Boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian yang menimbun. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai.

Tapi tahukah anda bahawa mesin basuh juga perlu dicuci? Sama seperti pakaian yang harus dicuci setiap hari, mesin basuh pun harus dibersihkan secara berkala untuk menghilangkan bau serta kuman.

Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci.

Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.

Ikut langkah mudah ini demi memastikan mesin basuh sentiasa dalam keadaan bersih.

LANGKAH 1

Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.

LANGKAH 2

Pilih program atau course atau mode “TUB CLEANING”.

Jika tiada pilihan tersebut, pilih “SOAK”.

IKLAN

Sekiranya tiada juga boleh pilih mana-mana “course” cuma pastikan pilih cycle “wash” SAHAJA.

Pastikan “WATER LEVEL” adalah tahap maksima dan tekan ” START”.

Nota: Pastikan anda tidak memasukkan apa-apa pakaian di dalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.

LANGKAH 3

Bila air 1/3 penuh, letak bahan pencuci bersesuaian. Ini antara produk-produk yang ada di pasaran yang boleh digunakan.

Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate (300Gram)

Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )

IKLAN

Power Max Jenama COSWAY( 300gram)

Campuran 140 Gram Soda dicampur bersama cuka putih 750ML (Bancuh dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin).

LANGKAH 4

Jika anda memilih mode pembasuhan TUB CLEANING atau SOAK kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu menunggu ia siap saja.

Namun, jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja, selepas mesin telah siap cycle 3 minit, biarkan mesin terendam selama sejam.

Selepas sejam pilih mode ini :”Wash” 8 minit, “Rinse” 2 kali, “Spin”1 minit.

IKLAN

Pastikan selepas mode tersebut siap tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.

Luaran Mesin Basuh:
Selain bahagian dalam, mesin basuh di bahagian luar juga perlu diberi perhatian supaya tetap berkilat. Justeru, lap dengan cuka atau pembersih serbaguna. Gunakan nisbah 1:1 dengan air biasa jika menggunakan cuka pekat. Nak mudah pastikan beli cuka yang telah dicairkan sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Drum:
Tuang dua gelas cuka atau perahan air lemon ke dalam drum cuci dan hidupkan mesin basuh pada temperature panas sehingga bau, sisa kotoran, dan bekas detergen akan hilang. Nak mudah lagi boleh beli pencuci drum mesin basuh macam dibawah ni.

INFO EKSTRA:

1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, kerana proses pembersihan ini memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).

2. Pastikan bahan-bahan tersebut sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.

3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut.

Sumber Facebook Petua Ibu

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI