Kurus, muda dan sihat bukan jaminan anda tidak akan menghadapi masalah kolestrol. Justeru kena hati-hati terutama dalam pengambilan makanan yang berpotensi boleh menyebabkan masalah kesihatan ini menyerang anda.
Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.
Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.
Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, migrain, sakit sendi dan sebagainya.
Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:
Bahan-bahan:
Ads
– 500 gram bawang putih
– 500 gram halia
– 1 cawan perahan lemon
– 1 cawan apple cider
– 1 cawan madu
Ads
Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pulak dan tapis jusnya.
Ads
2. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.
3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
– 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
– 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur
Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kreativiti ibu-ibu dalam mengolah menu buat anak-anak memang superb. Kalau dah bosan buat nasi goreng atau cucur menggunakan lebihan nasi.
Apa kata, ibu-ibu cuba pula resipi nuget homemade guna lebihan nasi ni. Memang mudah dan tak perlu pakai tepung pun. Yang penting sedap dan tak membazir.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Hani Nanny. Anak payah nak makan nasi..no worries lah..jom try buat nugget,boleh je campak-campak sayur,ayam ikut kesukaan dalam tukalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya..buat bebanyak pastu frozenkan,bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan HOMEMADE NUGGET NASI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasi(hakak guna beras jepun)beras biasa pun bole
Isi ayam
Daun bawang(optional)carrot n lain-lain
Perasa
Telur(untuk celup)
Serbuk roti(salut)
Cara membuat:
*gaul nasi,isi ayam,sayuran n perasa
*canai n tekap dengan cetak kesukaan(lagi besar lagi baguslah!)boleh sapu sedikit minyak dekat cetak n permukaan nasi untuk tak bagi melekat
*celup dalam telur
*salut dengan serbuk roti
*lepas siap boleh frozenkan dulu sebelum goreng
Selamat mencuba!
#resepihani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, komunikasi antara suami isteri itu penting. Bukan sekadar soal anak mahupun rumah tangga, namun luahan tentang rasa hati juga perlu. Segala keluh kesah pasangan patut di ambil berat. Usah dibiarkan begitu sahaja kononnya si isteri mahupun suami tidak pernah meluahkan.
Andai mereka tidak berbuat demikian, tak salah jika kita yang bertanyakan, selalu ambil berat baik, tanyakan tentang apa yang mereka lalui sepanjang hari. Biarpun hanya benda yang remeh namun itu akan membuatkan pasangan rasa diri begitu dihargai.
Jangan tunggu sehingga berlaku sesuatu yang membuatkan kita menyesal. Waktu itu sudah terlambat untuk berpatah balik.
Perkongsian saudara Firdaus Mokhtar berkenaan hal ini wajar menjadi pengajaran buat semua pasangan supaya take note tentang pentingnya komunikasi antara suami isteri.
Berbeza dengan klien yang lain, klien kali ini mulakan sesi psikoterapi dengan soalan ke isteri saya.
“Puan dah kahwin?” Dia bertanya.
Klien ini seorang lelaki berusia 45 tahun. Seorang usahawan. Waktu sesi pertama, datang dengan badan yang agak gempal. Dalam rekod perubatan tulis 100kg juga beratnya.
Dia kematian isteri sebulan sebelum dirujuk ke hospital. Dia kerap sakit perut dan doktor diagnos sebagai gastrik. Kerap sakit kepala juga. Migrain.
2 simptom yang sebenarnya menunjukkan pesakit mengalami stress. Jadi doktor terus rujuk unit Psikologi dan kaunseling hospital. Di sini dia bertemu dengan isteri saya.
“Oh saya dah kahwin,” jawab isteri saya.
Klien tadi lantas bertanya lagi, “stress kan berkahwin?”
Isteri saya cuma jawab, “biasalah. Macam tu lah hidup rumahtangga.” Cuba memberi persamaan dengan dia. Lepas itu baru klien tadi buka cerita.
Dia dengan arwah isteri dah berkahwin selama 19 tahun. Dikurniakan 4 orang anak. Yang sulong berusia 17 tahun dan yang paling kecil berumur 10 tahun.
Selama hidup bersama arwah isteri dia tak ada rekod sakit. Pada mata dia, sihat sahaja. Cuma pada 1 malam, isteri dia meninggal dalam tidur. Esoknya baru klien tadi sedar, lepas tengok ada darah keluar daripada telinga dan hidung arwah.
Sebabkan tak ada rekod sakit, post mortem adalah 1 kemestian untuk dapatkan punca kematian.
Keputusan yang keluar adalah pembuluh darah pecah. Doktor kata salah satu sebabnya adalah stress. Sebab dia tak ada sakit lain.
Maka, klien tadi ini buntu. Dia marah dengan diri sendiri.
