Sebagai ibu bapa kita sering merasakan anak kita masih kecil dan belum masanya dibebankan dengan kerja rumah. Hakikatnya, kita adalah sebuah keluarga yang memerlukan sumbangan sesama ahli dan agak sukar mendapatkan kerjasama sekiranya anak tidak dilatih dari kecil.
Kajian menyatakan hampir 74% ibu bapa memberitahu bahawa anak mereka tidak membantu kerja rumah kecuali jika diminta. Dan hampir 50% ibu bapa menyatakan bahawa mereka perlu bertengkar dengan anak-anak untuk meminta mereka melakukan kerja rumah.
Tak salah jika anak-anak diajar berdikari sedari awal. Ini bukan mendera sebaliknya memudahkan mereka apabila besar kelak.
Kadang kala kita perlu bertenang dan bersabar semasa memberikan tugasan. Selain dari deadlinenya ialah waktu, ia boleh jadi selepas atau sebelum aktiviti lain. Contohnya menyiram pokok selepas mengelap meja makan dengan bersih. Ianya tidak bergantung kepada waktu di mana sebagai ibu bapa kita sering mahukannya dilakukan dengan segera.
Bersabar, anak akan melakukan apa yang tertera di dalam jadual dengan deadline yang ditetapkan. Berikan sedikit ruang kepada mereka tanpa perlu kita bertanya sudah siap atau belum?
Amalina Mohd Daud berkongsi tip untuk memudahkan ibu bapa memulakan langkah awal mengajar anak-anak melakukan kerja rumah. Jom baca ni:
Mak mak sentiasa nak anak cemerlang. Ada yang sibuk nak aturkan hidup anak pergi sana-sini sampai anak cepat matang berbanding usianya. Sampai satu tahap, anak tak nampak betapa gembiranya hidup sebabnya lupa nak nikmati kehidupan masa kecil.
Rupa-rupanya yang menjadikan anak itu cemerlang bukanlah segala benda yang kita dah berikan..tapi 2 benda sahaja iaitu kasih sayang yang tiada bertepi dan kerja rumah. Part kasih sayang memang insyaAllah semua mak mak beri unconditional love. Tapi part membuat kerja rumah ni ramai parents tak tau nak mula dari mana.
Ads
Household chores sebenarnya boleh dimulakan seawal usia 2 tahun. Lagi cepat lagi bagus. Tapi takdelah bila usia 2 tahun ni kita suruh mop lantai vacuum rumah…tak tak. Household chores yang kita beri adalah age-appropriate iaitu bersesuaian dengan usia masing-masing.
Kenapa household chores?
1. Melatih anak sentiasa bermanfaat pada orang lain . Orang yang bermanfaat ni kat mana-mana cemerlang. Kalau dia jadi cikgu, dia akan jadi yang terbaik. Kalau jadi peniaga, dia akan jadi peniaga dermawan. Sejuk kannn perut mak!
2. Melatih mereka jadi manusia berdisiplin
Ads
Yup chores melatih anak untuk sentiasa ada jadual dan tahu apa nak buat dari semasa ke semasa. Orang berdisiplin sentiasa teratur kehidupan dan syarat untuk berjaya kena berdisiplin kannn
Tapi, mak mak kena ingat rules ni ya! 1. Buat jadual chores untuk anak. 2. Konsisten ikut jadual 3. Terima bila tidak sempurna. Yang penting anak buat dulu 4. Berikan pujian bila anak mula buat 5. Tunjuk dulu baru arah 6. Beri arahan specific. Kalau general macam nanti tolong kemas rumah..anak tak tau macam mana.
Ok sekarang saya dedahkan sedikit age-appropriate chores yang sesuai untuk anak-anak
Usia 2-3 tahun ============ 1. Kemas mainan 2. Beri makan pada pets 3. Letak baju dalam bakul 4. Lap kalau ada tumpahan 5. Bersihkan habuk 6. Susun buku dan majalan
Ads
Usia 4-5 tahun =========== 1. Kemas katil 2. kosongkan tong sampah 3. ambil surat di petisurat 4. bersihkan meja 5. cabut rumput 6. guna vacuum 7. siram pokok bunga 8. basuh pinggan mangkuk plastic
Usia 6-7 tahun ============ 1. masukkan pakaian ke dalam mesin basuh 2. kemas lantai 3. kemas dan susun meja 4. tolong masak 5. kemas bilik tidur
usia 8-9 tahun =========== 1. simpan barang-barang dapur 2. vacuum 3. tolong masak 4. lap meja 5. menjahit butang 6. potong sayur 7. masak makanan simple – roti bakar 8. mengemop lantai
Pastikan anda beri tugas yang sesuai dengan usaha. Tunjukkan pada anak dulu cara ianya dilakukan baru suruh mereka buat. Tak perlu perfect pada peringkat awal. Selalu puji anak. Household chores sangat bagus mendidik anak. Menjadikan anak lebih bertimbang rasa dan memahami perasaan orang lain. Selamat mencuba! Bila anak cemerlang peribadi – dunia akhirat insyaAllah cemerlang!
Tumbuhan herba pudina mungkin tidak ramai mengetahui begitu banyak manfaatnya. Selain boleh dijadikan ramuan tambahan ketika menyediakan laksa, daun pudina juga boleh dijadikan minuman menyegarkan.
Malah jika dikunyah mentah daun pudina tersebut dikatakan petua terbaik untuk menghilangkan bau mulut. Kesan kesegarannya jauh lebih baik daripada menguyah gula-gula getah.
Untuk itu, elok kiranya kita menanam pudina ini di laman rumah. Selain boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, pokok pudina ini juga dapat menyerikan laman kediaman.
Dimana hendak dapatkan benihnya? Mungkin ada yang tertanya-tanya. Paling mudah sekiranya ada membeli pudina di market untuk dijadikan ramuan masakan, asingkan sebatang dua untuk ditanam.
Nak tahu cara menanamnya? Ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Rashidah Arshad ini.
Cara Menanam Pudina
Sediakan tanah.. sy belasah je campur tanah ikut suka hati.. siram tanah bg basah..
2. Potong pucuk pudina dari pokok yg sedia ada atau p la beli kt market nu.. ambik bahagian pucuk dlm 3-4″
3. Cucuk ke tanah
4. Penuhkan seperti di dalam gambar.
5. Letak tempat redup. sy letak bwh pokok2 lain. Biarkan sampai stabil. Bila da cantik kejadiannya, potong pucuk n ulang je proses ke pasu lain.. kalau dibiarkan nnt jd lupus kering tak cantik.. kena trim bila da byk.. wat la ulam ka.. teh ka.. nasi ka.. laksa ka hihihi..
Inilah hasilnya… buh la baja 2 minggu skali.. siram ayaq beras..
sumber : Rashidah Arshad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap hari masuk dapur, perkara pertama yang ibu-ibu fikirkan mesti menu kan. Kadang-kadang buntu juga apa yang nak dimasak.
Nasi Beriani memang sedap tapi ada yang anggap cara buat agak leceh. Sebenarnya ada je resipi yang ringkas tapi cukup membuka selera.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini cukup ringkas cara menyediakannya tapi sedap. Nasi Briyani Ayam Sorok
Bahan untuk perapan
1ekor ayam
2sb serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk kari ayam
4sb yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas
Cara-cara
Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis.
Kacau seketika. Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya. Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata. Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.