Kes Doula yang hangat diperkata sejak akahir-akhir ini turut mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Tak kurang yang berkongsi pengalaman sendiri dalam situasi tersebut.

Tidak ketinggalan seorang ibu yang melahirkan bayi kembar yang mencuba untuk menggunakan khidmat Doula. Namun pada akhirnya membatalkan niat tersebut akibat kondisi bayinya mengundang implikasi membuatkan ibu ini menukar fikiran.

Jom bacca perkongsian dari ibu bernama Nadia Fuzi pengalaman melahirkan bayi kembarnya yang terpaksa melalui proses bersalin normal dan pembedahan serentak.

IKLAN

“Kalau Cuba Gentle Birth Di Rumah, Apa Jadi Pada Aku & Baby? Hampir Terpedaya Dengan Doktor Google, Ibu Ini Kongsi Kisah Lahir Kembar Berisiko Tinggi.


BERSALIN NORMAL VS CEASER? BAGAIMANA AKU LALUINYA SERENTAK.
DOCTOR GOOGLE vs DOCTOR HOSPITAL?
.
Sampaikanlah walau sepotong ilmu dan ayat.
.
Dah havoc issue Doula lah, gentle birth semua ni, Nad rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu dan rasa tentang pengalaman kelahiran Yang Nad lalui yg doctor katakan ia sangat rare dan jarang berlaku. Dan asbab dari kepakaran doctor juga Nad dan both baby selamat. 
Doctor takkan akan bukak cerita tentang patient mereka sebab sulit tapi meh patient sendiri open story supaya terbukak kepala otak korang yg nak
Mencuba-cuba bersalin suruh Doula sambut kelahiran tu.
.
Mungkin ada dr kawan-kawan yang dah pernah dengar cerita aku ni tapi percayalah masih Ramai Ibu-Ibu di luar masih tak sedar tentang pentingnya ilmu tentang kelahiran semua ada percentage risiko tersendiri samada kecil atau besar dan juga penting nya orang yang bertauliah ada ketika waktu kita melahirkan anak.
.
2013 Nad di sahkan pregnant anak kembar. Hati memang happy Tak payah cerita la Sbb Kami dah 3 tahun menunggu. Tapi mcm biasa lah mak- mak mengandung Ala milenium ni semua benda kita buat research daripada segi pemakanan, kandungan dan issue paling hot ialah gentle birth.
Google dan Facebook grouping is my Bestfriend time ni ?
.
Bermula checkup monthly everything going smooth. Muntah2 , double pain d morning sickness tu biasalah, kaki bengkak dan mengidam makan.
Nad jugak Ahli dalam group gentle birth dan benda yg paling rs seriau perkara pertama bila kita dgr dari Cakap2 org ialah pergi ke hospital diorang nasihatkan kita Czer.
Sebabnya ialah Nad pregnant MCDA twin (kembar berkongsi uri dan air ketuban) risiko tinggi berbanding dengan DCDA twin tidak berkongsi uri dan air ketuban.. Tapi ada pula SUARA2 yg mengatakan doctor cuma nak buat duit byk Sbb tu suruh kita Czer. ??‍♀️ So mana satu nak dengar ni? 
“Kalau Cuba Gentle Birth Di Rumah, Apa Jadi Pada Aku & Baby? Hampir Terpedaya Dengan Doktor Google, Ibu Ini Kongsi Kisah Lahir Kembar Berisiko Tinggi.
Maka bermulalah journey untuk kita tegakkan keadilan mahu juga gentle birth dan kita buat research yg sememangnya ibu2 hamil anak pertama ni memanglah mudah terpengaruh cakap-cakap doctor google ni. 
Kita fikir secara logik nak juga normal delivery.
Baby Nad yg pertama memang dah engaged Utk Normal delivery dan 2nd baby juga bersedia maka hati sangat2 lah nak gentle birth tanpa kita fikir risiko2 yg lain dengan harapan orang lain Boleh bersalin kembar Normal kot kat rumah je takde ape pun tapi time aku kenapa pulak tak boleh. 
Fuhhh hebat sungguh para2 consultant tak bertauliah ni bermain dengan emosi smpai kita semua fikir ini konspirasi doctor adalah agen Yahudi semua.. Ya Rabbi sampai macam
Tu Doctor jugak yg kena ??.
.
Sehinggalah Nad jumpa doctor Norehan semula which is doctor klinik swasta yg Nad jumpa ms mula2 dpt tau pregnant twin dulu.
Dia kata u better go to Government Hospital Sbb sy ada Ramai Kawan2 pakar yg mmg berpengalaman kat sana Utk handle gentle birth yg kandungan berisiko.
Alamak!! Aku fikir balik dengan tipikal thinking aku yg tak habis2 terdengar-dengar nasihat2 manusia doctor google ni Kalau ko pegi refer Gov macam ko pegi hantar free2 je Utk Czer. Dgn layanan Yang ada kata memanglah outlah, takda masa doctor nak layan ko punya plan nak gentle birth tu.
Time tu berbelah bagi Masih lagi dengar cakap-cakap acah2 good consultant ni..
.
Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati supaya aku ni tak jadik manusia selfish hanya kerana Sebab nak kan sangat follow gentle birth plan aku so aku tolak Segala risiko2 Lain dengan hanya BERGANTUNG HARAP-HARAP SEMUA AKAN OK DAN BOTH BABY KELUAR DENGAN NORMAL.
.
On 26 March Nad – 36 weeks Pregnancy refer ke Pakar di Hospital Sultan Ismail atas nasihat Doctor Norehan. 
Honestly Nad bgtau Nad nak gentle birth dan doctor bagitau kita Boleh bagi u bersalin normal setelah ambil kira perkara-perkara lain.
Doctor check bukaan pukul 1 ptg memang sudah ada 4cm dan diorang siap sedia utk sambut kelahiran.
Terus aku mcm terpinga-pinga Sbb mmg rasa tak sakit dan bukan ke pakar Doctor google kata selagi takda sakit contraction Jgn pergi Hospital ?
Bila Tanya Doctor tauliah Rupanya rumors tu mmg Tak bole pakai Sbb cara kelahiran dan rasa contraction Adalah berbeza setiap org.Kalau aku pusing2 mall Tiba-Tiba bersalin Doctor Hospital juga yg kita kena refer. ?
.
Terus Nad di warded dan diletakkan dalam ward Khas HDW. Penuh Wayar atas perut Utk monitor jantung baby. Dalam pemikiran aku ialah weh kenapa beria sangat diorang ni jaga aku. AKU OK JE KOT!
.
Tapiiii itu adalah dari perspektif manusia seperti kita Yang kurang ilmu dan tidak ada tauliah. Tapi bagi doctor kelahiran kembar adalah kelahiran berisiko tinggi lagi2 Yang berkongsi uri dan air ketuban.
Which is aku cannot brain ada Doula kata alahh ade Ramai je yg OK bersalin kat rumah ade je kembar bersalin position sujud rukuk semua. ? 
Weh seriously semudah tu je ko jump into conclusion cakap mcm risiko tu tak ada pun!!!!

