran aku pulak. Baru kau rasa Samhan!
Hari ini adalah hari kedua aku dah dikuarantin. Kedengaran suara anak-anak bermain dari luar bilik. Rindu pula lihat gelagat mereka. Rindu nak peluk cium mereka. Rindu bau mereka. Dapat cuti dan rehat tapi tak dapat bersama mereka adalah satu penyiksaan berat.
Kedengaran suara anak sulung yang berumur 7 tahun bertanya ibunya,
“Kenapa baba tak keluar bilik? Baba taknak main dengan Umar ke?”
“Baba kena duduk dalam bilik. Mungkin virus ada dalam badan baba. Nanti kita semua kena”, ibunya cuba jelaskan.
Terus mengalir air mata aku ni.
Sesekali isteri mengetuk pintu dan letak makanan didepan pintu. Baru aku faham letihnya bila kena kuarantin. Lebih letih dari letihnya bekerja. Letih fizikal dan mental. Macam duduk dalam kubur tapi hidup. Rasa sihat tapi tak yakin. Dipaksa berehat tapi sebenarnya perasaan seperti sedang berjuang dimedan perang.
Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Mungkin ini tuhan beri aku waktu untuk aku berehat sementara dari kerja dan dekatkan diri kepada Dia. Sebelum ini, solat pun terkejar-kejar kerana kesibukkan kerja apatah lagi mahu berzikir. Kini Allah beri masa selapang-lapangnya untuk buat apa yang selama ni tak sempat. Untuk DIA.
Aku redha dengan setiap ujian yang Allah berikan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Keputusan ujian pertama sudah keluar. Alhamdulillah negatif dan hari ini aku perlu ambil ujian kali kedua. Ia diwajibkan merana ketepatan ujian ini hanya 80 peratus. Kemungkinan kemungkinan untuk positif masih ada.
Perlu bersedia. Perlu berwaspada. Bersyukur tapi jangan terlalu gembira.
Jauh disudut hati aku berdoa agar keputusan ujian kali kedua ini juga negatif. Ya Allah Asy Syafii Yang Maha Menyembuhkan, Ya Qabiidu Yang Maha Menyempitkan dan Maha Menyekat,
Kau bantulah kami semua dengan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kami perlu berjuang membantu masyarakat Ya Allah.
Ini kisahku,tapi aku yakin ramai sahabat frontliner juga sedang hadapi situasi ini.
Bukan harapkan belas kasihan, tapi cuma ingin ceritakan realiti sebenar apa yang kami hadapi sebagai frontliner.
Virus ini semakin sukar dijejak. Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala. Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada covid-19.
Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan.
Kes Doula yang hangat diperkata sejak akahir-akhir ini turut mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Tak kurang yang berkongsi pengalaman sendiri dalam situasi tersebut.
Tidak ketinggalan seorang ibu yang melahirkan bayi kembar yang mencuba untuk menggunakan khidmat Doula. Namun pada akhirnya membatalkan niat tersebut akibat kondisi bayinya mengundang implikasi membuatkan ibu ini menukar fikiran.
Jom bacca perkongsian dari ibu bernama Nadia Fuzi pengalaman melahirkan bayi kembarnya yang terpaksa melalui proses bersalin normal dan pembedahan serentak.
