Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Ads
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
Ads
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
Ads
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah wanita bernama Siti Nur Fazidah, 33 tahun cukup menarik untuk dikongsikan. Bagaimana kekgigihan seorang isteri dan juga ibu kepada 4 orang anak yang terpaksa tinggal berjauhan dengan suami (PJJ).
Daripada seorang suri rumah yang ‘nothing’ dia bangkit untuk mengubah kehidupan. Berbekalkan modal RM60, Nur Fazidah mula berkebun. Inilah kisahnya yang mula berkebun sejak empat tahun, sehingga mampu menjana pendapatan lumayan.
Bukan itu sahaja, suaminya yang sebelum ini terpaksa berjauhan kerana bekerja, memilih untuk berhenti kerja dan turut membantu Nur Fazidah mengusahakan tanaman di halaman rumah mereka sahaja. Bukan sahaja laman rumah nampak cantik dengan landskap sayuran, bahkan ia menjadi sumber pendapatan keluarga ini. Sangat berinspirasi kisah wanita ini.
Saya suri rumah yang “nothing”. PJJ dengan suami bertahun lamanya. Saya suka berkebun. Macam orang lain hanya berkebun biasa2. Saya cabar diri untuk buat sesuatu yang luar biasa.. lanskap dalam kebun. Dari tanam kobis sepokok 2, saya tanam 200 ke 300 pokok.. kemudian saya lanskap kan.. bukan hanya kobis, malah 30 jenis tanaman sayuran lain juga sy buat.
Bermula modal RM60 Capai RM18K
Masa tu saya tahu penat saya akan berbaloi.. saya simpan dan kumpul semua gambar tanaman saya.. saya belajar untuk dapatkan gambar yang cantik.. saya pandai berkebun pun sebab saya dari golongan keluarga pekebun.. saya bermula dengan FB.. tunjuk pada rakan2 FB apa saya buat.. tunjuk dalam group2 kebun. Sambutan sangat menggalakkan. Bermula dari tu dengan modal RM60 sebagai suri rumah yang “nothing” tu.. saya berjaya raih RM18k pendapatan bulanan tertinggi saya dalam tempoh 4 tahun..
Bermula RM60 saya beli biji benih untuk dijual semula.. saya jadikan semua gambar2 tanaman saya sebagai testimoni sendiri. Sejak itu, kehidupan saya berubah.. pendapatan mingguan maintain 2k. Saya perluas lagi biz on9 ni dengan lebih besar lagi. Saya jual bahan2 pertanian lain2.. seperti baja.. racun.. polibag.. tanah semai.. dan banyak lagi.. Siapa sangka.. suami yang PJJ bertahun2 tu, berhenti tinggalkan kerja dia dan dia sekarang kerja dengan saya.. alhamdulillah kami dah dekat sekarang.
Saya juga aktif online, saya juga offline hanya dirumah.. ramai orang dari komuniti terdekat datang semata nak tengok laman dan membeli dengan saya.. paling tak terduga, laman saya juga telah dikunjungi orang dari serata negeri gara2 iklan saya aktif dalam group2 besar.. mereka teruja untuk melihat sendiri tanaman saya.
Hasil dari 4 tahun ini.. Saya dapat membina sebuah rumah.. tak besar mana tapi saya selesa dah ada ruang untuk hari tua kami. Selain itu juga, rumah saya dah jadi cek point untuk tetamu2 besar (vip) dari pihak FELDA (bahagian wilayah) singgah.
Kenangan paling indah, Mantan tuan pengarah lanskap negara pernah jadi tetamu saya. Masa tu felda kami bertanding keceriaan kampung. Saya tak akan lupa bagaimana saya bermula.
Saya kerah semua kudrat untuk buktikan yang saya bukan suri rumah yang tak ada impian.. saya berjaya mengubah kehidupan saya. Kalau dulu saya hanya ada RM20 untuk belanja belanja dapur sehari hari.. kini saya sentiasa ada 4 angka sehari dalam wallet.. bukan nak riak, tapi ia jalan cerita hidup saya.
FB atas nama Nur Allia Zahra(ank) FB ni wujud bukan semata untuk jualan on9. Saya mahu sebarkan semangat berkebun pada seluruh suri rumah seluruh Malaysia.. Berkebun lah.. semai2 jual pokok.. boleh buat pendapatan sampingan.
