Bagi anda yang tengah berdiet, waktu bersahur tetap kena minum supaya esoknya bertenaga untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang tidak suka ambil makanan berat, boleh cuba jus sihat ini untuk memastikan anda tyetap fit dan bertenaga di siang hari.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu.
Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Ads
Bahan Asas: timun epal hijau lemon madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
Ads
LEMON DAN KHASIATNYA Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN: 1 biji epal hijau 1/2 biji timun 2 slice lemon, amik jus je 1-2 sudu besar madu Air suam untuk kisar
Ads
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi. Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Sumber: Sharinaz Redwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalunya apabila kita nak pasang awning pasti ada beberapa lokasi utama yang menjadi pilihan hati bersesuaian dengan keperluan. Sama ada pada bahagian porch depan rumah,
awning di belakang rumah untuk dijadikan ruang laundry, bahagian beranda, bahagian tambahan di tepi rumah dan macam-macam lagi.
Pemilihan material untuk awning pelbagai dan salah satu yang dijadikan pilihan adalah jenis yang lutsinar. Beberapa alasan yang menyebabkan disukai ramai adalah ia mampu menampilkan gaya modern. Bahkan secara tidak langsung menjimatkan penggunaan lampu pada siang hari kerana sinar matahari boleh ‘tembus’.
Jadi sangat sesuai dan praktikal ini sebagaimana perkongsian daripada Yasmin Keily tentang ruang bahagian tepi rumahnya yang telah diubahsuai dengan menggunakan awning lutsinar di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Bahkan menurutnya pemilihan material tersebut sangat berbaloi berbanding material lain.
“Just nak update terima kasih atas cadangan-cadangan jenis awning, hari tu saya ada tanya sebab nak awning yang lutsinar dan kaca above bajet,so kami beli awning poly kat shopee ni je.
“Kos dalam RM500 tak termasuk kayu dan tukang. Oklah tengok berapa tahun boleh tahan. Kalau dah beberapa tahun nanti insyaAllah bajet pun ada kot kalu nak pasang yang elok punya.”
“Saya memang nak panas dan cahaya matahari yang banyak sebab nak sidai baju situ. alhamdulillah saya sangat puas hati.”
Jaga Hati Jiran
“Rumah saya end lot dan tiada jiran di hujung ataupun depan. kalau hujan air terus jatuh ke tanah dan sepanjang tepi tu ada juga longkang. Tidak menyusahkan mana-mana jiran. Hubungan saya dengan jiran-jiran sangat baik. I love my jirans and they love me too.
“Bila buat reno sama-sama inform dan meminta izin dan betulkan balik atau cat atau bersihkn rumah jiran jika terjejas. Mereka buat reno dulu pun begitu juga, alhamdulillah semua baik-baik sahaja.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Wanita sememangnya cukup bertuah. Mereka mempunyai banyak sumber pahala untuk membantu kaki melangkah masuk ke syurga.
Selain berkorban nyawa melahirkan zuriat demi penyambung warisan keluarga, ada juga yang terpaksa berpenat lelah bersengkang mata dalam membahagikan masa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja membantu suami demi kelangsungan hidup.
Justeru, wanita memerlukan penjagaan yang lebih baik bagi memastikan kesihatan tubuh dalam keadaan yang baik. Berikut beberapa pesanan daripada Dr Hamid Arshat kepada wanita di luar sana, satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anak.
Pesanan kepada wanita dan pesakit-pesakit saya
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara,gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayuran)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (teh dan coffee break) makan kacang badam , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga pelbagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacang Botol, Tujuh Jarum dan sebagainya- mengandungi pelbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopaus boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak mengambil sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari pelbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Senaman juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis senaman sesuai dengan gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gim, treadmill, taichi, silat atau yoga.
senaman hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau dirumah ; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer. Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut.
Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada symptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopaus.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan senaman setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai benjolan atau tumbuhan pada perut.
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Makanan tambahan yang mengandungi pelbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”. Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Garam merupakan salah satu bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh.Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang tak kurang pentingnya. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.
Ternyata kegunaan garam banyak sebenarnya. Jom baca ni:
Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
Mengubati sinusitis. Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.
Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.
Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.
Mengatasi warna stoking kaki yang tidak sama. Masukkan stoking ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.
Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.
Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.
Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Sumber : thehealth
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.