IKLAN

NOW HERE U HEAR MY TURNING POINT STORY Tolonglah bukak Hati dan Minda ibu2..
.
Tepat pukul 9.28 malam Alhamdulillah aku dapat bersalin secara normal kembar pertama Sumayyah Hannan Yang Aku nak sangat normal delivery.
Which is masa aku bersalin aku dimonitor lebih dari 3orang doctor bersama pasukan sorak nurse yg mmg hebat. 
Kembar pertama Sumayyah Hannan lahir pukul 9.28mlm berat 2.2kg.
.
Perjuangan untuk melahirkan kembar kedua Nur Sumayyah Aqilah. 
Allahuakbar. Inilah perjuangan, dugaan & nikmat yang aku paling tak boleh lupa seumur hidup.
Disinilah titik tolak Yang aku betul-betul appreciate what this all doctor do for me.
.
Aku memang betul-betul keletihan sbb dr malam td aku mmg tak boleh nak lelap sangat.
Husband aku genggam tangan aku dia cakap Teruskan Utk 2nd delivery twin dan dia adalah orang yg sgt penting berada di sebelah aku supaya aku tak tertido Sbb keletihan dan sentiasa ada semangat.
.
Aku perasan ada sorang doctor perempuan Chinese pegang perut aku ,sorang lagi doctor tengah scan, sorang lagi doc perempuan tengah Check baby. 
Doctor yang tengah scan dia check Aqilah dah pusing ke bawah. Tapi Doc tu ckp dengan doc yang pegang perut aku dia macam pusingkan Aqilah dari luar. 
Doc lelaki yang tgh scan tu aku ingat lagi nama dia Dr Badrul .Dia suruh aku push. Tapi aku tiba-tiba rasa Aqilah pusing dengan sangat kuat. 
Dia tanya dengan nada cemas “Pukul berapa?” 
Doc lagi sorang jawap . “Its 10.05 pm”. 
Dia jawab dengan nada tegas 
” We need to do it FAST!”
Dia tengok doc perempuan yang seluk aku tu muka berkerut-kerut sambil explain dengan doc sebelah dia. Aku tak sure ape diorang cakap tapi Doctor Badrul tu suruh doc tu ketepi. Tiba-tiba doc Cina yang pegang perut aku tu terlepas sbb Aqilah pusing dengan kuat. 
Doc Badrul ckp dengan nada cemas. ” Ur baby dah pusing lagi Nadia. Hand Presentation.
Doc Badrul pandang muka aku buat keputusan dengan pantas.. 
“Nadia, kita kena operate u. Baby u dah breech presentation.(songsang) Kita tak boleh keluarkan normal sbb maybe akan patah or cacat. Nak pusingkan kita dah takda masa lagi sbb jantung baby dah slow”..
Berderai air mata aku kat situ. Rasa nak meraung pun ada. 
Bukan sebab sakit tapi sebab hati ibu mana yang tak sedih tengah saat kritikal camtu dengar benda yang menakutkan. Aku jawab ” Buatlah ape pun doc. Janji keluarkan anak saya dengan selamat”. Time tu aku dah tak fikir ape dah even nyawa aku sendiri.
.
Doc Badrul jerit sister kat luar suruh standby nak masuk operation theater. Husband suruh aku mengucap banyak-banyak. Aku tengok ade sorang doctor ni pegang alat monitor jantung tak lepas dari tangan. Dia jerit kat Doctor Badrul. “Cepat Doc, tadi 90 skrg dah 70 ” Itu bermakana jantung Aqilah dah makin slow.
Aku? Dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa dalam 6,7 orang doctor dengan nurse berlari tolak katil aku pegi bilik operate. Memang fast furious laju gila weh menjeri-jerit nurse suruh bagi laluan pada Yang lain sebab nak Selamatkan aku dan Aqilah.
1st time la aku rase camtu selama ni tengok kat drama TV je kan. Tapi sebenarnya wujud weh..
Dan korang bayangkan aku tingkat 4 pegi ke tingkat 5 ada nurse dah siap jaga lif pastu ada doc yg berlari sambil pegang perut aku tu nak monitor jantung baby..
Kagum betul diorang mengadap situation yg memanglah tersangat cemas..
Sebab tu sampai sekarang aku cannot brain lepas Doula Yat kata kita bawak jela pegi Hospital Kalau ada problem. Eh Kau tau x kalau hospital jauh nak tunggu ambulance lagi dengan situation mcm ni aku yg pegi naik satu tingkat bangunan pun Doctor and nurse tolak mcm kat F1 kat Sepang kot ?