Siapa sangka kediaman kampung yang dilihat dari luar kelihatan biasa-biasa aje seperti rumah kampung lain tapi sebaliknya apabila melangkah masuk ke dalam rumah bagaikan sebuah rumah mewah!
Kediaman yang dihias cantik ini pastinya membuatkan ramai yang meragui apabila bahagian dalamnya berbeza dengan bahagian luar.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, yang berkongsi disebuah grup dekorasi telah menarik perhatian ramai. Dalam pada itu, ada segelintir tidak mempercayainya lantaran dalaman yang begitu mewah.
Rentetan itu, beliau telah memuat naik video untuk membuktikan dekorasi kediamannya bukan editing semata-mata.
Apa lagi, mari kita lihat rumah kampung yang bahagian dalamannya dihias menjadi sebuah rumah banglo! Moga jadi inspirasi!
Rumah kampung rekabentuk dalaman konsep banglow
Rumah kg sahaja. Gambaran luaran dan dalaman. Lokasi tawau sabah… Rumah peningalan arwah mak ayah.
Selalunya kalau anak membuat sesuatu yang membanggakan, mesti kita kan beri pujian. Betul tak? Contohnya, “Bijaknya kakak!”
Tapi siapa sangka, pujian seperti ini merupakan jenis pujian yang toksik. Seperti yang dikongsikan dari tweet yang dibuat oleh Psikologis Akif Basri, pujian sebegitu boleh menyebabkan anak kurang keyakinan untuk buat silap dan lebih tinggi anxiety.
Melalui perkongsian ilmu dari Puan Wawa Shauqi pula, ayat pujian perlu diubah menjadi lebih diskriptif iaitu menghuraikan usaha yang anak lakukan. Jom baca penjelasan seperti di bawah dengan lebih lanjut.
SEPATUTNYA PERLU DIPUJI PROSES ATAU USAHA ANAK BUAT
Siapa sangka, pujian seperti, “pandainya kakak”, “bijak anak mama ni” boleh jadi pujian yang TOKSIK. Terkejut juga masa awal-awal belajar dulu.
Baca tweet dari Psikologis Akif Basri ni. Kita akan faham kenapa.
PUJIAN SEBEGITU MEMBERI 3 IMPAK NEGATIF TERHADAP MINDSET ANAK
Cara pujian macam dekat atas tu, memberi 3 impak negatif terhadap mindset anak. Mereka membesar dengan sangkaan bahawa:
1. Pandai itu bakat. Tak pandai tu nasib. Sedangkan tak pandai boleh jadi pandai melalui usaha.
2. Anak lebih concern untuk dilihat pandai. Sampai sanggup menipu atau tindas orang lain.
3. Susah nak mengakui kesilapan.
IA DIGELAR SEBAGAI ‘FIXED MINDSET’
Mindset ini disebut sebagai ‘fixed mindset’.
Anak akan mudah down bila gagal capai sesuatu. Paling tak best, ada yang sanggup tipu/ tiru dalam exam, asalkan skor.
Kalau anak yang bernasib baik pulak, risau-risau akan timbul sifat diva dalam diri. Selalu merasa dirinya lebih baik. Dan tak suka bila kawan lain lebih dari dia.
TUKAR AYAT PUJIAN SEPERTI MENERANGKAN USAHA YANG ANAK LAKUKAN
Cuba tukar pujian tu jadi lebih diskriptif. Kita tak label ‘pandai’, atau ‘bagus’. Tapi kita describe USAHA yang anak dah buat.
“Asbab dari kakak banyak habiskan masa study sebelum exam, Allah izinkan result exam akak cemerlang macam ni.”
“Mama tengok, sejak abang banyam melukis ni, lukisan abang makin kemas. Pilihan warna pun makin cantik.”
“Mama tengok, sejak adik kerap bantu mama, makin cekap adik buat kerja. Basuh pinggan akin bersih. Lipat kain makin kemas.”
Pujian-pujian diskriptif ni membentuk ‘growth mindset’ dalam diri anak-anak. Anak yang ada ‘growth mindset’, memahami bahawa:
Kesilapan boleh diperbaiki. Malah ia adalah peluang untuk belajar.
Gagal bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kurang berusaha.
Gagal tak bermakna kita perlu berhenti berusaha. Tapi perlu cari jalan dan usahakan cara lain.