“Kenapa dia tak bagitahu dia stress? Kenapa saya sendiri tak nampak pun dia stress?” Ini dia ulang entah berapa kali. Menangis dia sepanjang sesi. Air mata yang tak berhenti. Sugul sungguh muka dia.
Dia salahkan diri. Rasa dia suami yang tak pandai menjaga isteri, tak ambil tahu tentang derita isteri. Sampai isteri tak cerita apa-apa dekat dia.
Dia rasa dia tak ambil peduli tentang isteri dia. Rasa isteri sihat sahaja tanpa dia tahu sebenarnya isteri sedang mengalami tekanan.
Akhirnya dia hukum diri sendiri. Tak makan langsung. Minum air sahaja. Itu pun bila dia rasa dia perlu. Tak pergi kerja, tak masuk pejabat. Perniagaan dia tinggal terus.
Yang buatkan isteri saya lebih terkesan, masa sesi kedua, 3 bulan lepas perjumpaan pertama tu, dia hadir dengan perubahan fizikal yang ketara. Berat dia cuma 60kg, hilang 40kg daripada sebelumnya.
Dan untuk sesi kedua ini dia masih lagi bercerita dengan air mata. Perasaan bersalah yang tak hilang dari benak hati dia.
Kawan-kawan sekalian;
Ini yang banyak berlaku dalam rumahtangga kita. Tiada komunikasi. Masing-masing hidup dengan sandaran tanggapan sendiri.
“Sihat je isteri aku tu. Tak ada masalah apa pun.”
“Suami aku tu ok. Balik rumah gelak, buat kelakar, layan anak-anak pun ok.”
Itu yang kita sangka. Tanpa kita sekali sekala bertanya kalau-kalau dia ada masalah yang ingin dia kongsi.
Isteri saya selalu pesan begini;
“Sesekali kita duduk, tanyalah keadaan pasangan. Tentang kerja, tentang kawan-kawan dia dan tentang kewangan dia.
Untuk para isteri pula, luahkanlah bila ada perasaan negatif. Luahkan dengan cara baik. Sekadar berkongsi untuk elakkan perasaan terpendam dan boleh jadi depresi.”
Begitulah sepatutnya. Saling berkongsi cerita. Jadi telinga untuk setiap suara daripada pasangan. Suara hati dia. Itu juga salah satu untuk kita hargai pasangan kita.
Sementara masih ada umur. Sementara dia masih lagi boleh berkata-kata. Kita berkongsilah.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Sendiri pun selalu tak tanya ke isteri. Allahu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa yang biasa kita dengar, jika seseorang itu membeli rumah untuk tujuan disewakan pasti matlamatnya ingin menjana pulangan wang daripada sewaan tersebut.
Namun berbeza sekali kisah yang ingin dikongsikan ini, rupanya masih ada keluarga yang baik hati dan pemurah, tidak melihat wang semata-mata.
Bahkan aset rumah yang dijadikan rumah sewa itu bukan sahaja menjadi aset bernilai di dunia malah memberi pulangan hebat di akhirat juga.
Ini kisahnya semoga terinspirasi.
Penyewa ini dihalau keluar rumah sewaktu PKP. Beliau ibu tunggal membesarkan 4 anak bersamanya.
Beliau diuji dengan kesihatan bila mengalami stroke sebelum PKP.
Waktu PKP anaknya tidak berpeluang bekerja dan mereka langsung tiada pendapatan.
Mereka diminta keluar dari rumah sewa yang waktu itu disewa pada kadar RM1200.
Khabar ini tersebar dikalangan ‘geng masjid’. Kebetulan isteri saya ada sebuah rumah sewa kosong.
Mereka menumpang di sini.
Mereka mula ushakan tanaman walau tanah depan rumah sekangkang kera.
Mereka bersihkan dan cantikkan laman rumah.
Kawan kawan,
Ini rumah sewa suri hidup saya. Rumah ini sebenarnya dah beberapa kali di bantu tempat tempatkan pelajar practikal disini dan ibu tunggal didera bekas suami.
Malah kediaman ini juga pernah terbakar bahagian dapur akibat kecuaian pelajar practikal.
Rumah ini lengkap dengan semua kemudahan. Malah ada tv flat screen untuk penghuninya.
Waktu beli rumah ini dari pasaran lelong harganya cuma RM35,000 sahaja.
Hari ini, rumah ini berbakti lagi tumpangkan ibu tunggal ini pula. Mereka jaga, malah muka bercucuk tanam dihalaman rumah kita.
Rumah ini tiada Return of investment (ROI) didunia rasanya.
Kebaikan itu buat saya pandang isteri saya makin jelita. Saya dah tahu, ini antara sebab saya jatuh hati dengan dia.
Dalam buku hartanah, kita hanya diceritakan mencari penyewa dari syurga. Hingga kita lupa bahawa kita juga boleh jadi tuan rumah yang cintakan syurga.