BERSALIN NORMAL VS CEASER? BAGAIMANA AKU LALUINYA SERENTAK. DOCTOR GOOGLE vs DOCTOR HOSPITAL? . Sampaikanlah walau sepotong ilmu dan ayat. . Dah havoc issue Doula lah, gentle birth semua ni, Nad rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu dan rasa tentang pengalaman kelahiran Yang Nad lalui yg doctor katakan ia sangat rare dan jarang berlaku. Dan asbab dari kepakaran doctor juga Nad dan both baby selamat. Doctor takkan akan bukak cerita tentang patient mereka sebab sulit tapi meh patient sendiri open story supaya terbukak kepala otak korang yg nak Mencuba-cuba bersalin suruh Doula sambut kelahiran tu. . Mungkin ada dr kawan-kawan yang dah pernah dengar cerita aku ni tapi percayalah masih Ramai Ibu-Ibu di luar masih tak sedar tentang pentingnya ilmu tentang kelahiran semua ada percentage risiko tersendiri samada kecil atau besar dan juga penting nya orang yang bertauliah ada ketika waktu kita melahirkan anak. . 2013 Nad di sahkan pregnant anak kembar. Hati memang happy Tak payah cerita la Sbb Kami dah 3 tahun menunggu. Tapi mcm biasa lah mak- mak mengandung Ala milenium ni semua benda kita buat research daripada segi pemakanan, kandungan dan issue paling hot ialah gentle birth. Google dan Facebook grouping is my Bestfriend time ni ? . Bermula checkup monthly everything going smooth. Muntah2 , double pain d morning sickness tu biasalah, kaki bengkak dan mengidam makan. Nad jugak Ahli dalam group gentle birth dan benda yg paling rs seriau perkara pertama bila kita dgr dari Cakap2 org ialah pergi ke hospital diorang nasihatkan kita Czer. Sebabnya ialah Nad pregnant MCDA twin (kembar berkongsi uri dan air ketuban) risiko tinggi berbanding dengan DCDA twin tidak berkongsi uri dan air ketuban.. Tapi ada pula SUARA2 yg mengatakan doctor cuma nak buat duit byk Sbb tu suruh kita Czer. ??♀️ So mana satu nak dengar ni?
Maka bermulalah journey untuk kita tegakkan keadilan mahu juga gentle birth dan kita buat research yg sememangnya ibu2 hamil anak pertama ni memanglah mudah terpengaruh cakap-cakap doctor google ni. Kita fikir secara logik nak juga normal delivery. Baby Nad yg pertama memang dah engaged Utk Normal delivery dan 2nd baby juga bersedia maka hati sangat2 lah nak gentle birth tanpa kita fikir risiko2 yg lain dengan harapan orang lain Boleh bersalin kembar Normal kot kat rumah je takde ape pun tapi time aku kenapa pulak tak boleh. Fuhhh hebat sungguh para2 consultant tak bertauliah ni bermain dengan emosi smpai kita semua fikir ini konspirasi doctor adalah agen Yahudi semua.. Ya Rabbi sampai macam Tu Doctor jugak yg kena ??. . Sehinggalah Nad jumpa doctor Norehan semula which is doctor klinik swasta yg Nad jumpa ms mula2 dpt tau pregnant twin dulu. Dia kata u better go to Government Hospital Sbb sy ada Ramai Kawan2 pakar yg mmg berpengalaman kat sana Utk handle gentle birth yg kandungan berisiko. Alamak!! Aku fikir balik dengan tipikal thinking aku yg tak habis2 terdengar-dengar nasihat2 manusia doctor google ni Kalau ko pegi refer Gov macam ko pegi hantar free2 je Utk Czer. Dgn layanan Yang ada kata memanglah outlah, takda masa doctor nak layan ko punya plan nak gentle birth tu. Time tu berbelah bagi Masih lagi dengar cakap-cakap acah2 good consultant ni.. . Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati supaya aku ni tak jadik manusia selfish hanya kerana Sebab nak kan sangat follow gentle birth plan aku so aku tolak Segala risiko2 Lain dengan hanya BERGANTUNG HARAP-HARAP SEMUA AKAN OK DAN BOTH BABY KELUAR DENGAN NORMAL. . On 26 March Nad – 36 weeks Pregnancy refer ke Pakar di Hospital Sultan Ismail atas nasihat Doctor Norehan. Honestly Nad bgtau Nad nak gentle birth dan doctor bagitau kita Boleh bagi u bersalin normal setelah ambil kira perkara-perkara lain. Doctor check bukaan pukul 1 ptg memang sudah ada 4cm dan diorang siap sedia utk sambut kelahiran. Terus aku mcm terpinga-pinga Sbb mmg rasa tak sakit dan bukan ke pakar Doctor google kata selagi takda sakit contraction Jgn pergi Hospital ?? Bila Tanya Doctor tauliah Rupanya rumors tu mmg Tak bole pakai Sbb cara kelahiran dan rasa contraction Adalah berbeza setiap org.Kalau aku pusing2 mall Tiba-Tiba bersalin Doctor Hospital juga yg kita kena refer. ? . Terus Nad di warded dan diletakkan dalam ward Khas HDW. Penuh Wayar atas perut Utk monitor jantung baby. Dalam pemikiran aku ialah weh kenapa beria sangat diorang ni jaga aku. AKU OK JE KOT! . Tapiiii itu adalah dari perspektif manusia seperti kita Yang kurang ilmu dan tidak ada tauliah. Tapi bagi doctor kelahiran kembar adalah kelahiran berisiko tinggi lagi2 Yang berkongsi uri dan air ketuban. Which is aku cannot brain ada Doula kata alahh ade Ramai je yg OK bersalin kat rumah ade je kembar bersalin position sujud rukuk semua. ? Weh seriously semudah tu je ko jump into conclusion cakap mcm risiko tu tak ada pun!!!!