Last sebelum masuk pintu Husband aku sebelum dia kena tahan luar garisan kuning bilik tu. Aku menangis fikir mungkin tu kali terakhir aku pandang muka dia dan aku tak sempat nak tatap wajah Hannan.

“Kalau Cuba Gentle Birth Di Rumah, Apa Jadi Pada Aku & Baby? Hampir Terpedaya Dengan Doktor Google, Ibu Ini Kongsi Kisah Lahir Kembar Berisiko Tinggi.

IKLAN

*****
Masuk operation theater. Dah standby beberapa orang nurse dan doctor yg dah siap tukar baju.
Fast furious giler diorang ni weh.
Doc Badrul cakap. Nadia, kita nak bius u. Mengucap ya. Pastu 
Aku pun mengucap. Terus tak sedar. 
Sampai sekarang aku tak bole brain kes orang yang taknak bius time operate tu. Terer betul dia ?
……..
Pukul 2 pagi baru aku tersedar ada sorang doc perempuan ni senyum cakap.
“Nadia, anak awak 2nd twin dah selamat, cuma sekarang kita admit dia dalam NICU, sbb dia lambat sikit nangis masa kita keluarkan dia. Awak kena banyak berehat dulu sebab banyak hilang darah kita akan pantau di HDW sampai HB awak normal..”
.
Alhamdulillah.
Aqilah lahir pukul 10.48mlm. Khamis malam Jumaat. 1 jam 18 minit selepas Hannan lahir. Berat 2.3kg
Perasaan aku time tu cuma boleh ucap Alhamdulillah sebab doc cepat buat keputusan dan yang paling penting aku berada di tempat yg betul) (HOSPITAL)
Aku tak dapat nak buat dua-dua bersalin secara normal kadangkala kita sebagai manusia kena tahu batas kebolehan manusia lain dan ketentuan 
Aku pasti semua orang dr side patient mahupun medical staff hospital dah cuba buat yang terbaik.
.
2 bag darah aku Terima Sbb aku ada tumpah darah masa bersalinkan 2nd twin ditambah pula dengan keadaan Sumayyah Aqilah yg sudah distress atau lemas.
Bayangkan Kalau aku Cuba untuk gentle birth dekat rumah Cuba korang fikir apa Yang jadik pada aku dan baby? ?
.
Cerita aku ni mungkin adalah 1 dari beribu kes Yang mereka handle dengan tenang dan sabar.
Pada aku diorang ni memang Unsung Heroes , Wira Yang tidak didendang.
Adalah sangat tak patut kita ketepikan nasihat mereka yg bukan saja ada tauliah tapi juga pengalaman hanya sebab janji manis consultant google ni.

“Kalau Cuba Gentle Birth Di Rumah, Apa Jadi Pada Aku & Baby? Hampir Terpedaya Dengan Doktor Google, Ibu Ini Kongsi Kisah Lahir Kembar Berisiko Tinggi.
.
Dari spend duit pergi consultant mengarut yg takda ilmu Perubatan Lebih baik simpan duit untuk upah bidan-bidan terlatih bertauliah jaga kita selepas bersalin.Banyak je agency yg tawarkan khidmat jaga lepas bersalin contoh macam MyBidan House.
Pada aku which is lagi logik benda tu dr ko dengar nasihat Doula yg takda tauliah ni.
.
Thanks for read. Maaf jika terlalu panjang.
Sampai kan lah pada semua. Mungkin post aku ni Boleh selamatkan nyawa Ibu dan tak susah pun nak klik button share tu.
.
Special Thanks to
Doc O&G Hospital Sultan Ismail
Doc Norehan
Nurse HSI dan kakak MyBidan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI