Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus. MSG (Monosodium glutamate) merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.
Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.
Batang tanaman akan menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!
KAEDAH PERTAMA:
Ads
Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KAEDAH KEDUA
Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)
Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)
Ads
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Ads
Kekerapan :
Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Selamat Mencuba!
Sumber: Kebun Bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha. Katanya digunakan untuk buat jual sebelum ini.
Saya share lagi resepi ayam percik yang saya buat jual ni..moga ilmu yang kita kongsikan manfaat buat semua 😘😘..
Tumis bahan² tanpa minyak,pastikan garam gula secukup rasa, masukkan ayam masak setengah masak..kemudian letak ayam di atas stand renjis olive oil,minyak masak pun boleh.
Saya gunakan Airfryer (af) . Bakar pada suhu af 200-15minit (bergantung af masing² tak cukup masak tambah masa), suhu oven 180-20 minit..
Untuk kuah..
1. Cili kering,bawang putih (dblend)
2.sos cili,gula merah,gula pasir & 1 sudu besar tepung jagung.
Panaskan kuali@periuk,masukkan cili,masukkan sedikit air kacau² sehingga cili masak, kemudian masukkan sos cili,gula,air gula merah,& tepung jagung.
kacau sehingga kuah jadi pekat, pastikan gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dalam kuah tu.
Antara sedar atau tidak, kita sebagai mak ayah sering melabelkan anak-anak kita. Tidak mengira anak remaja atau anak yang masih kecil, acapkali terkeluar daripada mulut kita melabelkan anak-anak. Bukan orang lain tetapi kita sendiri!
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya. Ya..kita sendiri yang melabelkan anak-anak kita sehingga terbawa-bawa. Semua ini sifat negatif yang akhirnya memberi kesan kepada anak itu sendiri.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.”
Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengerahui perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif.
Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
***
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik. Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Kredit: Hazhari Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah saling memberi dan menerima. Dalam masa yang sama sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Kena saling faham, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
Suami seharusnya menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya. Usah bandingkan isteri dengan wanita lain. Layani seadilnya dan dalam melayari alam rumah tangga, komunikasi paling penting antara suami isteri.
Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan pasangan sendiri, baik suami mahupun isteri Kena saling bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ada benarnya dan perlu dijadikan pedoman buat kaum suami di luar sana dalam menghargai pasangan anda.
Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain…Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain…
Disebabkan dialah, kita menjadi seorang suami dan ayah pada hari ini…dia menerima kita seadanya diri kita dengan apa yang kita ada…
Cuba kalau dia tak nak orang muka macam kita, nak yang hensem lagi…cuba kalau dia tak nak duduk rumah sewa, nak duduk rumah sendiri…cuba kalau dia tak nak naik motor, nak naik kereta sahaja…cuba kalau dia tak nak lelaki gaji 2 ribu, nak lelaki gaji 10 ribu…cuba kalau dia tak nak lelaki kurus, nak lelaki sado…cuba kalau dia tak nak lelaki botak, nak lelaki ada rambut..
Pasti hari ini kita masih lagi bujang atau dah pun menduda disebabkan tiada seorang pun wanita yang sanggup menerima kita dengan apa yang kita ada SEADANYA…
Maka bersyukurlah dengan isteri yang dah kita miliki…kerana dia, kita jadi suami…kerana dia, kita jadi ayah…dan kerana dia, kita dapat mengecapi nikmat sesebuah perkahwinan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.