NOW HERE U HEAR MY TURNING POINT STORY Tolonglah bukak Hati dan Minda ibu2.. . Tepat pukul 9.28 malam Alhamdulillah aku dapat bersalin secara normal kembar pertama Sumayyah Hannan Yang Aku nak sangat normal delivery. Which is masa aku bersalin aku dimonitor lebih dari 3orang doctor bersama pasukan sorak nurse yg mmg hebat. Kembar pertama Sumayyah Hannan lahir pukul 9.28mlm berat 2.2kg. . Perjuangan untuk melahirkan kembar kedua Nur Sumayyah Aqilah. Allahuakbar. Inilah perjuangan, dugaan & nikmat yang aku paling tak boleh lupa seumur hidup. Disinilah titik tolak Yang aku betul-betul appreciate what this all doctor do for me. . Aku memang betul-betul keletihan sbb dr malam td aku mmg tak boleh nak lelap sangat. Husband aku genggam tangan aku dia cakap Teruskan Utk 2nd delivery twin dan dia adalah orang yg sgt penting berada di sebelah aku supaya aku tak tertido Sbb keletihan dan sentiasa ada semangat. . Aku perasan ada sorang doctor perempuan Chinese pegang perut aku ,sorang lagi doctor tengah scan, sorang lagi doc perempuan tengah Check baby. Doctor yang tengah scan dia check Aqilah dah pusing ke bawah. Tapi Doc tu ckp dengan doc yang pegang perut aku dia macam pusingkan Aqilah dari luar. Doc lelaki yang tgh scan tu aku ingat lagi nama dia Dr Badrul .Dia suruh aku push. Tapi aku tiba-tiba rasa Aqilah pusing dengan sangat kuat. Dia tanya dengan nada cemas “Pukul berapa?” Doc lagi sorang jawap . “Its 10.05 pm”. Dia jawab dengan nada tegas ” We need to do it FAST!” Dia tengok doc perempuan yang seluk aku tu muka berkerut-kerut sambil explain dengan doc sebelah dia. Aku tak sure ape diorang cakap tapi Doctor Badrul tu suruh doc tu ketepi. Tiba-tiba doc Cina yang pegang perut aku tu terlepas sbb Aqilah pusing dengan kuat. Doc Badrul ckp dengan nada cemas. ” Ur baby dah pusing lagi Nadia. Hand Presentation. Doc Badrul pandang muka aku buat keputusan dengan pantas.. “Nadia, kita kena operate u. Baby u dah breech presentation.(songsang) Kita tak boleh keluarkan normal sbb maybe akan patah or cacat. Nak pusingkan kita dah takda masa lagi sbb jantung baby dah slow”.. Berderai air mata aku kat situ. Rasa nak meraung pun ada. Bukan sebab sakit tapi sebab hati ibu mana yang tak sedih tengah saat kritikal camtu dengar benda yang menakutkan. Aku jawab ” Buatlah ape pun doc. Janji keluarkan anak saya dengan selamat”. Time tu aku dah tak fikir ape dah even nyawa aku sendiri. . Doc Badrul jerit sister kat luar suruh standby nak masuk operation theater. Husband suruh aku mengucap banyak-banyak. Aku tengok ade sorang doctor ni pegang alat monitor jantung tak lepas dari tangan. Dia jerit kat Doctor Badrul. “Cepat Doc, tadi 90 skrg dah 70 ” Itu bermakana jantung Aqilah dah makin slow. Aku? Dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa dalam 6,7 orang doctor dengan nurse berlari tolak katil aku pegi bilik operate. Memang fast furious laju gila weh menjeri-jerit nurse suruh bagi laluan pada Yang lain sebab nak Selamatkan aku dan Aqilah. 1st time la aku rase camtu selama ni tengok kat drama TV je kan. Tapi sebenarnya wujud weh.. Dan korang bayangkan aku tingkat 4 pegi ke tingkat 5 ada nurse dah siap jaga lif pastu ada doc yg berlari sambil pegang perut aku tu nak monitor jantung baby.. Kagum betul diorang mengadap situation yg memanglah tersangat cemas.. Sebab tu sampai sekarang aku cannot brain lepas Doula Yat kata kita bawak jela pegi Hospital Kalau ada problem. Eh Kau tau x kalau hospital jauh nak tunggu ambulance lagi dengan situation mcm ni aku yg pegi naik satu tingkat bangunan pun Doctor and nurse tolak mcm kat F1 kat Sepang kot ? . Last sebelum masuk pintu Husband aku sebelum dia kena tahan luar garisan kuning bilik tu. Aku menangis fikir mungkin tu kali terakhir aku pandang muka dia dan aku tak sempat nak tatap wajah Hannan.
***** Masuk operation theater. Dah standby beberapa orang nurse dan doctor yg dah siap tukar baju. Fast furious giler diorang ni weh. Doc Badrul cakap. Nadia, kita nak bius u. Mengucap ya. Pastu Aku pun mengucap. Terus tak sedar. Sampai sekarang aku tak bole brain kes orang yang taknak bius time operate tu. Terer betul dia ? …….. Pukul 2 pagi baru aku tersedar ada sorang doc perempuan ni senyum cakap. “Nadia, anak awak 2nd twin dah selamat, cuma sekarang kita admit dia dalam NICU, sbb dia lambat sikit nangis masa kita keluarkan dia. Awak kena banyak berehat dulu sebab banyak hilang darah kita akan pantau di HDW sampai HB awak normal..” . Alhamdulillah. Aqilah lahir pukul 10.48mlm. Khamis malam Jumaat. 1 jam 18 minit selepas Hannan lahir. Berat 2.3kg Perasaan aku time tu cuma boleh ucap Alhamdulillah sebab doc cepat buat keputusan dan yang paling penting aku berada di tempat yg betul) (HOSPITAL) Aku tak dapat nak buat dua-dua bersalin secara normal kadangkala kita sebagai manusia kena tahu batas kebolehan manusia lain dan ketentuan Aku pasti semua orang dr side patient mahupun medical staff hospital dah cuba buat yang terbaik. . 2 bag darah aku Terima Sbb aku ada tumpah darah masa bersalinkan 2nd twin ditambah pula dengan keadaan Sumayyah Aqilah yg sudah distress atau lemas. Bayangkan Kalau aku Cuba untuk gentle birth dekat rumah Cuba korang fikir apa Yang jadik pada aku dan baby? ? . Cerita aku ni mungkin adalah 1 dari beribu kes Yang mereka handle dengan tenang dan sabar. Pada aku diorang ni memang Unsung Heroes , Wira Yang tidak didendang. Adalah sangat tak patut kita ketepikan nasihat mereka yg bukan saja ada tauliah tapi juga pengalaman hanya sebab janji manis consultant google ni.
. Dari spend duit pergi consultant mengarut yg takda ilmu Perubatan Lebih baik simpan duit untuk upah bidan-bidan terlatih bertauliah jaga kita selepas bersalin.Banyak je agency yg tawarkan khidmat jaga lepas bersalin contoh macam MyBidan House. Pada aku which is lagi logik benda tu dr ko dengar nasihat Doula yg takda tauliah ni. . Thanks for read. Maaf jika terlalu panjang. Sampai kan lah pada semua. Mungkin post aku ni Boleh selamatkan nyawa Ibu dan tak susah pun nak klik button share tu. . Special Thanks to Doc O&G Hospital Sultan Ismail Doc Norehan Nurse HSI dan kakak MyBidan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di